Friday, October 3, 2014

Betol!!!

...dan tidak dapat dinafikan. Hampir setiap rakyat merungut pasal kenaikan bahan bakar beberapa hari yang lepas. Walau cuma 20 sen tapi impaknya sangat besar. 
Bagi aku, bersebab kenapa kerajaan lakukan sedemikian. Pun kadang-kadang ada benarnya jika ada yang berkata rakyat Malaysia ini terlampau dimanjakan dengan subsidi. Contoh nyata, aku sendiri yang mendapat biasiswa kerajaan dari kecil sampailah tamat belajar. Mungkin jika bukan dengan bantuan kerajaan, aku tidak mampu belajar setinggi ini. 
Pasal BR1M, itu juga sebahagian dari #BantuHulur atau mudah cerita ehsan kerajaan. Cuma, pelaksanaan pemberian BR1M ini mesti telus, mesti diberi kepada yang benar2 miskin. Tidaklah BR1M itu menjadi pembaziran. Masakan tidak. Segelintir penerima BR1M, pagi terima, malam hangout sampai ke pagi di mamak 24 jam. Mereka yang macam ini perlu ke diberi BR1M?
Yang ini pun betol juga. Tapi cerita pasal rokok ini ramai yang akan melenting, akan sensitive. Sanggup putus cinta dari putus rokok quote yang popular bagi perokok tegar. Aku tidak tahu apa sebenarnya nikmat merokok ini sehingga dipertahankan sampai begitu sekali. Tapi satu quote yang aku mahu kongsikan pada perokok "merokok merosakkan kesihatan". Aku yakin dan pasti, ramai yang akan melenting. Tapi aku rasalah, perokok semua tahu akan hal ini cuma mereka menidakkannya. Ikut suka merekalah. Doktor sudah nasihat. Fatwa sudah nyata. Tapi tetap No Stop kepada rokok kata mereka. Jawapan mudah dari aku ialah lantak engkaulah.


Moral of the story : Kena bijak buat budget.

Betol tak?
Betol tak?
Betul kan kan kan


17 comments:

Diana Rashid said...

harga rokok naik tak sama macam harga minyak naik.rokok naik,barang lain tak naik..tapi kalu minyak naik semua harga barang naik..sebab tu tak boleh nak bandingkan harga rokok dengan harga minyak..

ctpayong said...

Cik Puan Diana Rashid | bukanlah saya suruh bandingkan tetapi saya suruh pandai2lah buat budget sendiri. Itu pun moral of the entry.

sud@is said...

Memang xmakan saman, berani buat tanggung sndiri akibatnya..tapi menyushkn kkuarga jg.

Mario said...

ermmm...ok

Cikna said...

Klu perokok tegar naik RM5 pn diaorg ok je kot... sllu tnye bdk2 dpt duit IBG buat apa rata2 jwb g mkn kfc bknnye beli kelengkapan sklh...'

ewanthology said...

yg merungut tu org isap rokok ke? rasanya yang merungut tu yg jenis tak isap rokok tu.... tapi disalahkannya org yg isap rokok pulak...


yg jenis isap rokok ni rileks je sebab diaorg dah biasa dgn kenaikan harga.... :-)

Temuk said...

Kos hidup kini jelas meningkat. Kalaupun nanti kita mencapai taraf negara maju, dengan pendapatan per kapita yang tinggi, tak tahulah apa makna sebenarnya jika pendapatan tinggi itu tidak mampu memenuhi keperluan-keperluan hidup penduduk oleh sebab harga barangan dan perkhidmatan yang melonjak dengan melampau.

ctpayong said...

assalam sud@is

ntah kenapa, paling susah nak dimotivasikan adalah hal merokok dan perokok. kita berkata kerana kita #sayang serta #perihatin perihal kesejahteraan kesihatan.

والله اعلم

ctpayong said...

assalam mario

komen mcm tak puas hati aje....hehehe
masing2 punya pendapat dan masing2 pasti mahu mempertahankannya.

والله اعلم

ctpayong said...

assalam cikna

kan...terpulanglah. kita sekadar berkongsi pandangan & pendapat.

harapan kita, suatu hari mereka akan berkata 'NO' to rokok kan.

ctpayong said...

assalam ewanthology

kakCT tak merugut pon tapi kakCT kata 'padan muka' cuma kesian perokok tidak perihatian terhadap kesejahteraan kesihatan diri serta keluarganya.

والله اعلم

ctpayong said...

assalam Temuk

Betol tu Temuk. Kita 'orang lama' ni rasa dapatkah generasi terkini hidup dengan lonjakan kos yang begitu tinggi.

والله اعلم

ctpayong said...


السلم عليكم

Kepada semua yang tinggalkan komen, kakCT ucapkan terima kasih. Tidaklah rugi kita berkongsi isihati kerana sebahagian dari kejujuran memberi pendapat itu boleh dijadikan motivasi diri.Selebihnya, hanya Allah yang Maha Bijaksana.

wanyob.com said...

Saya harga ,minyak naik boleh tahan lagi .

Yang sakit hatinya bila orang atas senang-senang buat statement " harga minyak naik tak jejas gaya hidup rakyat" , "harga minyak naik demi kesenangan rakyat" la..bla..la

Tapi apa ctpayong cakap tu memang betul

Jomsantaisekejap Jss said...

Betul betul betul... semalam daging burger pun boleh habis stock.. tak pernah2...so faham2lah..lepas ni sure naik harga..ahakss

ctpayong said...

assalam wanyob

bercakap baca skrip dengan bercakap ikut pengalaman memang banyak beza. pengalaman itu guru yang telus. jadi senang cerita mereka ini memang tidak tahu rasa susah.

rasa macam nak anjurkan solat hajat satu negara mohon pertolongan Allah atas penganiayaan ini.

kepada Allah jualah tempat kita mohon pertolongan...

ctpayong said...

assalam JSS

semalam nak beli jagung & dedak ayam. tokey boleh kata abes...kilang tak proses. bila kakCT tanya, bila jangka ada...dia jawab tak tentu bila. kakCT kata harga mahal sikit takpe...janji ada...ayam saya mahu makan ape kalau takde...dan tu jugak dia jawab...petang nanti lu datanglah, gua ada simpan stock sikit.

berdarah hati....

naik 20 sen bukan pasal tidak mampu tetapi rentetan akibat kenaikan itu yang rakyat tak tahan.

#Betol2SusahkanOrangSediaSusah

handphone aku xde kompas