Tuesday, December 11, 2012

☝Malaysia!

telan mati emak, luah mati bapak. sungguh! orang dahulu sangat besar santunnya. rasa ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi dalam masa yang sama mahu menjaga hati dan hubungan. lalu dianjurkan lagi cara menyelesaikan masalah supaya berhati-hati seperti menarik benang di dalam tepung. benarlah jika dinobatkan suatu ketika dahulu bahawa bangsa melayu itu kaya dengan budibahasa serta baik tatasusilanya.

aku tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. sekarang semuanya sudah hilang. aku agak yang hilang bukan bangsanya tetapi susila dan pekertinya. apakala semua sudah menjadi sama maka akan hilanglah rupa paras bangsanya.

☝Malaysia! Malaysia itu dahulunya Malaya yang asalnya Tanah Melayu. Malay/Melayu itu tidak hilang, yang hilang cuma adab sopannya atau Melayu itu hanya tinggal pada namanya sahaja. pun masih boleh lagi dimaafkan. jangan sampai hilang agama bila lidah tidak dijaga. jangan suka tunding jari. tanyakan pada diri sendiri. di mana aku berdiri.

6 comments:

ghost writer said...

Orang melayu kiasnya banyak.bunga kata dianggap sopan,makna di dalamnya membikin nanar.

ctpayong said...

kasar itu tampak maxam kurang ajar. namun adab sopan itu sangat dituntut.

kakCT pun bukan seorang yang lemah lembut....

محمد رازيق said...

setuju kak. huhu, santun hilan pantun pun entah kemana.

Miss PIJAOSIX said...

Salam ct payung...

Dunia dah ke penghujungnye. Bahasa tata kesusilaan dan sebagainya dah takde harga diru...

ctpayong said...

sebenarnya pantun tu ada lagi tapi sudah di rap kan aje....hiiii

ctpayong said...

bertukar ganas & kasar kan...

handphone aku xde kompas