Monday, May 18, 2015

Tinggal kenangan...

Dua bulan dia bertahan. Tiap-tiap hari beri dia air kelapa. Malas nak bawak jumpe vet. lagi. Nanti dia org suruh duduk wad. Rawat semampu yg boleh. #Koreng cuma kucing datang aje. Minta makan minta perlindungan. Takdir dan suratan...akhirnya dia ucap #SelamatTinggal pada aku.
Airmata usah cerita. Makan & minum tidak rasa ape. Sumbat aje jangan sampai tak ade tenaga. Semalam tidor kejap-kejap terjaga...tengok dia. Aku dapat rasa, masa dia sudah tidak lama. Baru tadi, sekejap tadi...selesai azan zohor dia telah pergi temui Illahi.
Ini yang aku tak suka tentang aku. Bukan tak redha tapi rasa ini...memang aku benci rasa ini.
Aku lihat sendiri dan usap dia sampai dia pergi.
Ya Rabb, dia yang tiada dosa pun sakitnya begitu. Inikan pulak aku!!!


Damailah kamu di sana.

Sunday, May 10, 2015

Sedih rasanya...


Allahuakbar!
Kamu Islam.
Kamu mengurus institusi tabungan ummah.
Bagaimana kamu dapat #berdakwah,
jika mentadbir wang amanah shj salah.
Bila bercakap kamu bermadah helah.
Sebab kamu, TH hilang maruah.
Sebab kamu, bukan Islam pandang Islam rendah.

Allahuakbar!
Islam agama indah.
Islam ini agama Allah.
Allah jaga sampai kiamat.
Allah akan bongkar segala tipu muslihat.
Hatta walau kamu keluar sebaris ayat,
terlibat menjarah duit umat Muhammad.
Kamu pasti tidak selamat.
Dunia mahupun akhirat.
Kecuali kamu ikhlas bertaubat.

#orangbiasa
#dusunkota
#SepuluhHaribulanLima15

p/s : sedih rasanya hati bila mereka-mereka ini mencalar bakti dan budi Tabung Haji.

Thursday, May 7, 2015

Dalam Kenangan - Al Fatihah



Akitek bukan, Engineer pun bukan. Walau hanya menyandang 'Pembantu Teknik Tkt. Tertinggi tetapi meneliti hasil kerja arwah memang tiada satu pun ada yang ada cacat celanya. Aku baru menggalas tanggung-jawab sebagai penjawat awam di kala itu sekitar tahun pertengahan 80an. Bekerja jauh nun di selatan Semenanjung di kala itu bagaikan seperti 'kena buang daerah'. Kalau boleh, lulus dari menara gading mahunya ditugaskan di KL, Metropolitan katakan.
Aku akur. Jurutera wanita di waktu itu memang boleh dibilang dengan jari. Bekerjasama dengan arwah walaupun sekadar waktu banyak mengajar aku akan erti telus dan tulus bekerja. Bukan setakat itu, etika berpakaian sebagai penjawat awam pun amat beliau titik beratkan. Arwah memang segak, bergaya serta kemas. Trade mark arwah ialah menghisap paip dan mengenakan bo menggantikan tali leher. 


Dahulu, urusan semua di dalam BI. Antara pesanan beliau kepada aku 'orang baru' adalah sentiasa bersedia dengan kamus, pen dan kertas bila pergi ke mana-mana. 
Akhir2 ini baru aku tahu arwah adalah orang yang bertanggung-jawab mencipta Jalur Gemilang.

Allahuakbar. Semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihi. Al Fatihah.


handphone aku xde kompas