Thursday, December 31, 2015

selamat datang 2016

Insyaa-Allaah, kita mampu berhijrah daripada sekarang kepada yang lebih baik.
Maka segerakanlah...
Hadirkan Allaah dalam apa jua situasi. Nescaya kita tidak tersasar dari jalan yang benar.
Keraplah muhasabah diri...
Bersalinglah kita ingat mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa.
Kita ingat Allaah tetapi terkadang kala kita leka dengan dunia.
Dunia ini sekadar persinggahan...
Kepada Allaah jualah sebaik-baik tempat diri dikembalikan.

Sempurnakan zakat sesungguhnya
sebahagian rezeki kita adalah rezeki mereka.
Wallaahu'alam.

Monday, December 28, 2015

Kisah Akhlak Rasulullah saw yang Paling Menyentuh Hati.

Kisah Akhlak Rasulullah saw yang Paling Menyentuh Hati...

Datang seorang miskin kepada Rasulullah saw dengan membawa hadiah semangkuk buah anggur. Rasul pun menerima hadiah itu dan mulai memakannya.

Biasanya, Rasulullah selalu memberi makanan kepada para sahabat jika ada yang memberi sedekah dan beliau sendiri tidak ikut makan. Sementara jika ada yang memberi hadiah, Rasul juga memberi kepada para sahabat dan beliau pun ikut makan.

Namun kali ini berbeda, beliau memakan buah pertama lalu tersenyum kepada orang tersebut. Beliau mengambil buah kedua lalu tersenyum kembali.

Orang yang memberi anggur itu serasa terbang bahagia karena melihat Rasulullah menyukai hadiahnya. Sementara para sahabat melihat beliau dengan penuh rasa heran. Tak biasanya Rasulullah makan sendirian.

Satu demi satu anggur itu diambil oleh Rasulullah dengan selalu tersenyum, hingga semangkuk anggur itu habis tak bersisa. Para sahabat semakin heran dan orang miskin itu pulang dengan hati penuh bahagia.

Lalu seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak mengajak kami ikut makan bersamamu?”

Rasul pun tersenyum dan menjawab, “Kalian telah melihat bagaimana wajah bahagia orang itu dengan memberiku semangkuk anggur. Dan ketika aku memakan anggur itu, kutemukan rasanya masam. Dan aku takut jika mengajak kalian ikut makan denganku, akan ada yang menunjukkan sesuatu yang tidak enak hingga merusak kebahagiaan orang itu.”

Sungguh besar kepeduliaan Rasulullah saw dalam menjaga perasaan orang lain. Apalagi yang mampu kita ucapkan ketika melihat akhlak dan budi pekerti beliau, sungguh benar Firman Allah swt yang berbunyi,

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan sesungguhnya engkau benar-benar, berbudi pekerti yang luhur.” (QS.Al-Qalam:4)


Sesungguhnya, menutup aib sesama insan itu juga terhimpun di dalam sunnah Rasulullah SAW.

Wednesday, December 23, 2015

Kita sering leka...

Pada aku, manusia ini di dalam hal mengingati Allah, dia tidak lupa. Dia tahu penggantungan harapan itu perlu tetapi manusia sering leka.
Aku pun begitu juga. 
Sedang Allaah sering mengingatkan kita tetapi kita engkar untuk mengingatiNya.
Salinglah kita ingat mengingatkan.
Usah culas mengingati Allaah.


Sunday, December 13, 2015

Jangan silap menilai...

Usahlah kita menilai sesama manusia mengikut luarannya sahaja. Melihat hanya kepada kedudukan serta pangkatnya cuma. Lihatlah dari segenap sudut serta perspektif yang berbeza.
• 
Jangan pula kita menuduh dan berburuk sangka. Sering kelihatan buruk di mata kita tetapi mulia di sisiNya. 
Dunia pun bakal kita tinggalkan. Kudrat dan jasad hanya pinjaman. Harta dan pangkat sekadar ujian. Di sisiNya jua tempat sebaik-baik kita dikembalikan. Hanya iman kita pertaruhkan.
Allaah jualah yang Maha Mengetahui.

