Monday, August 15, 2011

Indahnya Takdir

Bismillahhirrahmannirrahim.

INDAH BUKAN!

aku selalu berkata
takdir adalah yang terindah
ciptaan dari Allah.

aku mengaku
takdir adalah yang terbaik buatku
walau sering hati tidak setuju.

harus aku akui
takdir kerap tidak menepati mimpi
tapi dari setiap inci yang terjadi
membunga hikmat tersendiri
selagi dilihat dengan mata hati.

manusia tetap manusia
punya hati punya rasa
yang sering meronta
andai tidak dibela
dipelihara.

walau pasrah menjadi sebutan
kerap hati tidak karuan
kerana takdir dan kemahuan
tidak seiringan jalan
walau rungutan demi rungutan
aku tetap mahu bersyukur pada Tuhan.

orangbiasa\15OGOS2011

bulan mengambang, air pasang penuh. cantiknya selat Tebrau di Johor Bahru walau tidak seindah dulu.


21 comments:

S..U..D..@..I..S said...

sy suka puisi ni, simple tp padat maksud tersirat..tq

ghost writer said...

kita selalu berkata bahwa kita mampu menerima takdir,tapi tatkala takdir mendekati kita,kita mulai berkata pada tuhan,'kenapa kita?'

meowwmania said...

mendalam dan penuh makna :)

iKhRam said...

penerimaan itu lebih besar ertinya jikalau kita sentiasa merasakan semuanya adalah yg terbaik..

RepublicAku said...

selalunya mmg begitu kadang-kadang kita berani pula mempersoalkan takdir....

Rosmawati Yusof said...

Semuga hidupmu bahagia selalu, aminnn..

Ct Aja said...

suka puisi ni, moga hidup kamu sentiasa diberkatiNya

dill said...

tenang.

dill.

♥Aien Najwa♥ said...

penuh makne nih..cer rungkaikan???..hehe..=))

sahromnasrudin said...

sesungguhnya setiap takdir itu walau tidak disukai kita, pasti kita akan mensyukurinya setelah tahu hikmahnya

Mario said...

tak penah g johor...letak arr gmbr selat tebrau tu..

ctpayong said...

@sud@is ) terima kasih! kadang2 sukar terjemah dlm bahasa biasa akan nikmat Allah.

@bisk ) walau apa pun kita wajib terima dgn redha. walau nampak payah namun ia tetap indah. cuma hati & naluri sukar terima.

ctpayong said...

@meowmania ) benar! tidak mampu nak sampaikan dalam bahasa harianku.

@ikhram ) alhamdulillah...cepat atau lambat bila jiwa dapat menerima, itulah datang indahnya.

@republicaku ) manusia, tidak dapat lari dari rasa tidak puas hati. namun sejenak kalau kita dapat terima, kita pasti terasa indahnya.

ctpayong said...

@RY ) semoga kamu juga dirahmati, amin.

@Ct Aja ) amin...begitu pun juga kamu pasti diberkati, insyaallah.

@dill ) kamu juga. tenang itu bahagia & bahagia itu anugerah Allah.

ctpayong said...

@alen najwa ) insyaallah...nnt kakCT emailkan prosanya ke kamu.

@sharomnasrudin ) walau sesaat atau hanya seketika bila kita akur akan indahnya takdir, ia pasti benar indah, amin.

@mario ) gambar dulu2 ada, mmg cantek! tapi sejak selat itu rancak dgn 'coastel highway' tak banyak yg dapat menyangkut hati.

Mutalib attholib said...

Itulah realiti.. urusan takdir di tangan tuhan, urusan kita hanya berusaha.. Moga kak CT sentiasa ceria dan tenang sentiasa disamping keluarga :)

ctpayong said...

@ Mutalib attholib ) menjalani takdir itu satu ujian/dugaan dan menerima dgn pasrah serta redha itu anugerah. Kudrat manusia juga sukar menerimanya terkecuali dengan resha Allah SWT jua.

Wallahua'lam

Siti Hajar Masri said...

suka entry ni..penuh dgn makna tersirat..selamat berbuka akak..;p

emydiaz3 said...

nice entry...penuh makna dan pengajaran...apa2 pun takdir menemukan emy dengan blog comel nie..=)

ctpayong said...

@SHJ ) lambat laun kita pasti rasa apa yg telah Allah tentukan memang yg terbaik buat kita kan.

@emydiaz3 ) selamat berkenalan!

mimo said...

salam 794X..best jugak lagu Kurnia Slam ni. Selamat hari raya maaf zahir batin dan selamat hari ulang tahun ye ibu mama mimo

handphone aku xde kompas