Tuesday, December 27, 2011

sayang anakku sayang

Assalamualaikum wbt.
hari ini ada satu pengalaman baru untuk si deli.
jom kita lihat apakah pengalaman baru itu.

ada orang kat bawah rumah kitalah. dia buat apa ea?

woooooo...tingginya.

seriau sehhhhhhh

tak kira, beranikan diri nak tengok jugak.

deli : abang ensem...jom tengok orang cuci kolam.
tebby : ensem...ensem. kalau orang tahu...buat malu je. panggil abang tebby sudey. 

etam : jakun! tu pun nak kecoh...

ibu : etam...kamu jangan nak sombomg ngan si deli.
etam : baik bu...etam cuma main-main gurau-gurau aje.
tebby : tulah aksi lagi...padan muka.
ibu : jangan ngata-ngata si deli tu, kamu pun dulu macam gitu jugak tau.
etam : baik bu (e'eleh..aku dah boleh jalan macam biasa. kau tu sampai sekarang ngesot aje)

etam dan deli kakCT kucing jalanan yang dilanggar kenderaan.

etam bengkok tulang belakangnya dan tak mampu berjalan selama sebulan. hanya boleh mengangkat kepala saja ketika makan. tapi sekarang, alhamdulillah cumanya dia tempang sedikit ketika berjalan gaya "catwalk".

deli kakCT jumpa dia di LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Kuala Sedeli. sebab tu namanya deli. dia mengesot ketika minta makan sewaktu kakCT shopping ikan, sotong dll yang sewaktu dengannya. hati kakCT berbunga kembang bila hubby suruh ambil bawak ke veterinar. kemungkinan untuk berjalan normal mungkin tiada. walaubagaimanapun dia sihat. cuma doktor tidak benarkan dia bunting.

ibu tetap sayang kalian walau sekalipun kamu semua tidak secantik kucing parsi atau sebagainya.




Wednesday, November 30, 2011

sebulan sudah berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kiranya pandai jugaklah si Bella menjaga anak-anaknya. Kesemuanya kelihatan sihat walafiat.

sudah macam barang hantaran duduk kat bakul buah-buahan ni.

disebabkan warna oren tak berapa nak oren sangat, kenalah namakan "oleng".

oleng : mak! nape bulu kita warna dia tak kuning macam teddy bear ni?
bella : masa mak kenal bapak kamu, mak kena hujan sebab tu warna kamu cair. tapi bulu kamu panjang dan cantek, ibu musti suka kamu. tiap-tiap hari ibu cium kamu kan.
oleng : ermmm....betul betul betul. tapi sekarang bapak ada kat mana mak?
bella : bapak kamu mak caught red handed selingkuh dengan awek kat kebun lain.
oleng : selingkuh tu apa mak?
bella : kau kecik lagi. budak-budak kecik tak baik tahu benda-benda macam gitu.
oleng : ok ok dah tahu dah....bapak ada girfren lain ea mak.
bella : mana tahu neh? musti baca surat khabar yang ibu alas dalam bakul buah tu ea. dah! pergi tidur.

zorro... "Z"
bella : ibu nangis hari pertama dia lihat kamu.
zorro : kenapa mak?
bella : ibu kata, terubat juga rindu dia kat auntie kim yang hilang waktu ibu bawa datang ke kebun dua bulan yang lepas.
zorro : auntie kim pergi mana?
bella : ntah, autie kim kamu ketakutan hari pertama datang kebun. sampai sekarang ibu sedih dengan kehilangan autie kim kamu.
zorro : ibu, here i am....pengganti kim. ibu jangan sedih lagi ok.

nonet? aje tak sedap nama kita.

bella : nama tu ibu yang berikan sebab kamu yang paling kecil & comel.
nonet : Ooooooo....kita comel ea.
bella : banyak lah kau punya comel. comot adalah...(dalam hati).

Rumah mereka sudah siap.
Namun hati seperti tidak tergamak serta tidak sampai kalau nak diletakkan mereka di situ.
Tunggulah mereka besar sedikit.

Dalam hati terfikir mahu tempah langsir untuk tempat baru mereka.
Apakah akan ada orang kata aku obses terhadap kucing?

Apa pun celaan mereka, aku tetap memang cat mania.
Yeahuuuuuuuu.......

Tanggal 13112011, genaplah sebulan usia budak-budak ini. Inilah penghibur aku.

Monday, November 21, 2011

Monday Blues!

Assalamualaikum.
Ingatkan bila duduk rumah sudah tak ada lagi Monday Blues.
Lemau punya cikTam.
Hangen satu badan......

cikTammmmmmmmm....jaga kau.
Ada ke patut makan karipap atas katil ibu!
Karipap Sardine pulak tuh....grrrrrr.


Wednesday, November 16, 2011

sebelum dan sesudah mati.

Bismillahirrahmanirrahim.


terima kasih Tuhan (Allah SWT) yang telah memulakan siang dari sebelah timur.
terima kasih Tuhan (Allah SWT) yang menamatkan siang di sebelah barat.