#JanganBurukSangka
#JanganMudahPandangHina

Gambar hiasan : Katak mungkin kuda. Dan begitulah  juga di sebaliknya.


sekali pandang, nampak katak...


apabila kita teliti, ia mungkin gambar seekor kuda...

Moral cerita ini :

"Jangan cepat melatah"



Thursday, December 10, 2015

Yang Ini Lagi Dahsyat....

Allaahuakbar
Allaahuakbar
Allaahuakbar

" Berilmu tidak semestinya beriman. Tetapi beriman itu pasti berilmu. "

#Kalau nak diukur ilmu manusia di dunia ni, tahi cicak yang putih tu pun lebih besar berbanding Ilmu Allaah.


Ini lagi amat berat cabaran buat rakyat Malaysia, buat kita Muslim. 
Ini dugaan buat mereka.
Ini dugaan buat kita juga.
Permintaan yang boleh buat bengkak hati.
Kemahuan yang boleh buat sesak nafas.
• 
Allaahu
Ya Allaah Ya Rabb
Lindungi kami dari kekejaman serta tipu helah hasutan syaitonnirrajim. Sungguh amat lemah kami dengan segala kudrat yang terpinjamkan olehMu. Sesungguhnya benarlah seperti KalamMu bahawa syaiton itu terdiri dari kalangan jin dan manusia. Hidayah itu rahsiaMu.
Ya Allaah
Ya Rahmaan
Ya Rahiim
Daripada Engkau kepada Engkau jualah tempat kami ingan kembali. Lindungi kami dari atas, dari bawah, dari depan, dari belakang serta dari kedua-dua sisi kami sepertimana Engkau lindungi hamba-hambaMu yang Engkau kasihi lagi Engkau muliakan. Aamiin.
Ya Zaljalaliwaliqram
Ampuni dosa-dosa kami dari sebarang penjuru yang kami tidak sengajakan. Aamiin aamiin aamiin Ya Rabbalakamiin.
sebab tidak sengaja.
sebab sekadar bergurau senda.
sebab cuma berseloka.
kita boleh buat orang lain terluka serta kecewa.

Wallahu'alam.

guru : main kasar anak murid aku niiii...
murid : maaf cikgu...saya pun main bedal aje jawapannya.

Monday, December 7, 2015

Tanda Kasih

" Demi Allah, kami redha - tangisan ini tanda kasih sayang kami "
Jika kita sayangkan dia,
Allah lebih maha besar kasih sayangNya.
Allah memang mahu melihat kita bersedih.
Dia mahu mengajar kita erti berkasih-sayang.
Dia pinjamkan hambaNya yang sangat Dia kasihi kepada kita agar kita ambil iktibar darinya.
Dia mengambil kembali hambaNya yang sangat Dia kasihi kerana Maha Kasihnya

Al Faatiha untuk dia semoga aman makmur serta mulia di sisi Nya.


*Johor bukan tempat tumpahnya darahku. Tetapi di sinilah tempatnya aku nikmati Nikmat Ilahi.


" kadang-kadang kita tidak tahu kenapa Allah mengambil dia. rupa-rupanya Allah mahu kita tahu bahawa dia punya hati yang sangat mulia. Allah mahu kita contohi dia " 
Di sisiNya jualah sebaik-baik tempat kembali.
Al Faatiha.
Aamiin.


Tuesday, November 3, 2015

Apa ada dengannya...

Sungguh, ayat-ayat Al Quran merupakan serat yang membentuk tenunan kehidupan manusia, serta benang yang menjadi rajutan jiwanya - Wawasan Al Quran oleh M. Quraish Shihab.

Kesimpulannya :
Sering kali ketika ayat-ayatNya mengupas tentang satu pemasalahan, akan muncul ayat-ayatNya yang lain dengan persoalan atau dalam dimensi lain yang ternampaknya seperti tiada kaitan. Tetapi apabila tekun memperhalusi, pasti akan menemukan hubung kait yang tepat menjawab bisikan-bisikan hati manusia lansung menghamparkan jawapan yang menjadi santapan dan dambaan jiwa.

