Thursday, March 24, 2011

hampir-hampir jadi sarapan anjing.

Ya Allah, siapa pulak yang tinggalkan kamu di sini, di tepi pagar TNB yang sudah tentu tidak ada sumber makanan untuk mengisi perut. sudah butakah orang yang tinggalkan kamu di sini. buta mata dan buta hati.

break kereta gaya formula one bila nampak dua ekor anjing sedang menghambat dua ekor anak kucing. sedang yang besar dan berakal macam aku pun takut dengan makhluk Allah yang satu ini. inikan pulak kamu yang sebesar genggaman aku cuma.dengan gaya berani-berani takut aku unjuk-unjukkan payong ke arah anjing-anjing itu. buat-buat ambil batu mahu membaling mereka seperti kebiasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang pakar serta berpengalaman sewaktu dikejar anjing.

comelkan.

pening sekejap. di rumah sudah ada 5. en suami belum lagi memberi izin. tapi aku sudah jaga mereka macam anak sendiri.

bukan senang mahu carikan keluarga angkat. kalau ada pun mesti sepupu sepapat aku jugak.

p/s : kakct dok buat hal lagi. segala kucing di luar sana mahu dikutip dan dibawa ke rumahnya. tiada unsur tergoda dengan rancangan di TV3. hello...memang species keluarga aku macam ini. pantang nampak kucing.

26 comments:

jomsantaisekejap said...

semalam baru tgk cerita bersama mu pasal orang yang bela kucing terbiar..rumah dia dah ada 25 ekor, kak ct baru 5...lagi 20 ekor boleh tambah tu...Tak payah upah guard jaga rumah...tu kucing2 boleh berkhidmat.
apa2 pun, bagi diorang...kak ctlah catwoman yang sejati..meowww

Blog No 477 - blogcomment 2

ghost said...

hati yang sangat mulia tuh kak CT,bukan semua orang ada rasa belas macam tuh sampai nak kutip kucing2 liar bawa balik rumah..sy sendiri pon cuma ada fishball jer..sekor tuh jer pon.siang dia hilang malam baru nak tidur bawah ketiak.hihi

muny lily said...

mulia sungguh ati kak ct...cik mmg respek abis..cik pun syg bangat kat kucing :)

cik maz said...

baiknya hati akak...comey kucing tu..akak bela saja la kak..sayang comey2 mcm tu nak dibuang...



maz
pecinta kucing

attholib said...

Kakct mempunyai hati emas! Moga Allah menambahkan rezki dan keberkatan buat kakct. amin :)

ctpayong said...

@JSS : sudah 3 hari mereka di rumah kakct. en suami nampak macam sudah senyum-senyum bila lihat keletah mereka.

ada can (chance) tambah koleksi....yeyeahhh.

ctpayong said...

@ghost writer : mak aiii...jauh nun ke sana. mabuk darat mereka dok dalam kereta...heheherrrr

ctpayong said...

@cik lola : pantang nampak...kalau boleh semua nak bawa balik tapi tinggal di kawasan perumahan..pemeliharaan haiwan di hadkan.

sedey!

ctpayong said...

@cik mazs : memang kalau boleh nak tambah bela...tapi belom dapat permission en suami. sedang usha-usha mudah2an berhasil lembut hatinya...heheee

ctpayong said...

@mutalib attolib : terima kasih. mungkin keturunan kakct kot. adik kakct spend beli makanan kucing RM165 monthly. orang mesti pelikkan.

standby makanan kucing dalam kereta. anehkan.

sud@is said...

jiwa pengasih bukan semua orang boleh buat.....

Asri Alam said...

kak ct memang pengasih. tp org memang tak sanggup nak tgk bila ada kejadian mcm tu

ctpayong said...

@sud@is : setiap dari kita punya rasa begitu cuma kadang2, keadaan tidak mengizinkan kita bertindak mengikut naluri insani kita.

sekarang...rumah kakct sudah macam mini zoo...heheheer

ctpayong said...

@sasa : kamu mahu tak jadi bapa angkat mereka...hahahaaa...

tunggu pose baru mereka...huahuahua

Suara Kalbu said...

Ibu...

Comelnya depa. Rasa mau gigit idung dia

ctpayong said...

yg macam kenchoro tu bila nak tido...gigit2 jari macam nak menyusu. sedey ibu bila dia macam tu.

simpan duet nak bawak mereka pergi vaksin. macam ada cacing sebab asyik makan tak kenyang2...heheeee

Encik MamaT said...

kak ct.. semoga hidupmu di berkahi... :)

ctpayong said...

@en mamat : amin.

sedang usha en suami agar izinkan budak dua ekor tu tinggal dengan kakct...

nampak en suami sudah mula ajak mereka tidor & santai depan tv. yahooooo.com (halamak terlebih 'o')

eeeee.....

Pala Maldini said...

wah, berani dengan anjing eh ?

tahniah lah kak ct sebab berani menyelamatkan kucing tu... dah macam superheroin lah pulak..

KakD said...

baguslah tuh cikCT..sekurannyer kucing2 tuh ade tempat berlindung.

macam saye suke kucing tapi geli ya hamat nak pegang huhuhu.

ctpayong said...

@PM : kalau dulu ye...100m lari pecut tu kakct champion. sekarang ni...pasrah aje kalau kena kejar anjing ghehehe.

buat2 berani....anak kuceng tu punya pasal.

ctpayong said...

@mappiau : sinonim macam kita takot anjing jugak. org cina akan hairan nape kita takot anjing? sebenarnya bukan takot...aje leceh nak membasuhnya...nak mencarik lumpuh kat mana tengah2 bandar.

slow2...lama2 nnt sukelah ngan nyeowww

Siti Hajar Masri said...

murninya hati kak ct kita ni..;p

ctpayong said...

species kakct agaknya dari arwah nenek, arwah ayah, mak (panjang umur) adik beradik kakct sume terlebuh suka kuceng.

sekarang ilmu dah turun kat anak2 pulak.

ngheeee

Adila Mohd Noh said...

ibu..kalo xnak kasi dila ler..nak bela jugak.sgt comel itu kucen.amacam??deal tak??

ctpayong said...

dah 2 minggu jaga cam dah sayang pulak. tapi kalau dila nak nanti ibu boleh tanya kak ida;

http://idamanja79.blogspot.com

handphone aku xde kompas