Sunday, February 27, 2011

tewas

terjaga dari tidor saja terasa macam sakit gigi@gusi. aku amat-amati. semalam sebelom tidur aku confirm gosok gigi. dalam hati-hati agar sakit tidak menjadi-jadi, hati pulak disakiti. dalam hati merungut sendiri. kerja rumah tidak habis sampai mati. kenapa tidak boleh nak faham perasaan isteri. niat asal mungkin barangkali bukan begitu. tapi ayat tak cantik terasa seolah aku diherdik.
suami : nak b/fast tak? cepat sikit kalau nak pergi.
isteri : ikhlas ke tak ikhlas nak ajak i b/fast ni?
suami : cepat sikit kalau nak pergi.
(aku dapat bersabar lagi)
suami : nak ke tak nak ni?
(aku di sinki sedang cuci saki baki pinggan & gelas malam tadi. hati sedikit panas lantas balas dengan nada keras)
isteri : sejak subuh i tak kering jari. ingat i goyang kaki.
seketika, senyap sunyi. alang2 sudah bermula biar aku terusan luahkan.
marah
marah
marah lagi
airmata berderai kanan kiri pipi.
aahhh...aku kalah lagi
kawal amarah di hati.
suami : sorrylah..tak sengaja tadi. jom kita b/fast.

sakit gigi tambah sakit hati tambah lagu sakit kaki. sekaligus aku diuji hari ini.

sebenarnya sudah lama aku tidak 'mengamuk' macam tadi pagi. selalunya boleh kawal diri.

sedih dan diam sepanjang hari.

Wednesday, February 23, 2011

senyum

tidak perlu tulis apa-apa.
senyum.


lap lip lap lip lap...mata dia nak terlelap.
duit dalam handbang ini aku yang punye.

lip lap lip lap lip...mata dia dah tak berkelip.
jangan cuba-cuba nak ragut ini bag ye!

kalau sudah tidor...ghalehkan kat maner 
pun tetap tidur lena.
aduhh...silau lerrrr.

gaya...macam-macam ada.
wallahwei...boleh tolong senyap tak?

siapa punya tilam neh?
busuknya!!!
ermm..bukan bau kentut aku ke?
sendiri punya kentut, lagi mau tanya.

bising-bising kan aku dah terjaga.
siapa yg buat onar tadi?
kentut bau kari basi!.

dan...
aktiviti seterusnya!
kan dah kena gigit jari.
siapa suruh kejutkan aku tidor tadi.

 
aku menang lagi.
aku menang lagi.
ada sesiapa berani mahu lawan lagi.

kenchoro sudah besar. masa aku kutip dia di kaki 5 masjid, dia cuma sebesar telapak tangan kiri aku saja. nyaris-nyaris aku terpijak sebab dia menyorok dalam safety boots aku. en. suami bising sepanjang jalan kenangan bila aku bawa kenchoro hantu kak limah pulang rumah. tapi sekarang...

p/s : dan akhirnya aku tulis juga.

Sunday, February 20, 2011

qanaah

Bismillahirahamanirahim serta shalawat atas Nabi SAW

suatu hari Nabi SAW pernah berpesan kpd sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari :

'lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian  lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yg diberikan kepadamu'

hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi.


bagi aku ini adalah satu asas yg baik untuk kita melayari kehidupan di dunia dengan aman. ia juga mengikis perasaan hasad dengki serta irihati atas keberadaan orang lain. atau membenih rasa syukur atas sekecil-kecil nikmat yang telah Allah SWT.dikurniakan.

sungguh, banyak perkara yang tersirat dari hadis di atas bagi mereka yang mahu melihat serta tidak buta hati. ajaran Islam itu indah dan sejahtera.

p/s : dapat berasa qanaah pun aku sudah bersyukur.

Friday, February 18, 2011

tidak masuk akal

bila salah satu institusi bank tempatan kena "akal" dan rugi RM19J.

Bismillahirahmanirahim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

'Merapi' selepas dihukum Illahi.
semalam aku tidur awal. penat serta letih yang tidak terkawal. kebiasaan cukup tidur 4 - 5 jam, buatkan mata tidak mahu pejam. aduh, baru 3 pagi bila mata melihat jam loceng penuh tajam. sedang asyik belek-belek akhbar semalam, kedengaran 'Surat Khabar' hari ini dilempar dengan kejam.

hari ini sedikit bangga diri. di rumah ini, menjadi orang pertama melihat berita terkini.sorry! sorry! ucap alhamdulillah. mudah lupa, cepat melatah mahu aksi segala.ini laporan akbar kok. bukan sms atau copy paste. mana mungkin institusi bank bisa 'terkena' sedang pegawai serta kakitangannya professional belaka. majikannya saja gaji sudah juta-juta rupiah.masakan aku silap baca. yang demikian itu, regardless pinjaman untuk projek yang bagaimana mega, kerajaan mahu pun swata, setiap individu mesti bertanggungjawab atas gaji yang diterima saban hari. mengkaji dan meneliti supaya jangan sampai ada yang rugi. rugi di dunia dan rugi di akhirat lagi kerana amanah dunia sebegitu udah tidak mampu dipikul bahu. tapi tetap gah, sukar akui ter'salah'.