Nabi Isa a.s bersabda : Janganlah kamu berkawan dengan orang yang mati, nescaya akan mati hatimu. Ketika ditanya : Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati itu? Jawabnya : Mereka yang rakus kepada dunia / nafsu.

Bersabda Nabi Isa a.s : Berbahagialah orang yang perkataannya zikir,diamnya berfikir dan pandangannya perhatian. Sesungguhnya orang yang sempurna akal ialah yang selalu memperbaiki dirinya serta bersiap sedia dengan amal untuk bekal menghadapi hari sesudah mati.

Sunday, November 13, 2011

Tetamu Dia

Bismillahirrahmanirrahim.

aku selalu bicara tanpa suara...

credit to GOOGLE
thank you, the sun is still rising.
rindu mahu bertamu
jauh dalam kalbu
jiwa semakin sayu
menunggu jemputan dari-Mu.
terasa ingin sekali
agar hasrat serta hajat terpenuhi
dengarlah rayuan hati
Ya Rabbi Ya Illahi
kepingin bukan sekali
kangen berkali-kali
sampai aku mati.

orangbiasa\13112011

Thursday, November 3, 2011

dia kini bergelar ibu.

Ini anak pertama si Bella
Tarikh Lahir : Khamis 13 Oktober, 2011
Tempat : Laci Jati di Bilik Tidur Utama (hampeh!!!)

Bella galak menyusukan anaknya. Garang bukan main. Mahu ambil gambar terkini pun aku tidak berani. Sekarang, strawberry si Teby & cTam sudah jadi milik mereka.

Ibu : Bella! Kamu jangan suka-suka galeh-galehkan anak kamu.
Bella : Baik ibu. Tapi kenapa ibu tak kasi kita galeh-galehkan anak kita?
Ibu : Biar senang ibu pantau. Tidak nanti kena ngap dengan Kenchoro.
Bella : Kenapa pulak budak jahat tu nak ngap anak kita?
Ibu : Hish...kau ni banyak soal. 
Bella : Nape bu...alah cakaplah...
Ibu : Dia mesti jealous...anak dia tak ada.
Bella : Oooooo....gitu ea bu.

p/s : Bella memang tak pernah suka dengan Kenchoro sebab waktu Bella kecil2 lagi dia sudah usha. Hampeh Kenchoro.


Tuesday, November 1, 2011

Hakikat Sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim.


Manusia sering gagah bila memperkatakan tentang usaha dan keinginan. Namun manusia, termasuklah aku sering lupa bahawa kudrat & nikmat itu pemberian Tuhan. Hatta sekali pun ke atas apa-apa juga yang mampu dan mahu diusahakan, ia tetap tertakluk di bawah belas ehsan serta anugerah Allah. Sekali pun jua berkisar tentang kesabaran. kerana itu kadang2 kita rasa kita sudah cukup sabar, tabah serta gagah hadapi segala apa jua situasi namun kerap airmata menghiasi pipi. Aku juga begitu, rasa macam mampu atau berlagak macam mampu tapi aku sebenarnya tertipu dan keliru bahawa apa pun yang berjaya aku lalui adalah atas belas kasihan serta anugerah dari Illahi.

Semoga Allah izinkan aku menjadi lebih tabah.

Friday, October 21, 2011

tidak perlu pangkat atau harta jika mahu

menjaga nama baik ibubapa.

Bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya tidak perlu menjadi terkenal untuk menjaga nama baik ibubapa. 

sebenarnya lebih dari cukup kalau ibubapa dikurniakan anak yang soleh/soleha. 

sebenarnya anak yang soleh/soleha itu adalah 'hadiah' yang paling complete untuk kedua ibubapa.

tetapi...

kalau tidak dapat yang excellent, jadilah yang good.

kalau tidak yang good, jadi yang ok pun sudah ok.

kalau ok pun ko, jadilah yg paling minima dgn menjaga nama baik sendiri sebab apabila seseorang itu berperangai tidak baik, ayat lazim yg sering terpacul dari mulut orang ialah

mak bapak kau tak ajar ke? 

kalau dah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari.

bapa borek, anaknya rintek.

di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

 jadi kalau kita tidak mahu orang lain mengata ibubapa kita tidak mengajar kita makanya kita mestilah menjaga nama baik ibubapa kita dengan menjaga tingkahlaku, tuturkata serta budi bicara kita.

mudah kan menjaga nama baik ibubapa kita tapi yang mudah itulah yang kita mudah terlupa untuk melakukannya.

wallahua'lam.

Monday, October 10, 2011

Ibu/Mak Tiri - Bahagian 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Ibu/Mak Tiri ini berkait rapat dengan poligami. Samada berkahwin lagi setelah kematian isteri atau berkahwin lagi satu, dua atau tiga, macam SY tu. Maksimun 4 ajalah. 

Di sini isunya bukan poligami tapi ibu atau emak tiri. Persoalannya, masih ada lagi ke di zaman IT ini ibu/emak tiri yang zalim seperti mendera, menyiksa atau yang seumpamanya.

