Thursday, November 6, 2014

Gunakanlah dengan bijak.

Akhir-akhir ini banyak aplikasi teknologi yang boleh melalaikan, melekakan bahkan ke tahap merosakkan bila tidak dikawal akan penggunaannya.

Ini sekadar contoh sahaja. Segelintir pengguna kadang-kadang tidak dapat membezakan akan buruk baik serta keutamaan penggunaan smart phone.

Contoh Pertama :

Ada yang sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah atau lebih tepat kewajipan seorang ibu.

 
Walaupun nampak berjenaka tetapi makan dalam maksudnya. Para isteri jangan ambil mudah akan jenaka ini. 

Contoh Kedua :

Kebelakangan ini, rata-rata applikasi whatsapp digunakan. Ianya sangat porpular dan sangat berkesan menyampaikan berita & info terkini tanpa mengira maklumat positif atau negatif. Persoalannya, penggunaannya sehingga mampu mengganggu-gugat keharmonian rumahtangga. Masakan tidak, andai kata sehingga larut malam pun si suami masih lagi senyum simpul mengadap whatsapp. Tetapi bila mengadap isteri, muka masam mencuka. Jangan marah jika isteri hilang kawalan amarahnya. Maklumlah perempuan....


Hah! Hambek kau...ini makan dia. Isteri manalah tidak naik loktang, sudah dimasakkan, dihidangkan, masa makan pun layan whatsapp.

Ini sebahagian contoh yang kita perlu ambil iktibar untuk kebaikan. Berlaku adil di dalam semua hal. Tentukan masa mengikut keutamaan. Semoga kita mampu belajar dari setiap pengalaman.

Bila memberitahu kerana Allah, samalah seperti kita mengingatkan hal yang sama kepada diri sendiri.

والله اعلم 
                          -------------

*loktang = naik angin




7 comments:

sud@is said...


Tq kak CT perkongsin untuk jadi pengajaran, jgn melayan whatsapp sampai bersap....punah

LadyBird said...

Elok jugk simpn dlm toilet jer henset tu kak.. agak2nye nnti klu mati henset tu la nnti yg tlg mndikn jenazah die.. huhuhuhu.. stress jer.. baik xyh kawin, kawin ngn henset lg bgs kan kak..

tiga lalat said...

Salam .Hee saya layan blog saja dlm smartphone saya.

ctpayong said...

@tiga lalat...tak salah namun bersederhanalah dalam semua perkara2 dunia. kegilaan kepada sesuatu boleh menjurus kepada kemudharatan diri, rohani & jasmani.

Jomsantaisekejap Jss said...

Salam Kak CT... Lama tak dengar cerita Kak CT. Yelah sejak jadi YB ni, sibuk bebenor..ahaksss.
Apa2 pun, semuga kak ct sentiasa ceria dan happy. Be cool dan santai selalu

Jomsantaisekejap Jss said...

Kak ct...Kenapa tak install chat box? Nak jawab panjang pun serba salah nak masuk kat komen ni..ahaksss

Wanyob said...

Itulah yang risau dengan anak-anak zaman sekarang .

handphone aku xde kompas