Nota/Konklusi diri :
Fadhilat menbaca Al Quran itu sebahagiannya kerana ia menjadi santapan qalbu & jiwa sekalipun kurang tahu terjemahnya. Wallahu'alam.

Dengan izinNya, aamiin.

                saya nak baca jugak!

Saturday, August 22, 2015

Aku kaya...

Sedang aku ralit mencarik penama terhadap wang simpanan TH, otak aku jauh menerawang duet KWSP tambah berlarutan duet hasil jualan sekeping tanah setahun lalu. Ke mana semuanya pergi?
Aku pujuk diri sendiri. Berbaik sangka lah wahai hati. Harta takkan dapat engkau bawa mati. Telah Allah takdirkan engkau begitu. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kamu. Airmata sudah menakung. Panas terasa. Mengangkat sedikit muka agar airmata tidak deras meluru ke dagu. Macam selalu, Allah akan memberitahu aku...

Al Aadiyaat (100:6-11)

إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ .٦
6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Allah.

وَإِنَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ .٧
7. Dan sesungguhnya sikap mereka menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ .٨
8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

 أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ .٩.
9. (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ ١٠
10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

إِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَخَبِيرٌ .١١
11. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam tentang balasan yang diberikanNya kepada mereka pada hari itu.

Allahu!
Hidup sihat itu rahmat.
Dapat melihat itu rahmat.
Boleh mendengar itu rahmat.
Hatta mampu tidor lena pun rahmat.
Bukan kah itu tanda2 kaya bagi kamu.
Diam.
Tarik nafas dalam-dalam.
Ya Allah
Aku faham!
Aku faham!

Wednesday, August 5, 2015

Langit runtuh.

Allah! Sungguh aku takut jika aku tidak perolehi hidayahMu. Macam runtuh langit rasanya. Macam hilang pedoman gamaknya. Banyak beza orang yang dapat petunjuk Allah. Kita sendiri dapat rasa dalam diri kita sendiri. Paling tidak rasa takut nak buat perkara-perkara yang haram, yang dilarang Allah SWT. Contoh mudah, takut nak 'mencuri'. Tapi kalau main langgar aje hukum halal haram, rasa2nya diri dalam redha Allah ke tidak? Jangan main2. Susah pun ujian. Senang pun ujian. Susah paling tidak kita sering ingat dan berdoa pada Allah. Tapi, tapi kalu putus asa pon boleh jadi jugak carik duet dengan jalan haram. Allah! Jika diuji senang pulak ... mudahnya lupa Allah. Lupe nak bersyukur satu bab. Lagi parah kalu rasa diri berada di landasan yg betol sebab tu kononnya hidup barokah. Allah! Allah! Allah!

- aku sekadar berpesan-pesan sebab bila ingatkan kawan-kawan ni secara tidak lansung aku kena ingatkan diri aku dulu.

- Allah jualah yang dapat ampunkan dosa2 kita. Kepada Allah jualah tempat kita kembali....


Tuesday, July 28, 2015

Isteri

Di setiap kejayaan seorang suami bersamanya adalah insan yang bernama isteri.
Di setiap kesedihan seorang suami bersamanya adalah insan yang bernama isteri.
Walau pedih dan peritnya terasa.
Di dalam duka ada rahmatNya.
Nikmat Allah itu luas dan tidak terduga.


                     AllahuRabb

Al Hashr ( 59 : 24 )

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٢٣

23. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


Sunday, July 26, 2015

Si Namee

Main cak cak memalam buta macam ni bukanlah suatu perkara yang luarbiasa bagi si Namee tapi pelik bagi kita. Fitrah budak ni, makin malam makin aktif. Kalau lihat tangan aku, dah penuh 'tatu'. Tapi kalau tak diajak bergurau, kesian pulak tengok si Namee main sorang diri sejak si Albab lari tinggalkan kami.

Sedih ni...