Seorang ayah berkahwin lain setelah kematian isteri dengan harapan dapat mengantikan kasih sayang seorang ibu yang telah terlebih dahulu dijemput Allah untuk anak-anaknya.  Malangnya harapan ayahnya hanya tinggal harapan. Benarlah manusia itu hanya mampu merancang. Namun, apa pun takdir Allah selama kita dapat mengambil pengajaran darinya, kita sesekali bukan di kalangan orang2 yang rugi.

Cuma penderaan dan penyiksaan yang dilakukan oleh si ibu/mak tiri di zaman IT ini berbeza sedikit berbanding di zaman dahulu. Apa pun penyiksaan itu tetap ujud.

Thursday, October 6, 2011

Karaoke Sampai Pagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalaman berkaraoke. Rau sana rau sini. Macam-macam versi suara dia keluarkan. Jamal Abdillah, Amy Search, Awie Wings, Aizat, Mawi semua ada. Suara Siti Nurhaliza aje dia tak boleh nak tiru. Pukul 3.30 barulah nak cakar-cakar pintu rumah...hampeh punya Kenchoro. Tak letih-letih mengurat. Bersosial aje kerja dia.


Pukul 12.00 tgh. pun tak bangun2 lagi...ceit!
-
-
-


Lepas makan...dia sambung tido lagi.
Penghabeh First Choice betollah budak sekor neh!
-
-
-


Gaya tido buat orang sakit hati kan.

Saturday, October 1, 2011

Pantang...

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Pantang nampak bende baru, mesti dia  yang test dulu....ceit!
-
-
-
ni hah budak ni....mesti dia yang CONQUER dulu.
jeng...jeng...jeng....

ibu belikan untuk kita ke?

2. Pantang nampak tempat bercover!
-
-
-
budak ni memang suka tidor kat tempat gelap.
 nak jugak cuba tu....

ni kita punyalah!

3. pantang nampak baju bersih berlipat.
-
-
-
tinggi mana pun dia mesti naik jugak....grrrrrrrr.
memang cekik darah budak-budak neh...

duduk tempat tinggi lagi best oiiii

Thursday, September 29, 2011

95% Blackburn.

Bismillahirrahmanirrahim.


full version budak hitam.

hitam legam kan.
sengaja ambil gambar penuh.
sebab ada yang tidak percaya
budak hitam ni memang betol2 hitam.
kaki kiri dia aje putih sket...hehehe.


hangus habis.

Saturday, August 27, 2011

Maaf Zahir & Batin.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ramadhan menapak pergi
semoga puasa diterima Illahi.
Panjang umor berjumpa lagi
Ramadahan Al Mubarak sentiasa di hati.

Syawal datang lagi
usai sebulan manahan diri.
Ampun maaf mensucikan hati
agar bersih sanubari.


kepada semua follower dan blogger serta umat Islam serata dunia, kak CT ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. 

Daripada : kakCT sekeluarga.




Tuesday, August 23, 2011

Budak Hitam

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sudah agak lama kakCT tak cerita pasal hobby kakCT yang paling indah ini.
Jom kita lihat apa kah bendanya.

owhhh...meowww. ingatkan apa ler tadi.


hitamnya dia!!!
-
-
-
-
-
-
-
aihhh...dia takde mata ke?


ada!....tunggu & lihat.
-
-
-
-
-
-
-
nah...tu dia mata dia.


putih kat hidung tu kira macam tahi lalat la.

Monday, August 15, 2011

Indahnya Takdir

Bismillahhirrahmannirrahim.

INDAH BUKAN!

aku selalu berkata
takdir adalah yang terindah
ciptaan dari Allah.

aku mengaku
takdir adalah yang terbaik buatku
walau sering hati tidak setuju.

harus aku akui
takdir kerap tidak menepati mimpi
tapi dari setiap inci yang terjadi
membunga hikmat tersendiri
selagi dilihat dengan mata hati.

manusia tetap manusia
punya hati punya rasa
yang sering meronta
andai tidak dibela
dipelihara.

walau pasrah menjadi sebutan
kerap hati tidak karuan
kerana takdir dan kemahuan
tidak seiringan jalan
walau rungutan demi rungutan
aku tetap mahu bersyukur pada Tuhan.

orangbiasa\15OGOS2011

bulan mengambang, air pasang penuh. cantiknya selat Tebrau di Johor Bahru walau tidak seindah dulu.


Monday, August 8, 2011

Off Month Bagi Syaitan

Bismillahhirrahmannirrahim.

kenali diri sendri
Syaitan bercuti lagi. Syaitan dipaksa atau terpaksa bercuti sebulan sepanjang bulan Ramadham al-Mubarak ini. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-terusan bekerja bagi memastikan misi mereka memesongkan akidah anak Adam berjaya dengan cemerlang.Namun, 11 bulan syaitan sudah pasang strategi dengan menggoda anak Adam kerana syaitan tidak akan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan. 11 bulan sebelum Ramadhan, syaitan telah berusaha pasak kukuh sifat buruk, berkelakuan serta perbuatan yang bertentangan dengan syariat juga memujuk anak Adam mengerjakan larangan Allah.

