Saturday, October 16, 2010

jahat! jahat! jahat!

bismillahirrahmanirrahim.

astaghafirullah. kenapalah dengan kucing pun aku naik angin. apa tidaknya, semalam turun saja, berterabur bulu burung di porch. eh, siapalah yang punya angkara jadi carnivorous ni. walhal tidak pernah kurangnya aku beri makan siang malam pagi petang, siap minum susu lagi supaya gigi kamu kuat. sah si bella yang punya hal ni. sebutir perangai mak dia. sudahlah bulu dan mata serupa, perangai dan ilmu saka tangkap burung pun diturunkan ke anaknya.
pepagi dah kat menara pandang skodeng burung.
lama aku mengendap bella tengah mengendap burung. burung mengendap apa pulak? aku pun satu jugak, memang suka tabur nasi berlebihan untuk burung-burung di belakang rumah. bukan niat buang, daripada masuk terus dalam tong sampah, baiklah aku beri pada burung-burung yang memang setia menanti habuan daripada aku hampir setiap pagi. macam-macam jenis burung ada. aku kurang arif tentang hal-hal burung ni. minta maaflah ye.

hailah bella, tidak cukupkah makanan yang ibu beri. kesian, burung-burung itu mahu hidup jugak. mungkin bukan niat bella membunuh untuk makan tapi sekadar suka-suka test power terror dia dan atau memang tabiat kucing pantang lihat benda-benda yang berterbangan.

turun bella, turun sekarang jugak. kalau tidak ibu panjit dengan air ni. sepontan kena percikan air, bella turun dan golek-golekkan badan. halamak, rahsia aku skodeng dan tangkap burung telah terbongkar! baik buat-buat manja supaya ibu tidak tsunami. bella! bella!, kalau tidak takkan ada pepatah orang-orang tua tentang alim alim kucing. benarkah peribahasa itu...ntah. wallahu'alam.

p/s : dulu, burung yang ditangkap si grey, aku jaga sampai seminggu, nasib baik bila dilepaskan burung itu mampu terbang. kalau tidak, nahas kau grey.

12 comments:

Solihin Zubir said...

dia nak bergurau je kot ngan burung2 tu.. hehe..

Suara Kalbu said...

Bella ibu pandai tangkap burung

Bella ida suka duk kat balkoni dapur tengok burung. Ralit betul dia tengok burung sampai kepala mata atas bawah duk perhatikan burung2 tu

Encik MamaT said...

dia saja nak main je tu.. :D

Belalang hijau Perisik said...

bagus la itu menunjukkan dia aktif...
sure teror tangkap tikus gak nih...

hee...

ctpayong said...

>>> belalang hijau >>> kalau tikus, rasanya si bella yang ca alif but dulu...

ctpayong said...

>suara kalbu< hehe..nama sama, kaler sama..tabiat pun sama. tak bleh tahan kalau bella usha ibu bila nak fresh prawn. cis bella...

ctpayong said...

>>en mamat<< mmg pun..takde maknenye di nak makan burung tu..saje dia nak buat cam bulu tangkis.

ctpayong said...

>>solihin<< bella nak tunjuk skill yang dia bleh tangkap burung huhu

ghost said...

kucingku nama Fishball.siang dia hilang,malam tidur bawah ketiak ku.Dia kucing liar tapi masih perlukan tempat berkasih sayang.

Semut Blog | Tutorial Blog | Tips Facebook | Aplikasi Hanphone said...

Salam sahabat.

Amir Syahir said...

kucenn.

ctpayong said...

>hiro< : kuceng bkn kucenn hehehe

handphone aku xde kompas