Monday, April 18, 2011

pasrah

Bismillahirrahmanirrahim.

"pasrah" sebenarnya memang mudah mahu kita sebut namun tidak semudah hati menurut. atau memang mudah memperkatakannya tapi belum tentu dapat dilaksana.

selalu kita merasa jasad dan semangat cukup kuat untuk merealisasikan segala hajat dan hasrat. kita pula sering sandarkan hajat ikut bakat serta kekuatan kudrat. tapi kita lupa bahawa kudrat kita terhad.

pun begitu, Allah sangat sayang hamba-Nya yang rajin serta kuat berusaha. namun takdir Allah itu mengatasi segala. begitu pun, Allah SWT melarang kita berputus asa dan Dia suka kita selalu kembali dan mengharap akan Dia dengan serendah-rendah jiwa raga.

ada pun yang termampu kita lakukan sebaik-baiknya dengan berdoa dan mengharap kepada belas kasihan dari-Nya. semoga hasrat dan hajat di dalam doa diterima. mengharap agar kita diberi serta dibekalkan oleh-Nya dengan kekuatan serta keberanian berusaha mencapai segala hajat.

p/s : aku sering rasa putus asa mencengkam jiwa raga sehinggalah aku kembali kepada-Nya. tatkala aku pasrah dan berserah atas kegagalanku maka aku beroleh kemenangan paling tidak ketenangan itu singgah serta bertandang di hati yang sedikit walang.

10 comments:

ghost writer said...

saya suka bila mengingatkan dengan ayat ini.

"kita masih mampu merencana takdir yang telah terlaksana"

pasrah itu tidak menghentikan usaha tapi menyerahkan segala usaha/kegagalan/kejayaan pada yang berhak menentukan-NYA.Pasrah itu menguatkan semangat.

Pala Maldini said...

pasrah selepas usaha sedaya upaya..

tapi, usaha mana ada noktah nya ?

Sasa Al-Sharif said...

hakikat yg aku rasa jgk. mulut kata pasrah, hati kata lain. apa beza pasrah dan redha? tiba2 teringat dan kompius

jomsantaisekejap said...

sy pasrah.....

ctpayong said...

@bisk :hanya mampu berusaha dan takdir penentu segala.

...dan tidak lupa berdoa jugak.

ctpayong said...

@PM..keep trying. Allah tidak suka orang yang berputus asa.

same goes to me.

ctpayong said...

@sasa...bezanya adalah ejaannya tidak sama.

sebenarnya kakct pun tidak pasti apa bezanya. kata kuncinya adalah kembali berserah kepada Allah SWT.

ctpayong said...

@JSS...kena cari dulu, kalau sudah tidak ketemu, barulah pasrah.

Rosmawati Yusof said...

Salam ctpayong,
Dik, berjaya bukan tanda bahagia,
Gagal bukan erti derita...
yg penting bagaimana kita mengendalikan sesuatu situasi...
Selamat berjaya, dik..

ctpayong said...

@rosmawati : betol tu. apa pun takdir Dia, adalah yang terbaik untuk kita selagi kita ikhlas menilainya.

handphone aku xde kompas