Yang demikian itu, jika dalam bulan Ramadhan ini, masih ada lagi yang enggan menunaikan ibadah puasa bererti bukan atas godaan syaitan. Maka fikirkanlah sendiri. Apakah diri sebaris syaitan?.

Wallahua'lam.

sumber : solusi

Monday, August 1, 2011

Puasa

Bismillahhirrahmannirrahim.

dari terbit hingga terbenamnya matahari
PUASA - Hak Prerogatif Allah.
• Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."' •

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kendati itu, tunaikanlah tanggungjawaba berpuasa itu dengan penuh ihsan.

Bagaimana pula yang dikatakan ihsan. Ihsan ialah bahawa kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat-Nya. Sekiranya kita tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Di dalam hal puasa pula, hanya Allah dan diri kita sendiri yang tahu tahu tentang puasa kita.

Wallahua'alam.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Friday, July 15, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

aku sangat kerdil

pasrah!

redha!

tidak semudah diucap.

menangis! aku tetap menangis.


dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Ya Rabb, ampuni aku kerana tetap menangis walau pasti ada bunga di samping duri. hebat diduga oleh dugaan. moga aku dapat bertahan.

hanya kepada-Mu aku mohon pertolongan.

Thursday, July 14, 2011

rumah siap pahat masih berbunyi.

Bismillahhirrahmannirrahim.

antara dua waktu
alhamdulillah! segalanya telah pun berlalu. segalanya telah pun disampaikan. betul salah cara penyampaian hasrat dan niat masing-masing punya persepsi sendiri. kini sibuk menunding jari, sumpah-seranah serta caci mencaci. biarlah Allah yang tentukan. biarlah Allah yang memberi peringatan.

sambutlah Ramadhan ini dengan hati yang lapang. hanya inilah sahaja yang kita persembahkan untuk-Nya kerana hanya Dia yang mampu menilai serta melihat keikhlasan hamba-Nya.

semoga kita semua beroleh hidayah Allah di Ramadhan yang mulia.

Thursday, July 7, 2011

pelupa sinonim dengan manusia

Bismillahhirrahmannirrahim.

maaflah atas tajuk entri aku. tapi memang betulkan, manusia itu mudah lupa. oleh yang demikian, mengingatkan kepada kebenaran atau berpesan-pesan untuk tujuan kebaikan menjadi satu kewajipan.namun hendaklah secara berhemah. berdakwah secara berhikmah mudah menyedarkan untuk menjurus kepada kebaikan. mudah-mudahan mendapat petunjuk serta keredhaan Allah SWT. setiap insan mampu berdakwah mengikut kredibilti anugerah Allah. maka hendaklah kita berusaha ingatkan diri kita serta insan-insan di sekeliling kita supaya sentiasa ingat kepada Allah serta kembali memohon pertolongan hanya daripada Allah. dan ketahuilah sesungguhnya setiap perbuatan tidak kira besar atau sekecil mana sekalipun pasti dihitung oleh-Nya.

maafkan aku jika aku terkasar bahasa di dalam hal-hal ingat mengingatkan. juga maafkan aku jika selama ini aku lupa dan lalai untuk ingat mengingatkan.

wallahua'alam

Thursday, June 30, 2011

bohong

truth is beautiful
bohong
yang diagung,
digendung didukung dijunjung
disanjung dan disokong.
hati kosong terpesong.
bagai kiambang terapung,
akar tergantung.
merugi tiadalah beruntung.
ternganga terlopong.

bohong
merosak ketulusan hati.
merobek keikhlasan budi.
membunuh jatidiri.

orangbiasa\30062011

Friday, June 24, 2011

aku perlu keluar dari kesedihan ini

Bismillahhirrahmannirrahim.

sampai bila harus meratapi. yang lain juga perlukan perhatian. perlukan belaian. sekali gus perlukan penjagaan yang baik dan menghampiri sempurna. betul kata meowwmania, usah biarkan ujian merosak hati. terima kasih kawan atas peringatan itu. kadang-kadang aku rasa aku tabah tapi aku terlupa untuk pasrah. kadang-kadang aku rasa aku gagah tapi aku seperti tidak redha. "rest in peace J...ibu sayang kamu!".

aku perlu keluar dari kesedihan ini sedikit demi sedikit walau pun tidak mampu sekali gus.

SEMALAM DI KUALA LUMPUR
KLCC@STOP 1
KLCC@STOP 2
KLCC@STOP 3
KLCC@STOP 4
LAST BUT NOT LEAST
REST IN PEACE J...IBU SAYANG KAMU.

