"Ya Allah, janganlah sehingga aku tidak dapat menangis lagi kerana hanya dengan tangisan aku dapat kembali tersenyum."
kadang-kadang aku rase menulis di blog ini seperti mencurah rasa pulak. aku maksudkan adalah diri aku sendiri. mahu aku ceritakan dengan orang lain yang aku kenal sudah seperti mengata atau mengeji atau sikit-sikit seperti mengumpat. namun apa pun, apabila dapat aku catatkan di sini, seperti separuh sebak dan sesak nafasku hilang. sementelah menulis dan membaca sudah seperti makan dan minum aku, jadi ape saja yang aku jumpe aku pasti baca. pun begitu, apa saja yang menyentuh hati sanubari, aku pasti catatkan. macam diary pun ada jugak...
sudah lama aku tidak mengalirkan airmata. tapi insiden tadi pagi, hati aku benar-benar terasa, terluka malah terhiris oleh sindiran itu. sudah lama aku pendam perasaan dengan harapan biarlah apa yang berlaku biarlah berlalu pergi kendati salah faham atas teguran yang aku berikan. namun, bukan semua manusia punya watak, lagak, hati dan jiwa yang serupa.
aku tetap beralah kerana aku berfikir aku sudah dewasa dan harus berfikir lebih waras atau mempunyai tahap kesabaran yang lebih baik. tapi hati manusia lebih-lebih lagi perempuan seperti aku, nampak sahaja gah tapi ngembengnya bukan main. seperti selalu, aku serahkan kepada Allah SWT kerana Dia lebih bijaksana untuk mengadili setiap tingkah laku serta niat di dalam hati hamba-Nya. aku tahu Allah SWT sahaja yang dapat menilai airmataku. syukur kepada Allah SWT kerana di waktu petang aku sudah boleh tersenyum kembali.
p/s : membaca blog dari kawan-kawan juga sering dapat menghiburkan hati yang sangat sensitif ini.
4 comments:
to me, crying is the best therapy.
can u see behind the wall, there`s could be someone who`s dying
Menulis tetap saja bisa memberikan kelegaan kerana meluahkan
Penyanyi: Wings
Tajuk Lirik Lagu: Hikayat Penuh Ranjau
Tersusuk ranjau di sepanjang percintaan
Aku menjerit jerit keperihan
Namun tak siapa pun mengindahkannya
Hanya bertemankan sepi
Bagai ranting patah terhempas ke bumi
Pupus di telan masa
Ku kehilangan mu
Apakah ini
Akan menjadi
Oh hikayat cinta abadi atau bahan
tomahan tak berisi
Namun aku 'kan
Tetap cinta padamu
Itu telah terpatri di sanubari
Walau pun kesannye amat menyakitkan
( korus )
Kau ku nanti
Biar hari tiada lagi
Kau ku nanti
Agar cinta bersemi lagi
Lagi... lagi yeah
Post a Comment