Thursday, October 23, 2014

Minggu Suaikenal

السلم عليكم ورحمة الله


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ


Akhirnya setelah dicampur tolak kali bahagi, capai jugak angka 30. Banyak tu. Jika ada yang bertanya, ada berapa kat rumah akak? bila aku jawab 30, jawapan superspontan...banyaknya. Aku sengeh ajelah. Nak buat macamana lagi!!!.

Dua bulan lepas, kutip lagi 4 ekor. En. Suami tidak kata tidak dan tidak pulak kata ya bila aku minta izin nak bawak balik tambah koleksi. Ayat lazim, 'kesian bang, kecik lagi orang dah buang.' Jawab suami, biasalah tu ayat awak.

Diringkas cerita, pejam celik pejam celik dah dua bulan mereka bermastautin di rumah aku. Sekejap aje sudah nampak besar. Pening nak beri nama ape sebab kali ni terus angkut empat sekali. Sebabkan empat, aku guna pakai nama Ninja Turtles. Yok berkenalan.


Lain dari yang lain warna dia. Yang lain kekuning-kuningan. Leo (nama pendek) ni kelabu semua. Senang nak kawat cam.


Yang ini ada lain macam peel dia. Sudah makan, sudah kasi susu tapi tetap carik jari tangan digigit-gigit dan dijilat-jilat. Kes tak puas menyusu mak agaknya. Kesian Dona.


Mick ni tak banyak hal. Tapi manja lebih. Pantang nampak orang bersila depan TV, dia  mesti sewa special seat atas paha.


Raffa ni comel sket. Kekuning-kuningan dia nyata sket. Berani berani takut. Kalau kita nak urut-urut kepala dia, dia macam takut-takut. Tapi, meal-time, akulah orang. Nasiblah sekadar menderam, kalau takdir boleh mengaum, habis yang lain lari lintang pukang.

Baru-baru ni kena warning. Sudah! lepas ni jangan kutip lagi, kata suami. Aku mampu diam. 

7 comments:

Shiqa Nawar said...

hi mick!

Mario said...

banyak nyerr...lepas bebas ke dalam kurungan? payah jugak klu bebas ek...

ctpayong said...

السلم عليكم ورحمة

Shiqa Nawar...kebanyakan yang ada pengalaman kena cakar akan rasa takut tetapi sebenarnya kucing juga takut terhadap manusia yang takut dengan mereka. 'cakar' itu salah satu cara mereka protect diri mereka.

walaubagaimana pun kena berwaspada lebih lagi bila mereka sedang Muay Thai....hihihi

ctpayong said...

السلم عليكم ورحمة الله

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

Mario ... memang lepas bebas sebab kakCT tinggal du kebun. kalau bukan waktu makan, memang tak nampak batang hidung seko pun. 8.30 pagi & 5.30 petang, boleh tersadung kaki waktu kasi mamam.

rezeki mereka dari Allah...lalu sekejap kat poket kakCT.

wallahu'alam.

sud@is said...

ramianya comelnya anak bulus kak CT..kadang terhibur dengan gelagat mereka wpun kadang sakit...

ctpayong said...

assalam Sud@is

sedia ada campur yg datang dan orang buang kat depan pagar. makanlah apa aje yang ada....alhamdulillah

Jomsantaisekejap Jss said...

Salam kak ct.
Tu warning aje atau dah kena layang kad kuning? Kalau setakat warning tu rasanya boleh lah selit lagi sekor dua kot..hahaha. Mana tahu datang Ronaldo ke.. Beckham ke.. dah gitu?

handphone aku xde kompas