Thursday, June 23, 2011

tinggal kenangan - 02

Bismillahirrahmannirrahim.

sungguh, sampai sekarang, bila terkenang aku pasti menangis. dan kini tinggal Teby sendiri. tiada teman wrestling lagi.

video

Monday, June 20, 2011

tinggal kenangan - 01

Bismillahhirrahmannirrahim.

semalam, setiap 2 jam sekali aku terjaga lalu menangis. aku sedih sebab saat J sedang bertarung nyawa, aku tidak ada di sisinya. pagi-pagi aku sudah dikejutkan dengan berita sedih. J sudah tiada. malam semalam, vet di global pets telah pun maklumkan bahawa J is not doing well. namun aku masih mengharap keajaiban agar J dapat kembali cergas seperti biasa. tapi takdir tidak menyebelahi aku kali ini.

sewaktu mengambilnya dari klinik tadi, J sudah dibungkus rapi. vet tidak membenarkan aku membukanya kerana dikhuatiri boleh terjadi jangkitan kepada yg lain2. bettambah-tambah sayu bila kenangkan aku tidak dapat menatap wajah J buat kali terakhir. si Teby mengiau ke hulu ke hilir menjadi J. pantang nampak langsir bergerak-gerak ditiup angin, Teby berlari-lari menerpa kerana disangkakannya si J. aku angkat dan lurut badannya lalu memberitahu bahawa J sudah tiada lagi. seperti faham, Teby mengiau lantas turun dari pelukan aku lalu mencium-cium tempat tidur mereka. keadaannya sangat meruntun hatiku.

semoga aku tabah menghadapi keadaan ini. terima kasih Tuhan kerana pinjamkan aku kegembiraan bersama J walau hanya seketika.

Monday, June 13, 2011

akhirnya aku korbankan "ShoutMix"

Bismillahirrahmannirrahim.

sukar sebenarnya untuk aku korbankan "Shout Mix". tapi inilah yang terbaik buat aku. jauh lebih dari menghargai kawan-kawan blogger, aku tidak jadi delete "letusshare-ctpayong". sebenarnya, di sinilah tertumpah segala rasa yang terbuku dan terpendam di dada. dan di sini jugalah dimana ulasan serta nasihat ikhlas sedikit sebanyak dapat mengubat luka hati dan membuat aku dapat tersenyum kembali. thank you bloggers. namun oleh kerana sebab musabab tertentu, aku terpkasa korbankan "ShoutMix" kerana yang sangat aku benci sering mengganggu aku di situ.

aku sayang kamu semua. aku akan terus bercerita walau aku tidak se"popular" mana.

p/s : kerana Allah jualah aku tega membenci "dia".

wallahua'alam.

Thursday, June 2, 2011

kenapa dengan ibu?

Bismillahhirrahmannirrahim.

berkaca airmata ibu. matanya sedikit merah. aku pasti ibu menangis lagi. aku tidak berani memujuknya. ibu kata waktu dia sedang bersedih, jangan bersimpati atau menasihatinya.

takut mahu bertanya. sebenarnya akhir-akhir ini aku sudah jarang lihat ibu menangis. adakah airmatanya sudah kering atau hatinya menjadi sedikit kering.

pada rembesan airmata di pipi ibu, aku pasti dia menangis. tapi kenapa, semalam ibu elok-elok saja.

p/s : yang tidak seronok, ibu mesti migrane lepas dia menangis. kesian ibu.

Friday, May 27, 2011

seksinya.

Bismillahhirrahmannirrahim.

ntah!. kenapa ghairah sangat cerita pasal meow pulak kebelakangan ini. mungkin suka bila tengok anak-anak kutip kakCT membesar dengan sehatnya. dua tiga hati yang lepas, cuaca di JB panas sangat. kakCT pun sampai mandi empat kali. rumah kakCT memang takde aircond. si J dan si tebby macam tak senang duduk. lidah terjeler keluar. kebiasaannya kucing kalau lidah terjeler, body temperature mereka agak tinggi daripada biasa. jadi kakCT ambil keputusan mandikan dia orang berdua ni. kali ini mandi dengan air sejuk aje. selalunya kakCT mandikan mereka dengan air pesam-pesam kuku. so apa lagi mengeleparlah bila kena mandi dengan air sejuk. selesai mandi, lap badan dan terus tidor dengan selesanya.
kemain sexy lagi.
p/s : si tebby tidak dapat dikesan ketika sesi photography kali ini.

Monday, May 23, 2011

sudah besar.

Bismillahhirrahmannirrahim.

