Friday, June 18, 2010

apabila ibu mohon maaf...

ibu, aku sayang kamu hingga akhir hayatku!!!

1. adakah wajar seorang ibu memohon maaf daripada seorang anak?. jika pun terdapat kewajarannya, atas sebab-sebab kesalahana yang bagaimana?. apa pun keadaannya, di dalam islam, seorang anak itu tetap perlu menghormati kedua ibubapanya sekalipun kedua ibubapanya itu kafir. sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad SAW yang tetap hormat serta sayang bapa saudaranya Abu Talib yang tetap kafir hingga akhir hayatnya.

2. sedihnya segelintir anak2 di zaman ini  sudah terlalu sombong sehingga harus si ibu yg beralah memohon maaf atas kesilapan yg kecil atau salah faham yang tidak disengajakan. demi tidak mengeruhkan keadaan si ibu dengan rasa penuh kasih sayang dan rendah diri telah terlebih dahulu memohon maaf daripada anaknya. namun si anak lansung tidak terasa apa-apa akan tindakan ibunya.

3. kalau aku di dalam situasi si anak, pasti aku akan mengalirkan airmata lantas dengan segera mendatangi si ibu dan berkata, " mak, maafkan saya, tidak maksud nak buat mak menangis..." lalu mencium tangan serta kedua-dua belah pipinya. teringat waktu kecil2 di sekolah agama dan masih segar pesanan ustazah yang meminta kita hormat kedua ibubapa dan melarang kita bercakap kasar dengan mereka sekalipun dengan perkataan "ah".

4. aku sangat takut jika seandaikan ada perkataanku dan perbuatanku yang boleh mengalirkan airmata ibuku. hatta sekiranya tanpa aku lihat airmatanya cuma apabila melihat sedih diwajahnya pun aku sudah takut kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.

5. mungkin si ibu tahu, jika dia terlalu sensitif lalu menangis dengan sikap dan perbuatan si anak, nescaya Allah pasti turunkan musibah dengan segera kepada anaknya itu. lantaran kasih dan sayangnya, si ibu tadi dengan segera dan lapang dada telah terlebih dahulu memohon maaf daripada anaknya.

antara doa yang tidak akan dihampakan oleh Allah SWT adalah doa ibubapa kepada anak-anaknya.

2 comments:

ctpayong said...

usahkan lihat airmatanya, tahu dia menangis dalam hati pun sudah buat aku tak senang diri.

Ain said...

anak patut tahu bila masa dye buat ibu menangis. sy akan menangis kalau buat ibu menangis dan xkan senang duduk kalau x mintak maaf, hee i love my mummy. !

handphone aku xde kompas