Thursday, October 9, 2014

Rintihan

Semalam nak beli jagung & dedak ayam. Tokey boleh kata abes...kilang tak proses. Bila tanya, bila jangka ada...tokey jawab tak tentu bila. Bila beri soalan pancing; mahal sikit takpe...janji ada...ayam saya mahu makan ape kalau takde...dan tu jugak tokey jawab...petang nanti lu datanglah, gua ada baki stok lama sikit.

Berdarah hati....

Naik 20 sen bukan pasal tidak mampu isi minyak kereta tetapi rentetan serta kesan akibat kenaikan itu yang membunuh rakyat jelata.

Menteri cakap ikut text. Jadi mereka tidak tahu pengalaman rasa susah. Minyak naik, gaji dan elauan naik kira oklah lagi. Rintih mereka lagi; kami bolehlah berjimat dan ikat perut. Macamana dengan ayam, itik, kerbau, lembu dan kambing kami? Binatang ternakan kami tidak berakal seperti akal yang ada pada menteri. 

Orang kampung yang tidak berapa nak bijak pun perihatin dan ada rasa kasih sayang terhadap makhlok Allah kerana itulah rezeki serta mata pencarian mereka. Mereka tidak ada elaun lebih masa dan mereka tidak ada duit tepi atau duit tendang atau rasuah.

Wahai menteri, jangan menganiaya kami. Ketahuilah, sesungguhnya doa orang yang teraniaya dan dianiaya sangat mudah lagi cepat diperkenankan Allah.

AllahuRabb, seaungguhnya kepadaMu  jualah kami berserah dan kepadaMu jualah kami berhukum. Angkatlah doa kami seaungguhnya Engkau Maha Adil lagi Maha Bijaksana didalam membuat Perancangan serta Perhitungan. Kami yakin Engkau tidak pernah mungkir janji.

Meremang buluroma dan terasa panas airmata mendengar rintihan mereka.


3 comments:

ewanthology said...

menteri bayar tol dan isi minyak kereta ... boleh claim semula kat kerajaan... rakyat nak claim kat sape? :-)

ctpayong said...

assalam ewanthology

sungguh, meremang buluroma kakCT dengar rintihan mereka. panas airmata terasa...nasib baik pakai cermin mata...bolehlah cover2 sket.

bukan mereka tidak bersyukur dengan kerajaan sediada, malah mereka berterima kasih atas limpahan kemudahan serta keamanan yg mereka kecapi tetapi kemungkinan kesulitan itu menghimpit mereka.

harap kerajaan lebih bijak & lebih perihatin untuk menangani masalah & situasi ini kerana mereka penyumbang undi terbesar parti pemerintah.

ntahlah...

Jomsantaisekejap Jss said...

Setiap kali minyak naik, pasti ada saja barangan lain yang ikut serta naik..dari barangan berupa makanan hinggalah perkhidmatan. Alasannya senang aje..sebab minyak naik.
Dari naik 20sen.. terpaksa menanggung ber hinggit2 barang lain yang turut serta naik...
Emmm mangsanya?

handphone aku xde kompas