Akitek bukan, Engineer pun bukan. Walau hanya menyandang 'Pembantu Teknik Tkt. Tertinggi tetapi meneliti hasil kerja arwah memang tiada satu pun ada yang ada cacat celanya. Aku baru menggalas tanggung-jawab sebagai penjawat awam di kala itu sekitar tahun pertengahan 80an. Bekerja jauh nun di selatan Semenanjung di kala itu bagaikan seperti 'kena buang daerah'. Kalau boleh, lulus dari menara gading mahunya ditugaskan di KL, Metropolitan katakan.
Aku akur. Jurutera wanita di waktu itu memang boleh dibilang dengan jari. Bekerjasama dengan arwah walaupun sekadar waktu banyak mengajar aku akan erti telus dan tulus bekerja. Bukan setakat itu, etika berpakaian sebagai penjawat awam pun amat beliau titik beratkan. Arwah memang segak, bergaya serta kemas. Trade mark arwah ialah menghisap paip dan mengenakan bo menggantikan tali leher.
Dahulu, urusan semua di dalam BI. Antara pesanan beliau kepada aku 'orang baru' adalah sentiasa bersedia dengan kamus, pen dan kertas bila pergi ke mana-mana.
Akhir2 ini baru aku tahu arwah adalah orang yang bertanggung-jawab mencipta Jalur Gemilang.
Allahuakbar. Semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihi. Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment