Tuesday, April 16, 2013

senang hati - part 10 : tetapi, kali ini...

tentang kisah semalam yang sedih.

pagi-pagi sudah perasan kenapa si jaguh ni tak boleh berkokok. paruhnya sekejap tertutup sekejap ternganga. berkira-kira di dalam hati, apa pulak yang si jaguh ni sudah bedal sampai tercekik. si jaguh cuba jugak untuk berkokok tapi tetap kokoknya tidak kedengaran. selalunya, akulah jaguh. pantang dengar kokokan ayam jantan lain. pasti dia hambat dengan aksi berkepak-kepak lagi. maka bersahut-sahutanlah berkokok sampai macam nak gugur tahi telinga.

sebelah petang dapat statement yang memilukan sanubari. en suami meminta untuk ditanakkan nasi sebab sudah terhidang sup ayam citarasa solo style pak joe.

aku : sembelih ayam mana?
suami : si jaguh!
aku : kenapa?
suami : tersekat getah gelang. sudah tidak mahu makan. sembelih ajelah buat lauk.
aku : padanlah si jaguh tidak boleh berkokok tadi pagi. tapi dalam kepayahan tetap mahu berkokok juga.

dalam hati ada seribu satu macam rasa. orang lain mungkin perkara begini adalah biasa. tapi jiwa ini mudah terasa.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ. jaguh! jaguh!. maaflah kalau selalu perambat kau sewaktu curik kibble meoww. maaflah kalau selalu pancut air ke arah kamu bila kau menguti-nguti pokok cili. maaflah kalau selalu halau soh! soh! bila kau bawak awek kau mahu bertelor di reban meowww.

tarik nafas dalam-dalam mahu tahan airmata. ajal kamu sudah sampai. harapan sangat tinggi semoga telor yang dieramkan ada zuriat/baka kamu.

tinggal kenangan...

6 comments:

Naz said...

w'pun hanya seekor ayam..tapi dia tetap tinggalkan kenangan kat kita..

Unknown said...

Dah sampai ajalnya....

ctpayong said...

@Naz : bila jiwa penuh dengan kasih sayang, pasti segala sesuatu akan meninggalkan kenangan.

ctpayong said...

@Hadira Kifly > bila sampai masanya...

sud@is said...

bila dah jadi belaan rasa tak samai hati...pernah alami kepiluan ini, semasa dok di kampung...

KakD said...

Alahai...kalau saye rase tak sampai hati dah tu nak tengok or masakkan ayam tuh.

Sebab hati saye ni cepat benar ade rase belas kasihan huhuhu.

Alaaaa sedih uhuk...

handphone aku xde kompas