Monday, May 18, 2015

Tinggal kenangan...

Dua bulan dia bertahan. Tiap-tiap hari beri dia air kelapa. Malas nak bawak jumpe vet. lagi. Nanti dia org suruh duduk wad. Rawat semampu yg boleh. #Koreng cuma kucing datang aje. Minta makan minta perlindungan. Takdir dan suratan...akhirnya dia ucap #SelamatTinggal pada aku.
Airmata usah cerita. Makan & minum tidak rasa ape. Sumbat aje jangan sampai tak ade tenaga. Semalam tidor kejap-kejap terjaga...tengok dia. Aku dapat rasa, masa dia sudah tidak lama. Baru tadi, sekejap tadi...selesai azan zohor dia telah pergi temui Illahi.
Ini yang aku tak suka tentang aku. Bukan tak redha tapi rasa ini...memang aku benci rasa ini.
Aku lihat sendiri dan usap dia sampai dia pergi.
Ya Rabb, dia yang tiada dosa pun sakitnya begitu. Inikan pulak aku!!!


Damailah kamu di sana.

1 comment:

jomsantaisekejap said...

Bersabarlah kak ct... yang pasti, dia merasa gembira kerana pergi dengan usapan tangan kak ct...hik hik.. mana tisu ni...
Semuga ceria selalu....

handphone aku xde kompas