Friday, June 1, 2012

AL-GHAFFAR

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Assalamualaikum wbt.

Al-Ghaffar bererti yang Maha Kuasa menutupi kesalahan hamba-hamba-Nya dgn mengampuni dosa-dosa mereka. 

Dalam khabar musnad diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka. Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh ke belakang sambil meneruskan perjalanan. Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan.

Lalu Allah SWT berfirman, "Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah SWT bertanya, "Mengapa engkau menoleh sampai 3 kali?"

Orang itu menjawab, "Setelah aku sampai sepertiga perjalanan, aku teringat akan firman-Mu:

Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat. (Al-Kahfi 18:58). Oleh kerana teringatkan firman-Mu inilah maka aku menoleh dengan penuh harapan mendapat keampunan dan rahmat-Mu.

Setelah aku sampai separuh perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:

Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah. (Ali Imran 3:135). Ayat ini menguatkan harapanku, menyebabkan aku menoleh lagi.

Setelah sampai dua pertiga perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:

Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah. (Al-Zumar 39:53) Semakin bertambahlah harapan untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!"

Allah SWT kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"

Firman Allah SWT:

Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, tentu dia mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Nisa' 4:110)

Moral dari kisah di atas, bersegeralah bertaubat serta meminta keampunan Allah SWT. 
Wallahua'lam.

10 comments:

Siti Radz said...

Akak... Terima kasih ajak kita... Dah berbuah la agaknya duriannya ek? Yeay!!! Best nye...

ctpayong said...

a'ah...tapi baru sket2 kedebuk. insyaallah pertengahan june sok. pakat2lah dtg ngan JSS...

S..U..D..@..I..S said...

moga kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk kesedaran dan keinsafan..

insan_marhaen said...

perkongsian yang indah!

ctpayong said...

menjadi harapan kakCT diantara kita wajar saling ingat mengingatkan.

ctpayong said...

banyak cara kalau kita mahu sampaikan perkara2 yang baik yang membawa kita ke jalan yang benar lagi lurus kerana dan kepada Allah.

ghost writer said...

bukan kah ketika itu pintu taubat telah tertutup?

ctpayong said...

kerana di ketika itu mmasukkan hambaNya ke syurgaNya adalah atas rahmatNya.

wallahua'lam.

jomsantaisekejap said...

kemana menghilangnya kak ct? Selamat Hariraya Aidil Fitri... Maaf Zahir Batin

jomsantaisekejap said...

argggghhh liatnya nak kerja. Salam santai sambil minum teh tarik pagi ni.. semuga ceria selalu..
semuga kak ct sihat2 hendaknya... keep in touch

handphone aku xde kompas