Saturday, June 26, 2010

BBQ nite at Kebun.

alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah hampir empat bulan aku mengerjakan kebun. sebenarnya aku minat gardening ini sejak kecil lagi. maklum ajelah orang kampung dan kampung pun memang dekat dengan sungai. tapi kampung aku itu tidak sampai dua km sudah sampai bandar. tidaklah pulak aku menyangka rezeki aku bila sudah berusia ini dapat memiliki kebun seluas itu. kakiku rasa macam terkedu pertama kali aku melangkah masuk ke  kebun tersebut. maklum sajelah, atas faktor usia, badan pun sudah semakin "comel" dan tahap kelincahan pun sudah menurun. namun dalam hatiku berkata, tidak rugi berbudi dengan tanah. sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. sekurang-kurangnya aku dapat menjalani hidup sehat bila berkebun.
kebiasaannya sebelum 'asar aku sudah sampai ke rumah. semalam adalah kali pertama aku ke kebun pada waktu malam. kami buat bbq sedehana kecil untuk 15 orang sahaja. seronok jugak jadinya. hajat hati hendak bermalam di sana tetapi ramai peminat setia portugal dan brazil menarik diri jadi rancangan untuk ber"camping" di sana tidak kesampaian. bila lihatkan suasana semalam, aku rase apabila pondok kecil di kebun aku nanti siap dengan sempurnanya, aku mahu menjemput semua kenalan aku di blogger ini datang menikmati suasa malam di kebun, berkenalan serta beramah mesra bersama keluarga juga mengeratkan silatulrahim. mudah-mudahan cita-cita aku ini dimakbulkan tuhan.


orang kuat kebun : dari kiri -> 1. kak yah tak pernah lupa bawak makan tengahari untuk kami. 2. wak seni..memang seni lah..tak kering gusi dibuatnya..kalau wak seni tak ade, terasa senyap sunyi. 3. kamsani..kalau dia tak ade macam semua bende tak boleh jadi.. 4. akulahni..kalau boleh semua nak buat sendiri, bila penat muncung sampai pagi. 5. tukang kebun..eh tuan kebun. boss tu wei. tau tunjuk aje...grrr.

anak-anak kutipku...eeee. satu kat JB, satu kat BP, satu kat Melaka. kalau berjumpa sampai pagi tak habis cerita.

lagi anak-anak kutipku...kalau pasal makan berselera. kalau suruh buat kerja mulalah terpinga-pinga tak tahu nak mula kat mana.

aku sudah ade cucu rupenya..instant ler, sendiri punya..belum ade bayang lagi. tahun tahun tahun lain kot.

sedap wei, tak percaya...cuba try! sambal homemade tapi cilinye tetap guna blender... takde kuasanya aku nak giling hihihi.

ermmmm....durian durian. cakap jer nak jaga badan tapi bila dah nampak tak boleh berhenti makan...hampeh.

last but not least...best couple of the night...memang best couple lah couple neh.

akhir kata, aku bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan aku saat-saat yang dapat mendekatkan aku bersama-sama keluarga. aku akan beritahu, bila aku sudah sedia menerima kedatangan kawan-kawan "blogger" aku.

2 comments:

ctpayong said...

kawan-kawan you're most welcome.

Suara Kalbu said...

Salam ibu,

Make sure ada bunga manggar kat pintu masuk kebun, bentang karpet kuning sekali.

Ah..kompang jangan lupa. Ida nak datang kebun nih muahahahah

handphone aku xde kompas