Friday, May 6, 2011

Dia telah mendahului aku.

Bismillahhirrahmannirrahim.

terbang pulang
Al Fatihah untuk dia, yang aku ceritakan di entri ini, takdir dan aku sempat melirik puisi seperti di sini, tribute.

segalanya tinggal kenangan. semoga dia tenang dan bahagia menemui CINTA sejatinya. aku sempat menggenggam jarinya serta mencium dahinya buat kali terakhir semalam, tatkala dia sedang bertarung dan bersabung nyawa. dan akhirnya kurang lebih 12 tengahari dia pergi meninggalkan dunia serta segala isi yang ada di dalamnya.

setiap rasa, bagai terseksa melihat turun naik nafas dihela.setiap mata yang melihat penuh berair. setiap bibir berzikir. setiap hati berkongsi. tahu akan derita terdahulu yang tidak terpikul di bahu, dibawanya bersama. setiap tanya ternganga, terlopong kosong. sang suami masih lagi menyepi. rajuk apakah ditinggalkan sebegini. hingga dia pergi temui Illahi tanpa sempat melepaskan sarat rindu yang terpendam dan terbuku. rumahtangga! seribu macam rasa menduga.

semoga dia tenang dan aman. ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. tujuh ayat penuh rahsia. terkandung segala, Al Fatihah yang agung hadiah terindah buat dia.

dia, hajjah hamidah binti hamid telah pergi meninggalkan aku dan dunia buat selama-lamanya tanggal semalam, khamis bersamaan 5hb Mei, 2011 di hospital pakar Abdul Samad, Johor Bahru, Johor. disemadikan di Pontian, Johor; kampung halaman dan tanah kelahiranya.

Al Fatihah, amin.

10 comments:

Encik MamaT said...

salam takziah kak ct....

azzey said...

Takziah dari saya. dan Al fatihah untuk aruah....

S..U..D..@..I..S said...

semoga roh dicucuri rahmat
takziah untuk kak ct sekeluarga

Sasa Al-Sharif said...

salam takziah

ghost writer said...

al-fatihah..

ada sebak bila membayangkan tentang kerinduan.

takziah untuk keluarganya.

Ariffin Khomeini said...

ia sangat sedih bila org yg kita sayang pergi secara tiba-tiba

kematian itu mengingatkan kita bahawa kita juga tidak lama akan dijemput Izrael

Suara Kalbu said...

Salam takziah dari ida untuk ibu sekeluarga.

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT

ctpayong said...

kepada semua, terima kasih kerana kata-kata itu memberi aku kekuatan menyeka airmata yang tidak henti2 menuruni pipiku.

r-5 said...

innalillahi wainnailaihi raji'un.. al-fatehah untuk si dia..

ctpayong said...

@r-5 : sedih...sungguh bila melihat anak2 kerana ibu mereka pergi ketika telah hampir sambutan hari ibu tahun ini.

al- fatehah.

handphone aku xde kompas