sms salina kepada suaminya yang difowardkan kepadaku lewat dinihari, 30 Julai 2010
"sengaja atau tidak. dengan nyata atau dalam sembunyi, engkau telah pun pinggirkan aku. engkau telah pun melukakan hatiku. hanya Allah yg mampu tahu luka yg sangat dalam, dalam hatiku."
kata salina, bait lagu Fransisca Peter ini seperti cerita aku.
"tiadaku menduga
kejayaan mengkaburi mata
sehingga kau merasa
tak lagi perlu
aku berada di sisimu."
adoh salina, sungguh engkau seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar. biar pun begitu diketepi dan sepertinya tidak diendahkan, engkau tetap teguh berada di sisinya. salina, aku percaya, suatu hari suamimu pasti menangisi perbuatannya terhadap mu. bersabarlah salina kerana sabar itu adalah kemenangan yang mutlak.
aku fikir salina sudah ok, sebab sudah lama dia tidak contact aku. bila aku bertanya kenapa begitu, salina kata dia malu dan segan kerana sudah terlalu banyak menyemakkan kepala otak aku. aku katakab kepadanya, do not hesitate to tell and to ask me as long as you are fine. sempat cakap omputih lagi.
cepat2 aku minta excuse sebab aku tidak mahu salina tahu aku menangis bila dengar ceritanya.
No comments:
Post a Comment