hari ini, Jumaat tanggal 18 Feb., 2011 - Utusan Malaysia melaporkan : Dua syarikat palsu buat pinjaman bekal alat ganti pesawat TUDM.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman perlu buat kerja lebih dari biasa. perlu cari bukti jitu. syarikat palsu atau tuntutan palsu.

janganlah sampai kambus kepercayaan pendeposit. apa pun let the pro. do the job bro. semua kasus 'ter' jika sengaja benar tidak tahu dapat dipertimbangkan untuk dimaafkan. aku juga kerap kata 'jakun' pada mereka yang 'perak' (kata tutur dari perak). apa pun kata maaf dari Tok Guru Nik Aziz itu aku puji. pasti itu tulus suci serta ikhlas dari hati. wallahua'alam.

p/s : dua kasus 'ter' yang tiada maaf bagimu ialah "ter"liwat dan "ter"rasuah. kes yang tidak sudah-sudah. gelilah.

Wednesday, February 16, 2011

sedih hati sedih

bismillahirahmanirahim

salam dan selawat atas Nabi SAW

warna-warni hati
entah kenapa hari ini hati aku rasa remuk sekali. bagai direnyuk-renyuk dan ditumbuk-tumbuk. benar!. bukan semua dapat aku lahirkan di sini. pun aku tidak mampu buat pekasam di lubok hati. entahlah. agaknya lewat mengimbas kisah-kisah Rasullullah SAW yang amat meruntun hati, mungkin. bukan mungkin lagi, memang tiada tolok banding kasih abadi.


tidaklah dapat aku pastikan. apa sebenarnya yang menyedihkan. tapi sungguh airmata ini berlinangan tanpa dapat aku elakkan. terlalu lama aku simpan. terlalu kerap aku pendam. akhirnya aku menjadi buntu dan bungkam. kenapa susah mahu faham. mahu diam tapi mana mungkin berterusan diam.

ahhh...iman ini memujuk lagi. selagi termampu . bukankah harus aku akui. ini semua dugaan dan ketentuan Illahi. Ya Allah Ya Rabbi. aku sebut berkali-kali. bukan sekali, tapi berulang kali. aduhai hati, semoga engkau sering saja terpujuk oleh iman di dada. akurlah akan qada' dan qadar Allah. kita cuma lakonkan saja di pentas dunia.

'hati', cepatlah engkau sembuh. bangkitlah dan tunaikan solat sunat dua rakaat. semoga kamu kembali kuat sekalipun dihujani ujian yang hebat. insyaallah berkata hati. sunyi sepi. ayuh! bangkitlah, serahkan segalanya kepada Allah. Dia, Allah lebih adil lagi saksama.

p/s : kucingku sudah pun sihat. terima kasih pada yang ucap selamat. entah! kelibat serta bayang pun tidak aku lihat. aku ikat tambat kalau cuba-cuba mahu lagi berpencak silat. kenchoro oh kenchoro. ooo ada, sedang istirehat.

Tuesday, February 15, 2011

cepat sembuh sayang.

assalamualaikum wrt.
bismillahirahmanirahim.

kenchoro oh kenchoro, padah mahu jadi zoro.
dia demam
badannya terasa suam
duduk diam-diam
dalam bilik gelap suram.

muka ketat
mungkin penat
semalaman berpecak silat
bergulong berlipat-lipat.


tangan kanannya sakit
agaknya kena gigit
sewaktu pertarungan sengit
merebut si genit.


sudah ricky banyak tempat
walau CNY sudah masuk hari ke empat
pintu klinik vet bertutup rapat
apa harus aku buat?

06022011

semoga cepat sembuh ya sayang.

p/s : mungkin tidak semua tahu perasaan aku tentang makhluk yang satu ini. melihat mereka minta makan boleh membuatkan aku jadi tidak malu menangis di kalayak ramai.

Sunday, February 13, 2011

pernahkah?

aku mulai dengan Bismillahirahmanirahim.

sekali lagi aku ulangi pertanyaan ini...
pernahkah kita mendoakan akan kebaikan untuk orang lain?

sesungguhnya, dampak dari sering kita mendoakan orang lain adalah kita akan merasa dekat dengan Allah kerana kita sering menyebut nama-Nya. dan Allah pun akan dekat kepada kita, akan selalu melindungi kita. dengan seringnya mendoakan orang lain, menandakan bahawa kita peduli kepada sesama, tidak egois dan menghindarkan kita dari sifat sombong. juga mengajar kita betapa besarnya erti bersyukur atas nikmat yang Allah swt. beri. pun berbuatlah atas tiket keikhlasan hati.

p/s : aku belajar untuk jadi begini bila aku berpemergian di tempat orang.

