Tuesday, July 28, 2015

Isteri

Di setiap kejayaan seorang suami bersamanya adalah insan yang bernama isteri.
Di setiap kesedihan seorang suami bersamanya adalah insan yang bernama isteri.
Walau pedih dan peritnya terasa.
Di dalam duka ada rahmatNya.
Nikmat Allah itu luas dan tidak terduga.


                     AllahuRabb

Al Hashr ( 59 : 24 )

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٢٣

23. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


Sunday, July 26, 2015

Si Namee

Main cak cak memalam buta macam ni bukanlah suatu perkara yang luarbiasa bagi si Namee tapi pelik bagi kita. Fitrah budak ni, makin malam makin aktif. Kalau lihat tangan aku, dah penuh 'tatu'. Tapi kalau tak diajak bergurau, kesian pulak tengok si Namee main sorang diri sejak si Albab lari tinggalkan kami.

Sedih ni...

Al kisah dugaan  buat aku, lagi 10 hari nak raya, si Albab hilang. Entah arah mana nak cari. Rumah dalam kebun...kiri kanan depan belakang kelapa sawit. Tunggu jugak kot-kot Albab pulang. Allahuakbar. Akhirnya aku redha bahawa Albab sudah meninggalkan aku, mengembara jauh entah ke mana.

Tinggallah budak Namee ni sendirian. Terpaksalah aku melayan. Khuatir jugak kot-kot Namee stress tak ada teman. Tapi sehingga kini nampaknya alhamdulillah.


          Albab atas almari

gambar terakhir sehari sebelom Albab larikan diri...hukhukhuk. Dah macam orang hilang anak...separuh gila jugaklah malam2 buta mencarik Albab kat kebun kelapa sawit. Langsung tak rasa takut kot-kot ular patuh ke ape. Albab punya pasal...rasa takut semua tolak tepi.


              Albab masa kecik
 
comel kan si Albab...Ya Allah, jaga dia untuk aku...Allahuakbar. Umur Albab empat bulan masa dia lari dari rumah. Hidup atau matinya hanya Allah yang tahu.


              atas ni si Namee

Allah tinggalkan Namee kepadaku.


Sudah hampir 4 bulan 15 hari Allah pinjamkan Namee kepada kami. Terima kasih Allah. Terima kasih!

Saturday, July 25, 2015

Rugi! kecuali...

Al Asr (103 : 1-3)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 

وَالْعَصْرِ (١
1. Demi Masa!

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Makanya kita ni sebagai manusia, Islam, tak kita bangsa apa pun dituntut memberitahu berita2 yang memboleh/membawa kepada amalan kita diterima Allah. Tak boleh give-up sekali pun ada yang mencemuh kita. Asalkan jauh di sudut hati kita bila sampaikan pesanan dari ayat Allah dan hadith Rasulallah SAW itu kerana Allah...jangan riak dan berlagak.

p/s : jangan kerana nama, pangkat & harta. jika dalam hati ada rasa ke arah itu, maka cepat2 minta ampun daripada Allah. 

*gambar budak ni sebagai hiasan. jangan suka suki buang kucing, samalah juga kita 'buang' makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. manusia pun kerap telat berzikir kepadaNya.




Friday, July 17, 2015

Akhir Ramadhan.

Macamkan dia pulak yang memasak untuk raya esok....urghhhhh!!! Letih memanjang.




ikut suka hati awak lah budak...

Thursday, July 2, 2015

Bulan di balik awan

Subhanallah
Alhamdulillah
Laaillahaillallah
Allahuakbar



Nikmat Allah yang manakah yang dapat kita nafikan.
Allah jadikan siang berserta matahari.
Allah jadikan malam berserta bulan.
Beruntunglah bagi yang berfikir.

orangbiasa\dusunkota\01072015

handphone aku xde kompas