Al kisah dugaan  buat aku, lagi 10 hari nak raya, si Albab hilang. Entah arah mana nak cari. Rumah dalam kebun...kiri kanan depan belakang kelapa sawit. Tunggu jugak kot-kot Albab pulang. Allahuakbar. Akhirnya aku redha bahawa Albab sudah meninggalkan aku, mengembara jauh entah ke mana.

Tinggallah budak Namee ni sendirian. Terpaksalah aku melayan. Khuatir jugak kot-kot Namee stress tak ada teman. Tapi sehingga kini nampaknya alhamdulillah.


          Albab atas almari

gambar terakhir sehari sebelom Albab larikan diri...hukhukhuk. Dah macam orang hilang anak...separuh gila jugaklah malam2 buta mencarik Albab kat kebun kelapa sawit. Langsung tak rasa takut kot-kot ular patuh ke ape. Albab punya pasal...rasa takut semua tolak tepi.


              Albab masa kecik
 
comel kan si Albab...Ya Allah, jaga dia untuk aku...Allahuakbar. Umur Albab empat bulan masa dia lari dari rumah. Hidup atau matinya hanya Allah yang tahu.


              atas ni si Namee

Allah tinggalkan Namee kepadaku.


Sudah hampir 4 bulan 15 hari Allah pinjamkan Namee kepada kami. Terima kasih Allah. Terima kasih!

Saturday, July 25, 2015

Rugi! kecuali...

Al Asr (103 : 1-3)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

وَالْعَصْرِ (١
1. Demi Masa!

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Makanya kita ni sebagai manusia, Islam, tak kita bangsa apa pun dituntut memberitahu berita2 yang memboleh/membawa kepada amalan kita diterima Allah. Tak boleh give-up sekali pun ada yang mencemuh kita. Asalkan jauh di sudut hati kita bila sampaikan pesanan dari ayat Allah dan hadith Rasulallah SAW itu kerana Allah...jangan riak dan berlagak.

p/s : jangan kerana nama, pangkat & harta. jika dalam hati ada rasa ke arah itu, maka cepat2 minta ampun daripada Allah. 

*gambar budak ni sebagai hiasan. jangan suka suki buang kucing, samalah juga kita 'buang' makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. manusia pun kerap telat berzikir kepadaNya.




Friday, July 17, 2015

Akhir Ramadhan.

Macamkan dia pulak yang memasak untuk raya esok....urghhhhh!!! Letih memanjang.




ikut suka hati awak lah budak...

Thursday, July 2, 2015

Bulan di balik awan

Subhanallah
Alhamdulillah
Laaillahaillallah
Allahuakbar



Nikmat Allah yang manakah yang dapat kita nafikan.
Allah jadikan siang berserta matahari.
Allah jadikan malam berserta bulan.
Beruntunglah bagi yang berfikir.

orangbiasa\dusunkota\01072015

Tuesday, June 30, 2015

Dahulu vs Sekarang


Terbaca status seorang ibu muda di FB. Biasalah kalau pasal menghadapi masalah mendisplinkan anak siapa lagi kalau bukan IBU. Bukan tak ada lansung BAPA yang concern. Ada! Tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.

Zaman sekarang berbanding zaman dahulu masalah membesarkan anak tetap ada tetapi berbeza. 

Jawapan spontan aku pada status ibu di atas tadi mudah aje...

"Semua pun boleh tetapi tidak boleh #over. tumbesaran mesti seimbang iaitu mental dan fizikal. 
contoh :
dulu takde main gadgets tapi kalu mandi sungai tak hengat dunia, lupa pergi mengaji dan lupe pergi sekolah agama. Kena ajar anak patuhi rule & regulation. Masa ni kalu patut marah, marahlah dia. Marah kerana mendidik itu tuntutan. Kena sabar dengan anak. Didik anak mesti bersama iaitu ibu & bapa. Bukan hanya ibu atau bukan hanya bapa sahaja."


Anak usia begini perlu kreativiti yang tinggi melayan kerenah mereka. Namun mereka adalah anugerah dan amanah Allah. 

Monday, June 29, 2015

Sandarkan kepada Allah.


kredit gambar dari pengirim dalam whatsapp.