YES! mereka sudah besar. ingat lagi tak tentang cerita kakCT jadi superhero selamatkan budak dua ekor ini dari menjadi sarapan kung-kung. click di sini : entry terdahulu

J@Junior

kakCT namakan dia J iaitu singkatan kepada perkatan junior. rupanya saling tak tumpah macam kunchoro yang kakCT ambil setahun yang lalu di kaki lima masjid. tengok gambar di bawah ini :

saya kunchoro...saya ensem kan.

kunchoro sudah 1 tahun 2 bulan. sudah pandai ngurat aweks. yang tak tahan bila selalu spray sana spray sini. mahu marah tak sampai hati. nasib baik ada febreeze.

nama saya tebby

inilah sparing parthner si J wrestling tiap-tiap hari kecuali waktu makan, tidor dan qadak hajat. selebihnya bergumpal dan berpencak silat gamaknya.

sekarang, greymoon, bella, dot, kim dan kunchoro sudah boleh terima kehadiran mereka ini.
kalau dulu, pantang bertemu mesti bercekau.
sekali sekala terdengar si dot panggil si J dan si tebby untuk 'bergurau".
si bella masih belum mahu bergurau senda tapi sudah boleh makan sama.
sesekala terlihat si greymoon menjilat seperti membersihkan si J dan si tebby.
si J dan si tebby pernah menjilat-jilat kunchoro tapi nampak macam kena "buli".

p/s : yang tak menahan sekarang ialah makanan mereka. seminggu 4kg. makan ke melantak mereka ni.

Friday, May 20, 2011

kasih ayah

Bismillahhirrahmannirrahim.


ayah dan ibu, dua insan yang tidak dapat kita sangkal tentang kasih sayang mereka. jadi siapa pun juga yang tidak punya kasih sayang terhadap anak-anak mereka harus berasa malu bila mengaku merekalah ibu dan ayah kepada anak-anak mereka.

sendiri kena faham bila kakCT bariskan ayat di atas tidak terkecuali diri kakCT sendiri.

Denzel Washington in John Q
skop kasih sayang itu luas. dari sejak dilahirkan dan dari sekecil-kecil perkara hinggalah hal-hal menjana keuntungan di akhirat termasuk di dalam urusan kasih sayang ibu dan ayah. sebagai orang tua, kita tidak wajar berputus asa di dalam "mendidik" anak andai sekalipun kita semakin hampir menerima warkah akhir dari Allah Ta'ala. namun keterbatasan kemampuan menjadi ibu dan ayah yang baik itu juga menjadikan kita sangat berkehendak dan mengharap belas serta ehsan dari Allah. kerana Dialah yang sempurna di dalam menentukan segalanya. dan setiap ciptaan-Nya punya matlamat. kendati itu, sebagai ibu dan ayah, kita wajib bertawakkal setelah segala usaha keras memberi yang terbaik kepada anak-anak agar ianya membuahkan  hasil yang terbaik juga.

kita sering dihidangkan dengan cerita kisah kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban hatta sekalipun nyawanya. namun kasih seorang ayah juga tidak kurang hebatnya. entry ini kakCT buat lepas tonton filem John Q. mungkin cerita ini sudah lama. mungkin kakCT yang sudah jauh ketinggalan tentang movie ini. tapi menonton cerita ini membuatkan kakCT mengalirkan airmata. dalam hati berkata, "hebat juga kasih seorang ayah".

wallahua'alam.

p/s : bila hari bapa ek?

Tuesday, May 10, 2011

betul ke HARAM hukum menyambutnya.

Bismillahhirrahmanirrahim.

confuse
wallahwei...rasa terkedu lutut kakCT baca entri ini : Sambutan Hari Ibu???. keliru serta celaru. mana pandangan mahu kakCT tuju. lagi sekali hati bertanya. apa betul ke haram hukumnya. macam-macam rasa ada sebab hampir saban tahun kita merai dan merayakan. kok kalau itulah hukumnya...aduhai, macam rasa sedih pun ada. tapi kalau sah dan sahih itulah hukumnya, bermoral atau berprestige bagaimana sekali pun acara itu patut dipinggirkan.

tapi kakCT sangat setuju bila baca yang ini; Mother's Day. macam yang kakCT kata, tiap-tiap hari pun hari untuk ibu sebab setiap hari lima kali kita pasti panjatkan doa untuk ibu dan untuk bapa, insyaAllah. maka sambutan hari ibu itu adalah kemuncak hari-hari yang selalu.

kakCT masih mencari jawapan yang pasti. harap kepada sesiapa yang punya jawapan yang jitu sila beritahu. ikhlas, kakCT mahu tahu. mahu khabarkan kepada anak cucu. usah kita khilaf sepanjang waktu.

wallahua'alam.

Saturday, May 7, 2011

tiap-tiap hari juga hari untukmu.

Bismillahhirrahmannirrahim.

tiap-tiap hari juga adalah hari untuk mu, ibu. tapi hari ini adalah kemuncak hari-hari yang selalu. selamat hari ibu, ibu.

                         - ibu -

mak masa ayu


















kita hampir sama
sedikit berbeza pada raut wajah
isi hati dan naluri hampir serupa
sekali pun berlain era dan masa
sama rasa dan sama jiwa
cuma panggilan saja berbeza-beza.

aku pun engkau tetap itu
yang aku panggil ibu
ibu pun jugak aku
perkongsian rasa yang satu
rasa seorang ibu.

bukan emas permata yg didamba
tidak juga wang berjuta yg digila
cukup bagi dia
menatap wajah zuriatnya
serta doa bila dia sudah tiada.

mak masih ayu


















ibu itu jugak aku
ibu sayang aku sayang ibu
selamat hari ibu, ibu!

orangbiasa:\mei 2011

Friday, May 6, 2011

Dia telah mendahului aku.

