tautan kasih semakin longgar
kerana hati yang rakus dicalar
sekalipun aku cuba berlari mengejar
angkuhmu yang tegar
mencakar membakar.
senyum tetap menguntum
walau hati meruntun
kasihmu perginya deras
menghambat pantas
hatiku yang kian lemas
oleh paluan jiwamu yang keras
hingga tiada berkesempatan waktu
memujuk hati yang terguris pilu.
mungkin ada baiknya
agar aku menjadi sadar.
aku bersahaja saja
mempamer seperti tiada apa
supaya hati tidak terlalu hiba
kerana luka yang tidak nampak berdarah
namun parah ketara payah.
disebalik wajah nan ayu
rupanya engkau miliki hati sekeras batu
dan aku
tidak mahu lagi merayu
untuk terima aku seadanya aku.
orangbiasa 01072010
hati terguris bersulam tangis tetap kuhias senyum nan manis
1 comment:
hati...semoga engkau tabah menghadapi.
Post a Comment