Tanya sekali...diam. Tanya kali kedua...diam. Tanya kali ketiga pun diam jugak. Cukuplah tiga kali ajelah tanya. Takde jawapan itu tanda tak gemo ditanya agaknya. Doakan aje selamat pergi selamat kembali mencari rezeki yg halal lagi barokah. Bersangka baik itu lebih baik.

Suami ni kadang-kadang dia tak faham 'concern' isteri. Bagi mereka soalan itu adalah soalan buruk sangka serta cemburu. Segelintirlah...bukan semua.

Tak apelah wahai isteri...Allah sentiasa ada. Allah sentiasa mengawasi dia untuk kamu. Tawakkallah kepada Allah.

Anehnya bila suami tanya soalan yang sama pada isteri, agak-agaknya lah, apa maksudnya ea?

Emmmm...hmmm pandai-pandai lah teka jawapannya ye!!!

Tuesday, June 23, 2015

Aksi Kucing

Di bulan Ramadhan...


Deli dengan Raffa. Tak pastilah ni. Aksi lapar ke aksi kekenyangan.


Amboiiii...terok bebeno letihnya. Macamlah dia puasa.


Jack...Jack macamkan tak makan seminggu...


Buat muka sedih pulak dahhh...


Adoiiii...sakitnya tu di sini...
Di sini tu di mana...
Di perut ini...
Tunggu...azan Maghrib ok!!!


Hai kengkawan....moh lepak sini...sejok sket.


Dengar macam dah azan!
Hello...itu azan Asar ok.


Ibu...azan Maghrib nanti kejut ye. Kat bilik ibu sejok sket...
Baguslah tido petang sampai masok Maghrib baru nak bangun. Makhruh lah.


Alahai bu...dah tak larat lagi dah ni. Lambat lagi ke waktu berbuka?


Adehhhh....pedihnya perutku...


Saya budak kecik...takpe kan bu puasa separuh hari....

Alahai anak omak...letih kebelai macamlah tak dapat makan. Auta lebih! Bunyik aje pinggan menderu masok dapor. Walhal...pukul 8.00 pagi & pukul 5.00 petang seminit pun tak boleh lewat. Sekampong meraung.

Sunday, June 21, 2015

Pemburu

Pemburunya sudah pun ditahan reman. Sedang dibicarakan. Tapi atas dasar kasih sayang serta belas kasihan, ia dibebaskan tanpa sekatan. Fitrah kata boss. Ishhhhh...geram! Macamlah kurang makan lah kau ni budak...


Ini budak segala macam benda kalu dia dapat tangkap...mesti bawak masok bilik kononnya nak tunjuk yang dia tu terror.
Sabar ajelah perangai budak ēgum sekor ni.


Mangsa telah dapat diselamatkan. Sedang dalam pemuliharaan. Cedera di bahagian kaki. Masih boleh berjalan dan masih boleh makan. Alahai...anak tupai aka ēpy ni pun satu...jalan-jalan carik makan sampai silap pijak dahan. Panjang umor, bila sudah sihat nanti ibu lepaskan ye! 

Monday, May 18, 2015

Tinggal kenangan...

Dua bulan dia bertahan. Tiap-tiap hari beri dia air kelapa. Malas nak bawak jumpe vet. lagi. Nanti dia org suruh duduk wad. Rawat semampu yg boleh. #Koreng cuma kucing datang aje. Minta makan minta perlindungan. Takdir dan suratan...akhirnya dia ucap #SelamatTinggal pada aku.
Airmata usah cerita. Makan & minum tidak rasa ape. Sumbat aje jangan sampai tak ade tenaga. Semalam tidor kejap-kejap terjaga...tengok dia. Aku dapat rasa, masa dia sudah tidak lama. Baru tadi, sekejap tadi...selesai azan zohor dia telah pergi temui Illahi.
Ini yang aku tak suka tentang aku. Bukan tak redha tapi rasa ini...memang aku benci rasa ini.
Aku lihat sendiri dan usap dia sampai dia pergi.
Ya Rabb, dia yang tiada dosa pun sakitnya begitu. Inikan pulak aku!!!


Damailah kamu di sana.