Bismillahhirrahmannirrahim.

terbang pulang
Al Fatihah untuk dia, yang aku ceritakan di entri ini, takdir dan aku sempat melirik puisi seperti di sini, tribute.

segalanya tinggal kenangan. semoga dia tenang dan bahagia menemui CINTA sejatinya. aku sempat menggenggam jarinya serta mencium dahinya buat kali terakhir semalam, tatkala dia sedang bertarung dan bersabung nyawa. dan akhirnya kurang lebih 12 tengahari dia pergi meninggalkan dunia serta segala isi yang ada di dalamnya.

setiap rasa, bagai terseksa melihat turun naik nafas dihela.setiap mata yang melihat penuh berair. setiap bibir berzikir. setiap hati berkongsi. tahu akan derita terdahulu yang tidak terpikul di bahu, dibawanya bersama. setiap tanya ternganga, terlopong kosong. sang suami masih lagi menyepi. rajuk apakah ditinggalkan sebegini. hingga dia pergi temui Illahi tanpa sempat melepaskan sarat rindu yang terpendam dan terbuku. rumahtangga! seribu macam rasa menduga.

semoga dia tenang dan aman. ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. tujuh ayat penuh rahsia. terkandung segala, Al Fatihah yang agung hadiah terindah buat dia.

dia, hajjah hamidah binti hamid telah pergi meninggalkan aku dan dunia buat selama-lamanya tanggal semalam, khamis bersamaan 5hb Mei, 2011 di hospital pakar Abdul Samad, Johor Bahru, Johor. disemadikan di Pontian, Johor; kampung halaman dan tanah kelahiranya.

Al Fatihah, amin.

Thursday, April 28, 2011

wanita oh wanita

LIFE is like colors

Bismillahhirrahmannirrahim.

menjadi kebiasaan serta kelaziman, jiwa yang tersentuh dan sedikit beremosi memberi kurang lebih sepertinya "ilham" mengarang puisi; tribute untuk dia

semoga dia sentiasa dalam sejahtera dan dirahmati Allah SWT.

Saturday, April 23, 2011

takdir.

Bismillahhirrahmanirrahim.

takdir atau ketentuan Allah itu sering tidak menepati selera atau kehendak manusia jika takdirnya Allah memberi dugaan dalam bentuk kesusahan. tapi apabila Allah memberi dugaan di dalam bentuk kemudahan/kesenangan tiada pun rugutan. itu pada fahaman aku yang sangat rendah ilmu.

bukan itu yang mahu aku coretkan di sini kali ini. tapi pun tetap berkisar dengan takdir dan ketentuan Allah SWT.

sepetang aku menangis bila aku baca sms dan kawan lama mengatakan si fulan binti si fulan sudah tahap 4 sakit barah hati. Allahuakbar. kenal sangat dan kenal rapat dengan si fulan binti si fulan ini. kawan-kawan sewaktu remaja. terasa baru semalam sama-sama satu kem pasukan bolajaring belia negeri. seorang yang cergas dan tangkas di dalam pasukan kami. kalau dia tidak ada, terasa seperti pasukan kami patah kaki.

pun dari segi kemudahan/kemewahan hidup, aku rasa ramai yang cemburu dengan keberadaan dia. mampu memiliki segala apa yang dia cita. itu rezeki dia walaupun dari segi jawatan di dalam kerajaan aku lebih sedikit tinggi daripada dia. tapi Allah itu saksama. sedikit untung di sana, sedikit rugi di sini. Dia duga manusia sama rata ikut kemampuan serta kekuatan makhluk yang dicipta oleh-Nya. walau apa juga keperluan dia mampu miliki namun dari apa yang dia pernah ceritakan, institusi kekeluargaannya amat longgar. kurang perhatian dan kasih sayang orang yang dia cintai. anak-anak membesar dengan sendiri walau pun menjadi tetapi kekurangan ini tetap dirasai.


terkini, apa yang aku ketahui, suaminya hilang tidak dapat dikesan. macam pelik tapi itulah kenyataan. lewat petang semalam aku terima berita lagi yang tambah menyayat hati. pada perkiraan doktor, dia cuma ada masa 6 bulan sahaja lagi. aku menangis semahuku. bukan tidak redha atau pasrah atas takdir dia. siapa aku untuk berkata begitu. tetapi termangu dan terkedu lalu berkira-kira aku patut panjatkan syukur atas takdirku.


p/s : dahulu, dia cukup tabah berdepan dengan hilangnya kasih sayang seorang suami. semoga dia tetap tabah berdepan dengan saat-saat hilangnya dia dari orang-orang yang menyayangi dirinya. aku kerap mengalirkan airmata setiap kali teringat akan dia walau pun ketika aku sedang menggoreng ikan. Ya Rabb, berikanlah kami kekuatan menerima takdir dan kenyataan.

