Wednesday, June 19, 2013

berakhir sebuah penantian


السلم عليكم ورحمة الله

lama sudah menunggu. sering rasa was-was dan sering juga berkata-kata di dalam hati;
"apa benar inikah pokoknya yang aku minati".

akhirnya jawapan telah pun pasti. senyum melebar sampai hampir menampakkan gusi bila mata terarah ke puteri sulung aku ini.


mata liar mencari-cari. kalau-kalau ada lagi. telahan hati tepat sekali. dicelah-celah hijau nampak merah lagi. senyum berser-seri.

kalau sudah namanya manusia, sifat haloba tetap ada. astagfirullah...


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ 
ada lagi rupanya. 


berakhirlah sebuah penantian. sungguh menyenangkan nikmat dari Allah. wajib ucap....

أٌلحَمْدُلِلَّهِ kerana bahagia tidak dapat dibeli. sungguh bersabar itu menghadiahkan aku kemenangan yang besar. آمِـــــــــينْ

2 comments:

Hadira Kifly said...

Kat rumah Dira dulu banyak pokok ni, tapi since rumah terbakar dulu, dah hangus sekali... huhuhu

Temuk said...

Assalam ctpayong.
Syukur, yang ditunggu telah tiba. Mereka datang dengan cantik-serinya! Inikah si sepit udang, atau si sepit ketam?

handphone aku xde kompas