Tuesday, March 22, 2011

jangan ada dusta

confused
credit to gOOgle
yang dikata derhaka
yang agaknya mahu membela
nasib derita
dipersia-sia
walau setia.
atau rasa tidak puas
kerana ditindas
tangan ganas
kuasa luas.

betullah kalau begitu
tapi kalau dia tipu
siapa pun tidak tahu
hasutan nafsu
mengeras membatu.

siapa pula pembela
masih ada lagi ke
untuk apa, siapa & kenapa
agama?
bangsa?
negara?
baguslah jika benar apa dikata
jangan sekadar dibibir saja
dihati, cari harta
cari nama.

dalam hati
hidup sekali
mahu duduk atas sekali
kaya semua dapat beli
dosa pahala tolak tepi.

tiadalah aku pasti
mohon hidayah dari Illahi.

orangbiasa\20032011

22 comments:

scya lollita said...

smoge kite mnusie dlm golongan yg bsykur . mnjge tpi kain org utk kbaikan agme , bkn sngje cri mslah .kita ada dua , antara kash syg dan taat . tp dlm islam kte hrus taat kan

ghost said...

setengahnya terlalu kuat menyimpan rahsia dan kepincangan diri sendiri sehingga mengaburi mata orang lain dengan menunjukan suatu yang sangat 'hambanya',merendah diri.sedang pada hakikat bayangnya,ia seperti ular yang menunggu mangsanya..

ctpayong said...

@SL : ingat mengingatkan itu satu tuntutan. cuma kita tidak akan menjadi favourite bila kita berani menegur.

ctpayong said...

@ghost : paling tidak sesuai di jiwa kakct bila mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan/kesilapan sendiri.

KakD said...

saye berdoa mudahan saye sentiase menjadi insan yang bersyukur dengan ape yang ade. Dan iman tidak tersasar dengan godaan dunia.

eerrr errr kaki akak yang terseliuh tuh dah elokkk kaaaa hihihi

mekacih kak sudi singgah dan follow yea. saye follow sini jugak ingat nak speed laju2 tapi meter rosak la pulak akekekeke :p

Suara Kalbu said...

Pernah dulu kau nyatakan padaku.. jangan dusta di antara kita..kasihh...

Merepek je anak kutip ni..

Suara Kalbu said...

Anak kutip ibu sedang sewel. Tulunnnnn...

Unknown said...

manusia,bila ada kuasa
sudah fikir semua miliknya...

attholib said...

Moga tuhan jua menunjuk jalan buat kita semua.. Kadang-kala anugerah kuasa bisa membutakan mata dan memekakkan telinga mereka yang menerima.. Tepuk dada tanya iman.. hmmm

muny lily said...

hnya tuhan sahaja sahabat sejati kita yg mengetahui apa yg terbaik buat makhluk2 ciptaanya

Siti Hajar Masri said...

sy berharap sgt sy dikalangan org yg bersyukur..:)

jomsantaisekejap said...

Kadangkala, manusia sentiasa gagal untuk merancang tetapi tidak pernah merancang untuk gagal...
Kehidupan yang dianggap tenang adakalanya di pukul jugak ombak tsunami..
Yang baik datangnya daripada Dia, yang buruk tu datangnya daripada diri kita sendiri..manusia yang penuh dengan kedaifan, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri...

Blog No 8 - blogcomment 2

sud@is said...

pandangan mata kadang menipu
kuasa lidah boleh memecah belah
jadilah bijak bila memilih

ctpayong said...

@mappiau : i like your name...mappiau. kalau direct to the point sure hudoh tapi kaji disebaliknya.

kena rehat betol2 baru bleh baik kaki tapi org pompan mana boleh duduk diam kalau sudah sampai rumah.

niat hati selalu baik tapi cara terkadang kala kita tersilap tapi selagi niat ikhlas, Allah bersama kita, insyaAllah.

ctpayong said...

@SK : dah kenapa kamu??? sure terlebih makan sambal belacan...pedas.

ctpayong said...

@diana : sbb itu dari sejarah sahabat Nabi Muhammad SAW, Syaidina Abu Bakar As Siddiq takut dilantik menjadi khalifah kerana takot tidak dapat berlaku adil dan tidak dapat melaksanakan amanah.

p/s : di zaman ini, mahu jadi AJK Masjid pun ada kospirasi.

harap kita cepat sadar dan sedar.

ctpayong said...

@MA : makin lama makin kusut dengan orang-orang yang gila kuasa ini.

sebenarnya mereka perlu takut bila amanah itu berada di bahu mereka.

wallahua'alam.

ctpayong said...

@CL : hanya Dia yang mampu juka kita benar2 tahu.

ctpayong said...

@SHM : harapan kakct juga semoga apa pun buah bicara kita saling dapat ingat mengingatkan.

ctpayong said...

@JSS : niat itu penting. menjana sesuatu dengan yang bathil bererti merancang kegagalan diri tanpa disedari.

ingatkan kakct. takot kakct lupa diri.

ctpayong said...

@sud@is : adakalanya juga pilihan tidak menepati. lantaran itu Allah jualah tempat bermohon atas segalanya.

selamana segalanya kerana Allah, pasti terhindar dari tersasar, insyaAllah.

ctpayong said...

makin lama makin kusut. hati yang busuk membusut menghasut. semoga Allah juga yang dapat memberi peringatan serta petunjuk-Nya.

wallahua'alam.

handphone aku xde kompas