Arwah bapak pernah berkata, dia tidak meninggalkan tanah pusaka walaupun se hasta. Dia mahu kami sekolah tinggi-tinggi dan mencari kehidupan kami sendiri. Arwah bapak kata lagi tanah pusaka hatta sekalipun hanya se depa boleh buat anak-anak bapak nanti bersengketa di kemudian hari.
•
Mutiara Hadith, " Ahmad bin Ibrahim ad-Dauraqi menyampaikan kepada kami dari Abdussamad bin Abdul Warits, dari Harb bin Syaddad, dari Yahya bin Abu Katsir, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Abu Salamah yang menceritakan bahawa dia pernah bersengketa dengan kaumnya dalam masalah tanah. Kemudian, Abu Salamah menemui Aisyah lalu menuturkan tentang hal itu kepadanya. Aisyah berkata, " Wahai Abu Salamah, jauhi tanah sengketa itu. Sungguh, Rasulullah SAW pernah bersabda, " Siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah akan mengalungkannya dengan tujuh lapis bumi. '"(HR Shahih Muslim, [4137] 142-(1612))
•
Hati jadi sayu bila baca hadith itu. Rupanya arwah bapak tahu dan dia tidak mahu anak-anaknya dibelenggu.

Al Fatihah buat kamu bapak.
No comments:
Post a Comment