Thursday, September 27, 2012

Airmata ibu

 Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
kasihnya ibu membawa ke syurga.
Hatinya semakin tegar justeru itu dia tega membiarkan panggilan dari anaknya sehingga nada dering telepon bimbitnya mati. Dia tahu ini bukanlah cara yang terbaik untuk merapatkan kembali hubungan dia dengan anaknya yang semakin merapuh. Apa pun dia punya alasan tersendiri kenapa dia enggan menjawap panggilan dari anaknya. Dia tahu sebagai ibu, dia tidak boleh terlalu emosi di dalam menanggani masalah anak-anak. Apatah lagi anak-anaknya semua sedang meningkat dewasa.

Jauh di sudut hatinya tidak pernah mempertikaikan dugaan serta cabaran yang Allah SWT datangkan di sepanjang perjalanan hidupnya. Dia juga tidak berkira-kira kenapa Allah mentakdirkan anaknya yang satu ini sering membuatkan hatinya terluka sedang dia, usah melihat airmata ibunya, merasakan ibunya menangis di dalam hati pun dia susah runsing. Baginya, dia hanya melakukan apa yang perlu dia lakukan. Untuk mengharap anaknya melakukan sama sepertimana apa yang telah dilakukan terhadap ibunya bukanlah prinsip hidupnya. Dia tahu, setiap zara yang Allah SWT jadikan mesti bersebab. Dia akur hukum itu.

Walau apa pun, dia cuba untuk tidak merajuk dengan anaknya. Dia mahu menghargai airmatanya. Dia berusaha untuk tidak mahu menangis lagi. Namum airmata seorang ibu tetap mengalir ketika tangannya diangkat ke langit. Dia tetap berdoa akan keselamatan serta kesejahteraan anaknya. Terus-terusan mengharap akan kejayaan anaknya. Dia juga tidak pernah lupa meminta Allah SWT ampunkan dosa anaknya. Apa pun yang telah anaknya lakukan, dia telah ampunkan kerana dia kuathir tidak sempat berbuat demikian apakala dia menutup matanya nanti.

7 comments:

jomsantaisekejap said...

salam santai kak ct....semuga sentiasa sihat dan ceria selalu.
Bak kata orang, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak sehingga dewasa tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjada seorang ibu...
Tiada apa pun yang dapat membalas jasa ibu walau sekecil kuman sekali pun...

ghost writer said...

itupun ramai yang belum memahami sepenuhnya hati seorang ibu. ah, aku gimana?

ctpayong said...

dan yang sebenarnya, seorang ibu itu bagaikan 'wakil' dari Allah SWT untuk menjaga & menjadikan insan yang sampai ke dunia, akan sampai kepada Allah SWT.

berat jugak tanggungjawab yg dipikul oleh seorang ibu.

JSS...doakan kakCT berjaya dalam missi ini.

ctpayong said...

kasih sayang serta cinta sejati anak shj yg setara dgn pengorbanan seorang ibu.

kakCT juga masih dalam perjalanan yg panjang dalam mengadaptasi rasa itu dalam diri. itu pon sementara hayat dia (ibu) masih ada.

jomsantaisekejap said...

Salam santai di hari Jumaat yg mulia..
Sentiasa mendoakan kak ct tidak kira dimana jua.

Suara Kalbu said...

Salam Ibu,

Kasih ibu sememangnya aneh. Biar dia terluka dek kerana kerenah anak-anak, tetapi hatinya tetap kasih dan mendoakan bahagia kepada mereka sehingga ke syurga

Semoga walauapapun situasi yang ibu lalui ketika ini, saya doakan ibu tetap diberi kesihatan, kekuatan, ketabahan; kebahagiaan dan rahmat Tuhan yang tak putus-putus.

ctpayong said...

TQ...alhamdulillah.

tempat baru ni line xberapa nak bagus...memang xbagus sampai tension kalu nak update.

tu yang 'diam se1000 bahasa...

handphone aku xde kompas