Friday, February 11, 2011

hadiah paling mahal untuk ibubapa ( 2 )

bismillahirahnirahim.

indah itu terkadang kala tersembunyi
aku teruja baca komen dari kawan-kawan tentang entri aku ini walau hanya beberapa butir saja komen yang diberi, aku sangat2 hargai. aku bukanlah orang yang arif dan berilmu. tapi bagi aku, 'pengalaman' juga dapat aku nobatkan sebagai IPTA/S. pendidikan itu foundation yang perlu ada untuk kita terus kukuh tegak. yang dikatakan 'ilmu' (agama) adalah yang kita ketahui/pelajari/dalami lalu kita praktikan/amalkan.


andai aku salah harap dapat diperbetulkan/dimaafkan tentang statement ini iaitu doa yang tidak ditolak oleh Allah SWT. sesungguhnya Allah SWT tidak akan pandang sepi (tolak) doa kedua ibubapa untuk anak-anaknya. pun tidak terputus hubungan kita (anak-anak yang soleh/soleha) dengan mereka setelah mereka berpindah ke alam barzakh nanti.

aku mahu balas komen mereka di sini :

to GW  [Ghost Writer]: bila mahu berpesan atau menyampaikan, kena variasi, sebab manusia pun bermacam-macam asam garamnya. masa shj selalu cemburu dgn kak ct.
to sasa [Aku is Aku]: degil pun kena tengok tempat. patut degil dan berdegil@ego kita juga kena pertahankan.
to a logman [Apa Khabar Orang Kampong] : berdoa untuk kedua ibubapa adalah antara ciri2 anak yg soleh/soleha, ameen.
to SHM [Siti Hajar Masri] : usaha tangga kejayaan.
to azzey [azzeyatin] : mudah2an. ingatkan kak ct juga ya.
to abgreds [abgreds] : betol sangat2. belajar dan mendidik tiada batasannya. maka ambillah yang baik-baik sahaja dan yang buruk2 itu kita tambahkan perkataan 'tidak' di hadapannya.
to suichi [jejari pitik]: menjadi anak yg soleh/soleha tidak perlu modal tapi daya mental kena kuat.
to SS [sephi sephia]: keberadaan sekadar mendorong menjana iman tersohor.
to PM [Life is full of surprise] : tahniah jugak kepada kamu kerana "like" mcm di FB.
to LadyBird [Ladybird's Life]: kalau tidak bantuan kalian kak ct pun kadang "menyetan" gak.
to e indah [Legacy 'e'] : rindu kepada orang tua adalah bunga2 iman.
to pakwi [puisi pakwi] : tiada lain yg paling mahal yg termampu oleh kita untuk kita berikan kepada mereka. kita pun bukan dari kalangan harta jana harta. semoga kita berjaya.
to she retarded [retarded kitty] : moga2 kita berjaya. kita cuba! kita cuba!
to azana [walk to remember]: kita buat apa yang termampu untuk saling bantu membantu. mahu derma ribu-ribu pun kita sendiri masih perlu.

p/s : sama-sama kita berpesan-pesan katakan 'TIDAK' pada yang 'HARAM'. lor kak ct....sudah macam iklan rokok la. aku pernah beri perumpamaan tentang doa ibubapa terhadap anak-anak. bunyi dia macam ni.

"doa ibubapa terhadap anak-anak sama seperti pintu dalam cerita gate-samrt...sampai saja terbuka".

haish kak ct neh...ada ke patut buat perumpamaan macam tu.
kak ct kata : bukan senang nak beri example yang senang untuk anak-anak senang nak faham!.
kelakar jugak kak ct ea. terlebih tonton raja lawak agaknya aku ni.

Thursday, February 10, 2011

Janji - Wajib ditepati.

jadi, jangan suka berjanji. janji membawa akibat jikalau tidak ditepati.

bismillahirahmanirahim.

empunya diri, tokey blog ini pun tidaklah tagih janji tapi bila berjanji wajib ditepati. jadi sebagai memenuhi janji, aku buat entri santai ini.
sila baca caption di bawah pic ini.
aku bukan promoter tapi iklan ini comel gila!
oklah, hutang sudah langsai. santai tak entri aku kali ini. santai kan. cakaplah santai. cakaplah! cakaplah!
hish kak ct ni, paksa-paksa orang pulak.

aku sangat terkejut bila blog miskin lagi hina macam blog aku ini di tag oleh blogger yang ramai pengikutnya. Gong Xi Pah Chai aku ucapkan kepadanya. kak ct oh kak ct say thank you. itu ucapan untuk CNY.


kak ct : bego aku nih. Ya Allah, selamatkan aku dari penyakit 'mudah lupa' ini, ameen.

handphone aku xde kompas