assalamualaikum wrt.
dipendekkan cerita, aku fikir kabus, rupanya jerebu. aku masih ingat tarikh hari itu sebab angkanya cantik, 20.10.2010 dan kebetulan awal pagi hari tersebut aku ucap selamat hari lahir kepada anak saudaraku yang sudah terlajak-lajak umurnya. lelaki tidak apa katanya. lelaki makin tua makin berharga. bedebah punya anak saudara. en. suami sempat senyum perli tatkala mendengar berita bahawa IU yang dicatatkan di lebuhraya yang kami lalui tadi pagi melebihi tanda aras selamat iaitu IU103 kerana yang aku sangkakan kabus rupa-rupanya jerebu. Ya Rabb, mati hidup aku fikir kabus, sempat keluarkan kamera merakamkan keadaan kabus@jerebu tersebut. memamg cantik, macam di luar negara. pandangan terhad hanya setakat 500 meter di hadapan. bahaya sangat bahaya lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan lampu putih (halogen).
photo 1
photo 1 - rakaman menggunakan telefon bimbit jam 7.50 pagi di lebuhraya Utara - Selatan sekitar Tangkak / Pagoh, Muar, Johor.
photo 2
photo 2- rakaman menggunakan kamera cyber-shot sony jam 8.00 pagi di lebuhraya Utara - Selatan sekitar Tangkak / Pagoh, Muar, Johor.
di dalam keadaan yang mana pandangan terhad iaitu lebih kurang 500 meter di hadapan sahaja, aku minta en. suami pasangkan lampu kereta untuk langkah keselamatan.
p/s : bagi mereka yang menggunakan lampu kereta yang berwarna putih (halogen) lebih harus berhati-hati kerana cahaya lampu itu hampir tidak kelihatan dalam keadaan cuaca berjerebu tersebut.
10 comments:
wah mmg nampak mcm kabus..so thick..now kat sana mcm mane? kalo dh thick mcm tuh confirm teruk ek kat sana?
bahaye kalo drive tme2 camnih...
Waaaaaaaaaaaaa.... rasa mcm duk kat Banjaran Himalaya plak.. wakakakakaa.. yer yer jerlah..macamlah ida penah pegi sana.
Tapi bahaya nih ...
kalau duk kat luar ase sesak nafas...tu lah perasaan omu masa belajar kat sarawak dlu. ase hidup ni dah pendek,bahaya jerebu ni...
sangat bahaya kalau memandu dalam keadaan cuaca yang berjerebu dan berkabus.. drive kena pelan pelan..
farahD > on that 20.10.2010 mmg thick. lepas hujan its become better.
Fello Ariza > mmg pun, tak sangka plak jerebu tahap tu IU103.
Suara Kalbu > beku plak bila kat sana nnt eeeee
Omu Rice > ct mmg tak tahan..sure batuk pastuh.
Mawar > yes! tambah kalau guna lampu halogen...lansung tak nampak pada jarak jauh..mmg bahaya.
Salam...eh eh eh.........
kiutnya bekas ni..
comel...bagus2....
senang nak bagi minum...hehe...
alamak tersalah komen pulak..hehe~ nak komen dekat bekas minum kucing tu...hehehe~
baru tahu yang lampu halogen tu xleh namapk dlm keadaan berjerebu.. patutla jpj x bagi guna kan
ALL IN ONE
> nur : betul tu.
Post a Comment