tengoklah shoutbox kakct. penuh dengan pekikan si JSS@jomsantaisekejap. ini iklan. entry sebenar belum mula lagi.
cuci bersih sebelum masak |
dating dengan apek surat khabar
sudah dua bulan en suami lupa bayar
pengabisnya duit kakct jugak yang kena keluar.
kira oklah sebab kakct pun tumpang sekaki
baca news hari-hari sebagai motivasi diri
barulah vogue dan terkini.
adoiii...bila nak mula tulis entri ni...relax...cool..idea tak mahu mari. ok ok dia sudah datang ni...
lepas bancuh nescafe untuk sarap pagi, dengar bising- bising bunyi anjing menggonggong nyaring. dengan pantasnya aku berlari mencari pasti siapakah gerangan yang kena uji kali ini. terlihat saja kelibat pembaca meter SAJ (Syarikat Air Johor), dalam hati terus memuji. memang mamat ini cekal hati. selamba badak aja dia baca dengan teliti walau si kungkung tunjuk gigi. kalau aku, sudah lama pucat lesi, lebih takut dari berani.
aku mahu cadangkan mereka gunakan teropong saja. dari dalam kereta pun mereka boleh baca sebab aku pernah terlihat pembaca meter TNB buat itu cara. bagus jugak mereka punya idea.
nak cerita pasal air lagi ni. ada sekumpulan anak muda berkupiah dan berserban segala bagai (pemakaian sudah bagus, ikut cara Nabi SAW) yang enggan bayar bil air (yang ini ada macam tidak
p/s : jangan jadikan agama sebagai alasan. mahu kira macamana bila ambil wuduk atau mahu tayammum saja. biarlah bertempat kalau mahu beri pendapat. wallahua'alam.