Thursday, June 10, 2010

RM1,059.00

RM ni suci lagi mengujakan. Aku terlupe mahu keluarkan dari poket seluar aku dan terus memasukkannya ke dalam robot pencuciku.
Agak lewat bangun sedikit semalam tapi solat subuh alhamdulillah sempat aku sempurnakan.
Lebih kurang 10.30 pagi baru aku teringat duit yang aku telah tercuci yang kesemuanya berjumlah RM1,059.00. Aku bergegas pulang ke rumah untuk bertanyakan hal ini kepada pembantu rumahku (dari indonesia). Dengan segera dia menghulurkan wang tersebut dalam keadaan melekat-lekat antara satu sama lain.
Tanpa prejudis, aku terus menyusun untuk mengeringkan wang kertas tersebut. Tapi kenapa wang kertas tersebut kurang RM100 sekeping dan RM10 pula 3 keping. Aku mula mengira apa yang aku telah belanjakan dengan menggunakan wang tersebut.
Sah kena kelepet dengan pembantu rumahku. Pada mulanya dia tidak mahu mengaku bila aku minta kepastian. Dia terus menangis lantas meminta aku menghantarnya pulang ke indonesia. Apa pun aku pasrah dengan kehilangan wang tersebut
Lebih kurang jam 3.00 petang, anakku yang kebetulan sedang cuti menalipon mengatakan wang tersebut telah dijumpai di dalam robot pencuciku. 
Memang dasar. Aku lega kerana bulan depan aku akan menghantarnya pulang. Selalu sangat perkara ini berlaku cuma aku tidak sampai hati untuk memarahinya. Alhamdulillah, aku tetap akan hantar dia pulang sebab kontraknya tamat bulan Ogos ini. Aku berhasrat untuk mendapatkan penggantinya.
Aku sanggup penat fizikal daripada penat mental


3 comments:

myQza said...

uiks

sempat nak kelepet 100

sebbaik buat ugutan.. dia ngaku
he he he

100 tu leh belanja sy mekdi 10 kali tau

ctpayong said...

tu ar tu.

NAZIRAH ANAK PAK MAT said...

bu,saya mau carik kerja kosong.
bisa ngak jadik kn aku bibik mu??
hahahahaha....

handphone aku xde kompas