ade sesuatu yg mahu aku kongsikan, mahu aku ceritakan dan mahu aku sampaikan. tapi entah kenapa hati berat dan dada terasa penat bila setiap kali mahu aku luahkan di sini. mungkin aku terpengaruh teramat sangat dengan kesedihan salina, mungkin. tapi aku mesti kuat sebebelum aku dapat membantu sekadar yg mampu untuk menolong salina mengatasi masalahnya. terakhir aku jumpa dan bersimbang panjang dengan salina, dia kelihatan tenang walau pun kelihatan sedikit susut badannya. namun wajahnya tetap cantik pada pandangan mataku. salina berkata, kebelakangan ini dia sedikit kecewa dengan orang-orang di sekelingnya. aku biarkan dia terus bercerita sementara dia ada "mood" bercerita. tambah membuatkan dia kecewa adalah sikap anak-anaknya yang lansung tidak faham dan tidak menyebelahi akan tidakan yang telah dibuatnya. dia kata, mereka tidak merasa seperti apa yg dia rasa. senanglah cakap kalau suruh bersabar, tapi melaksanakannya setelah sekian lama bersabar, mampu lagi ke dia bersabar. aku diam, tidak soal dan tidak juga jawab. hajat mahu jadi pendengar setia tapi masalahnya, sebelum salina menangis, airmata aku yang terlebih dahulu telah menuruni pipi. airmata airmata, buat malu aku aje.
salina berkata, waktu susah sama-sama susah. tapi bila telah senang dia seperti tidak dipandang. bukan salah siapa-siapa, dia tetap salahkan suaminya yang terlalu tidak memberi perhatian kepadanya. salina tidak jugak berhasrat untuk mengungkit atau membangkitkan cerita lama. tapi manusia mana yang dapat bertahan kalau perkara tersebut sering diulangi. dia sudah penat katanya. katanya kalau "bunuh diri" itu Allah SWT benarkan, dari dulu lagi dia telah lakukan. perlahan aku pegang bahunya sambil berkata perkataan "favourite" aku, sabar itu menjanjikan kemenangan. salinan merenung tetap ke wajahku. "cakap memang senang!" katanya. aku diam terpaku. memang benar, aku pun mungkin tidak mampu sepertinya.
salina adalah seorang isteri yang dahulunya bekerja sepenuh masa dan berhenti kerana mengikut perintah suaminya yang mahu menjaga emaknya (emak mertua salina). walau hatinya berat kerana tatkala dia disuruh berhenti, dia baru saja dinaikkan pangkat. yang sangat menyedihkan lagi, suaminya seperti tidak gemar dia berjumpa dengan adik beradiknya walaupun adik beradiknya tinggal berdekatan dengannya sedang waktu-waktu salina menghadapi kemelut rumahtangga gara-gara suaminya yang "mabuk asmara", adik-beradik salinalah yang telah memberi sokongan serta kekuatan untuk dia terus bertahan dan mempertahankan rumahtangganya yang hampir-hampir berkecai.
sudah jam 3.30 petang rupenya. leka tulis pasal salina. zohor belom lagi. aku mohon berhenti dulu. nanti sambung kembali.
-Dalai Lama : "I believe all suffering is caused by ignorance. People inflict pain on others in the selfish pursuit of their happiness or satisfaction. Yet true happiness comes from a sense of peace and contentment, which in turn must be achieved through the cultiv."
terpengaruh = berkongsi kesedihan
mood = semangat
waktu susah = waktu suaminya memulakan perniagaannya
perintah = kemahuan
2 comments:
yup!
kita sendiri perlu ada pendinding kalau mahu bantu org lain.
pendidinding di sini maksudnya kekuatan , semangat dan keyakinan.
InsyaAllah salina juga punya semua tu
thanks ted. kau kena bantu aku supaya aku kuat sebelum aku dpt bantu salina.
Post a Comment