Friday, October 21, 2011

tidak perlu pangkat atau harta jika mahu

menjaga nama baik ibubapa.

Bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya tidak perlu menjadi terkenal untuk menjaga nama baik ibubapa. 

sebenarnya lebih dari cukup kalau ibubapa dikurniakan anak yang soleh/soleha. 

sebenarnya anak yang soleh/soleha itu adalah 'hadiah' yang paling complete untuk kedua ibubapa.

tetapi...

kalau tidak dapat yang excellent, jadilah yang good.

kalau tidak yang good, jadi yang ok pun sudah ok.

kalau ok pun ko, jadilah yg paling minima dgn menjaga nama baik sendiri sebab apabila seseorang itu berperangai tidak baik, ayat lazim yg sering terpacul dari mulut orang ialah

mak bapak kau tak ajar ke? 

kalau dah bapak kencing berdiri, anak kencing berlari.

bapa borek, anaknya rintek.

di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

 jadi kalau kita tidak mahu orang lain mengata ibubapa kita tidak mengajar kita makanya kita mestilah menjaga nama baik ibubapa kita dengan menjaga tingkahlaku, tuturkata serta budi bicara kita.

mudah kan menjaga nama baik ibubapa kita tapi yang mudah itulah yang kita mudah terlupa untuk melakukannya.

wallahua'lam.

9 comments:

Rosmawati Yusof said...

Mudah2an kita menjadi anak yg solehah dan ibubapa yg budiman,aminnn...

ghost writer said...

bukan kah sudah dinyatakan,hanya doa anak-anak soleh saja yang diterima,bukan soal pangkat atau banyaknya harta.ia langsung tak dijadikan sedekah pada ortu kita yang sudah meninggalkan dunia.

Suara Kalbu said...

Saya tidak punya harta untuk dilimpahkan kepada ibu dan bapa tetapi saya percaya kasih sayang dan restu mereka sangat penting kalau saya nak hidup tenang.

Semoga saya terus diberi peluang untuk membahagiakan ibu yang saya sayang

Mario said...

thanks utk n3 ingatan ni...

ctpayong said...

@RY-kendati itu sekadar melihat mereka shj pun sudah Allah berikan ganjaran pahala, insyaallah.

ctpayong said...

@bisk-dan tidak juga kehabisan rezeki dari Allah jika kita terus-terusan doakan mereka saban hari.

ctpayong said...

@SK-ibu pun cuma ada senyum dan senyuman mereka adalah ubat duka lara ibu, amin.

ctpayong said...

@mario-mengingatkan yang lain, sama spt ingatkan diri sendiri juga, insyaallah.

ctpayong said...

@CCTV - kalau syaitan, Allah sentiasa lindungi aku tetapi apakala manusia yang menjadi wakil syaitan, Allah menguji aku. nyah kau syaitan dan manusia yang menjadi wakil syaitan.

Allah bersama aku dan Allah tidak akan campur adukkan yang benar dengan yang batil sepertimana Allah tidak temukan siang dengan malam.

hanya Allah yang mampu memberi petunjuk dan hidayah dan Allah juga yang mampu mengampuni segala dosa dan perbuatan keji yang berselindung disebalik kata puji.

wallahua'alam.

handphone aku xde kompas