Sunday, May 10, 2015

Sedih rasanya...


Allahuakbar!
Kamu Islam.
Kamu mengurus institusi tabungan ummah.
Bagaimana kamu dapat #berdakwah,
jika mentadbir wang amanah shj salah.
Bila bercakap kamu bermadah helah.
Sebab kamu, TH hilang maruah.
Sebab kamu, bukan Islam pandang Islam rendah.

Allahuakbar!
Islam agama indah.
Islam ini agama Allah.
Allah jaga sampai kiamat.
Allah akan bongkar segala tipu muslihat.
Hatta walau kamu keluar sebaris ayat,
terlibat menjarah duit umat Muhammad.
Kamu pasti tidak selamat.
Dunia mahupun akhirat.
Kecuali kamu ikhlas bertaubat.

#orangbiasa
#dusunkota
#SepuluhHaribulanLima15

p/s : sedih rasanya hati bila mereka-mereka ini mencalar bakti dan budi Tabung Haji.

Thursday, May 7, 2015

Dalam Kenangan - Al Fatihah



Akitek bukan, Engineer pun bukan. Walau hanya menyandang 'Pembantu Teknik Tkt. Tertinggi tetapi meneliti hasil kerja arwah memang tiada satu pun ada yang ada cacat celanya. Aku baru menggalas tanggung-jawab sebagai penjawat awam di kala itu sekitar tahun pertengahan 80an. Bekerja jauh nun di selatan Semenanjung di kala itu bagaikan seperti 'kena buang daerah'. Kalau boleh, lulus dari menara gading mahunya ditugaskan di KL, Metropolitan katakan.
Aku akur. Jurutera wanita di waktu itu memang boleh dibilang dengan jari. Bekerjasama dengan arwah walaupun sekadar waktu banyak mengajar aku akan erti telus dan tulus bekerja. Bukan setakat itu, etika berpakaian sebagai penjawat awam pun amat beliau titik beratkan. Arwah memang segak, bergaya serta kemas. Trade mark arwah ialah menghisap paip dan mengenakan bo menggantikan tali leher. 


Dahulu, urusan semua di dalam BI. Antara pesanan beliau kepada aku 'orang baru' adalah sentiasa bersedia dengan kamus, pen dan kertas bila pergi ke mana-mana. 
Akhir2 ini baru aku tahu arwah adalah orang yang bertanggung-jawab mencipta Jalur Gemilang.

Allahuakbar. Semoga ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihi. Al Fatihah.


Monday, April 20, 2015

Jangan salahkan takdir.

Kan...sekarang kita boleh nampak yang berani dan yang coward. Siapa pulak yang culprit dan siapa yang  bagaikan api dalam sekam. Yang macam lalang tak terkira. Yang jadi hang kebun pun ramai. Sedang air keruh begini, ramai yang menanggok udang. 

Let Allah fix-it. Dia tetap jaga agamaNya sampai kiamat.

Zaman susahnya nak betolkan yang salah. Zaman yang menjadi salah membetolkan yang salah. Tapi janji Allah itu benar...yang benar tetap benar dan akan terus bersinar tapi memang kena tabah, memang kena sabar. Laksanakanlah dakwah walau susah. Berserah pada Allah.

Let Allah fix-it. Dia tetap jaga agamaNya sampai kiamat.

Jangan salahkan takdir.
Kita punya pilihan sebenarnya. Mahu syurga atau mahu neraka.

والله اعلم

Sunday, April 5, 2015

Biarkan Aku Senyum

aku lepaskan apa yang aku genggam 
karena Cinta.
dulu aku sendiri.
kini aku sendiri.
aku mengajar hati
karena mati nanti sendiri.

aku berhajat
untuk tidak berhajat
kepada apa yang tidak ditakdirkan.

sekali pun sedih
sekali pun lirih
tidak selamanya pedih.

aku temui jawapan
semoga tenang temui Tuhan.

orangbiasa\3.4.15
dusunkota.

pautan maksud & terjemahan Al Quran 18:7 (Surah Al Khaf)

                           🍃🍃🍃

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.


handphone aku xde kompas