Saturday, August 22, 2015

Aku kaya...

Sedang aku ralit mencarik penama terhadap wang simpanan TH, otak aku jauh menerawang duet KWSP tambah berlarutan duet hasil jualan sekeping tanah setahun lalu. Ke mana semuanya pergi?
Aku pujuk diri sendiri. Berbaik sangka lah wahai hati. Harta takkan dapat engkau bawa mati. Telah Allah takdirkan engkau begitu. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kamu. Airmata sudah menakung. Panas terasa. Mengangkat sedikit muka agar airmata tidak deras meluru ke dagu. Macam selalu, Allah akan memberitahu aku...

Al Aadiyaat (100:6-11)

إِنَّ الْإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ .٦
6. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Allah.

وَإِنَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ .٧
7. Dan sesungguhnya sikap mereka menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ .٨
8. Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

 أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ .٩.
9. (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ ١٠
10. Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

إِنَّ رَبَّهُمْ بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَخَبِيرٌ .١١
11. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam tentang balasan yang diberikanNya kepada mereka pada hari itu.

Allahu!
Hidup sihat itu rahmat.
Dapat melihat itu rahmat.
Boleh mendengar itu rahmat.
Hatta mampu tidor lena pun rahmat.
Bukan kah itu tanda2 kaya bagi kamu.
Diam.
Tarik nafas dalam-dalam.
Ya Allah
Aku faham!
Aku faham!

1 comment:

tiga lalat said...

bersyukur saja kan., aminn ;p

handphone aku xde kompas