Thursday, April 21, 2011

voice of dream

Bismillahirrahmanirrahim.

the gift
memang minat dengan suaranya. dengan orangnya, biasa-biasa saja. hampir semua lagu "cinta"nya slow ballad. peluang datang sekali bila en suami belanja luncheon with anuar zain on 19 april 2011 tempoh hari. mungkin en suami tahu yang aku sangat minat suara dan sebahagian lagu dari penyanyi ini.

bagi aku, bukan semua lagu cinta anuar zain ditujukan untuk manusia sahaja. andai teliti lirik lagunya, aku letakkan satu atau dua lagu beliau adalah lagu cinta kepada Tuhan.

tolak tepi semua gossip liar tentang dia, aku enjoy that moment. walau sebahagian so call "secretary" macam orang hilang akal bila anuar zain muncul di pentas atau turun dari pentas. personally aku salute sikap santun dia semasa mengadakan pertunjukan kerana tetamu kehormat yang hadir adalah Sultanah Negeri Johor.
sebahagian dari yang hadir.

p/s : looking forward for more live concert. ada sesiapa yang mahu ikut?

Monday, April 18, 2011

pasrah

Bismillahirrahmanirrahim.

"pasrah" sebenarnya memang mudah mahu kita sebut namun tidak semudah hati menurut. atau memang mudah memperkatakannya tapi belum tentu dapat dilaksana.

selalu kita merasa jasad dan semangat cukup kuat untuk merealisasikan segala hajat dan hasrat. kita pula sering sandarkan hajat ikut bakat serta kekuatan kudrat. tapi kita lupa bahawa kudrat kita terhad.

pun begitu, Allah sangat sayang hamba-Nya yang rajin serta kuat berusaha. namun takdir Allah itu mengatasi segala. begitu pun, Allah SWT melarang kita berputus asa dan Dia suka kita selalu kembali dan mengharap akan Dia dengan serendah-rendah jiwa raga.

ada pun yang termampu kita lakukan sebaik-baiknya dengan berdoa dan mengharap kepada belas kasihan dari-Nya. semoga hasrat dan hajat di dalam doa diterima. mengharap agar kita diberi serta dibekalkan oleh-Nya dengan kekuatan serta keberanian berusaha mencapai segala hajat.

p/s : aku sering rasa putus asa mencengkam jiwa raga sehinggalah aku kembali kepada-Nya. tatkala aku pasrah dan berserah atas kegagalanku maka aku beroleh kemenangan paling tidak ketenangan itu singgah serta bertandang di hati yang sedikit walang.

Monday, April 11, 2011

tegur sapa

Bismillahirrahmanirrahim.

ingatkan orang lain samalah juga seperti aku ingatkan diri aku sendiri. saling ingat mengingatkan semoga kita tidak mudah lupa diri.

zaman sekarang banyak perkara yang harus kita lebih peka. banyak perkara (konon-kononnya) bersandarkan pada agama. berucap berderak sana berderak sini. hadis kata macam itu, hadis kata macam ini. firman Allah begitu, firman Allah begini. dunia sudah amat tua. lain kata senang cerita, hari kiamat sudah hampir tiba. tunggu masa dan ketika. namun itu rahsia tetap Allah yang punya.

aku juga mahu ingatkan diri aku. aku juga mudah lupa dan mudah leka dan juga amat mudah terpedaya dan diperdaya. niat hati baik tetapi cara kadang-kadang terbalik. yang sedih tambah pedih bila kita ditipu oleh orang yang gunakan ayat-ayat indah bersandarkan hadis Rasul dan firman Allah.

setiap saat aku berdoa supaya hatiku lurus dan tabah. gagah di jalan Allah. walau payah tetap aku redah.

p/s : terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menegur sapa. tersalah itu titik mula berubah jika kita ambil iktibar dan mahu bertukar.

Monday, April 4, 2011

masih nonama

Bismillahirrahmanirrahim.

genap sudah sepuluh hari kakct momong budak dua ekor ini. masih tidak sempat bawa mereka pergi vaksin. pun masih tidak tahu mahu dinamakan apa. hati sudah berbelah bagi kalau mahu dicarikan keluarga angkat. masih lagi usha en. suami. nampak macam dia juga sudah jatuh hati dengan mereka berdua.



5 + 2 = 6 7 (betul tak cikgu). sudah ada tujuh ekor di rumah kakct. nasib baik tidak perlu guna pampers. yang buat kakct jatuh hati pada mereka berdua ini, mereka pandai poo and pee. kalau mereka buat hal merata, pitam jugak kakct.

sila beri cadangan nama yang sesuai untuk budak-budak ini.
1. bawang putih & bawang merah (macam kurang sesuai).
2. upin & ipin.
3.
4.
5.

tiada hadiah dijanjikan. minta maaf. kakct cuma boleh belanja durian saja bila tiba musim durian nanti. serius!

momong dalam bahasa jawa maksudnya jaga/bela.

handphone aku xde kompas