Thursday, July 22, 2010

soalan yang menyakitkan hati dan membingitkan telinga...

apa rasenya apabila seorang suami bertanya kpd isterinya dgn soalan yg bunyinye begini, "duit gaji awak buat ape aje ea?"

si isteri cuma diam bukan kerana takut tapi atas dasar hormat & taat kpd suami. baginya pertanyaan itu dapat mengeruhkan keharmonian rumahtangga walaupun diajukan dlm keadaan ingin bergurau.

tidak ke si suami terfikir utk bertanya soalan2 yg lebih menunjukkan rasa tanggungjawab atau rasa perihatin sebagai contohnya seperti;
masih ade lagi ke beras yg kita beli bulan lepas atau
toiletories kita ade yg sudah habis atau
cukup ke tidak duit belanja pasar yg saya beri atau
anak2 tengok movie hari tu guna duit awak ke atau 
awak beli keperluan dapur guna duit awak ke?
andai itulah soalan yg diajukan, nescaya si isteri pun rasanya tidak sampai hati utk reclaim dari suaminya. si isteri pun faham rasanya tujuan dia bekerja untuk mengurangi beban perbelanjaan suami. tapi bila si isteri tidak berkira, si suami pijak kepala. lansung tidak tahu hendak menjaga hati dgn bertanyakan soalan2 yg sengaja mencari nahas.
satu lagi penyakit suami2 di zaman so call IT ini ialah apabila si isteri boleh mengurus diri sendiri. tidak terlalu bergantung harap pada suami. maka si suami ambil kesempatan menghabiskan masa terluang dgn memberi perhatian kpd yg lain. akhirnya bantuan si isteri itu memakan dirinya sendiri.

p/s : wahai lelaki, ketahuilah sesungguhnya, isteri itu adalah amanah Allah SWT terhadapmu. engkau akan ditanya tentangnya di akhirat kelak.

4 comments:

ctpayong said...

bukan semua suami bersikap seperti dalam catatan. beruntunglah bagi mereka yg mempunyai suami yg dapat memberi sepenuh kasih sayang.

p/s : perhatian pun lebih dari memadai.

myQza said...

suami ttp kena beri nafkah walauisteri bekerja kan kak?
aduhai

ctpayong said...

tepat skali ted. hukum Allah SWT tu. suami di akhir zaman ni, duit isteri yg mau disauknya..

mimo said...

macam2 ada zaman ni..pompuan yg tak menikah pun dah mengaku status bini. itu benar2 munafiq dan penabur fitnah. Ramalanku benar belaka. Benar tepat racun berlidah pendusta

handphone aku xde kompas