bismillahirrahmanirrahim.
antara sms yang menarik perhatian kak ct di ruangan forum utusan malaysia hari ini, khamis 6 januari 2011 :
"tahniah kepada harimau malaya kerana mengharumkan nama negara, tapi saya tidak bersetuju dengan pemain malaysia yang bercita-cita untuk menerima tawaran dari luar negara".
- (017-644XXXX)
kak ct kata : pengalaman ada dimana-mana tetapi pulanglah bila khidmat diperlukan untuk mengharumkan nama negara.
"jika masalah kerjaya guru, bermati-matian cuepacs perjuangkan. tetapi apabila kementerian pelajaran tamatkan perkhidmatan kakitangan awam rendah kontrak, lansung tak ambil kisah".
- pakcik senyum
kak ct kata : kesian jugak ye. kalau guru ditamatkan/pencen boleh jugak buka kelas tuition untuk sambung penghidupan.
ini pula sms yg dikirimkan di stesyen radio ermm lupe pulak (sorry). antara lain dia berkata, dia tidak setuju nama pasukan harimau malaya ditukar kepada harimau malaysia.
kak ct kata : banyak harimau di hutan malaysia menjadi mangsa pemburu haram. yang terselamat harimau malaysia diletakkan di zoo-zoo di seluruh negara.
apa kata keluarga blogger? pandangan/pendapat kamu mampu menggegar dunia luar.
10 comments:
kata encik mamat:
1. tak salah jika menimba pengalaman.. tetapi jangan sampai lupa diri udah la...
2. malas nak komen.. kang terasa lak para 'mereka'.. gaji manjang je n ak kasi up.. haha... taleh komen lebih.. mengikut hati yang panas ni mcm2 leh kuar.. haha
3. sekarang malaya dah ditukar kepada malaysia.. hehe.. bila nama dah tukar.. gaya dan sikap pun kena tukar jugak la.. baru maju...
keretapi tanah melayu tu bila la nak tukar.. dah berkurun dah tu... patut slowwwwwwwww
1) Apa salah nya menimba pengalaman ke luar negara.. jauh perjalanan, luas pengalaman.. perlu belajar daripada orang yang lebih baik..
2)Memang la.. sebab setiausaha cuepacs dan nutp (persatuan guru) orang yang sama.. kalau tak salah
3) Setahu saya, mana ada spesis Harimau Malaysia... yang ada cuma spesis Harimau Malaya... ini bukan sebab Malaya atau Malaysia sebagai sebuah negara...
soal bola..hihi..tentu saja sangat suka.ah,lama tak main bola/futsal.petang nih dptlah rasa padang.
kenapa tak setuju untuk terima lamaran dari kelab luar?sy tak faham sebenarnya dalam hal ini malah ade orang kuat dalam FAM supaya timbangkan cuma dari kelab yang ternama..ello...pengalaman di luar dari negara sebenarnya lebih banyak 'mendidik' pemain kita mengenal potensi lawan.kalau mau melihat kemajuan bolasepak kita kena berani sahut cabaran dari luar.kalau sampai mau memilih2 kita belum sampai tahap tuh..kita masih hebat di tempat sendiri.mendapat tawaran dari luar itu sudah cukup bagus...kenapa mesti nak tahan2...aiseh.
hehehe.. yg pasal bola tu takde hal la rasanya. maen dekat menana pon sama actually.. cuma bezanya kalau maen dengan org yg lagi hebat, insyaAllah skill kita hebat. tp kalau maen ngan org yang skillnyer lebih kurang kita gak, alamat tak berkembang.. akmal rizal sebagai contoh. dulu die maen denga kelab luar negara, masa tu tengok skill die mmg sangat menarik.. tp lelama tengok cam dah semakin biasa, ataupon skill pemain2 lain dah diperbaiki sehingga akmal rizal tu punya skill pon tenggelam tatau la.. hahahaha.. (pendapat individu je nih.. jgn kaitkan dengan sapa2 ek)
pasal cuepacs tu tak reti sangat nak comment. hehehe
harimau malaya nak tukar jadi harimau malaysia? ntah la.. time malaysia dikenali sebagai malaya dulu, rasanya semuaorg bersatu padu.. skang nih dah memacam dah.. ntah la.. merepek sangat dah nih.. hahahhaha
atok tak stuju tang nak poie obesi tu...buek apo? habih kalo sumo yang bagus2 nak poie obesi, pasukan bola kito camno?
bagi pendapat atok la yo
Salam...
Selalunya pemain kita yang main kat liar negara x menyerlah sgt...mgkin perbezaan budaya dan makanan...Tgk cth Akhmal Rizal tu jelah..Tapi kalau ade yang tahan pe salahnya cari pengalaman,pastu boleh balik n bantu negara sendiri plak...
p/s - komen sal bola jek..huhuh
nama dah elok...tak payah tukarla..
pi luar negara pun masalah dengan budaya...kalau ..nak jaga solat .makan x yah pi
hehehehe..slain harimau msia bnyk gak biantang lain..blg gune monyet, kera , tenuk ..x pon gune buaya..buaya msia..hehe
bab kena ambik jadi pemain import pun best jgk. bangga la kan. tp pekerja rendah kena ditamatkan kontrak sebelum umur pencen, ke manakah tuju mereka lepas ni? kesian jugak. umur pun mgkn dah tak layak interview keja tmpt lain
Kadangkala salah satu kenapa pemain kita kurang menyerlah bila bermain di luar negara kerana sikap pemain yang masih menganggap kita ni kerdil atau kecik padahal pemain kita sama aje dengan pemain lain. Kalau pemain korea, jepun yang pendek2 boleh main di England, kenapa tidak kita? Kalau pemain afrika yang ada antaranya main pakai padang sekolah je,boleh menyerlah di Spain dan US, kenapa tidak kita..? Self confidence kena ada yang pemain kita memang berbakat dan bakat yang ada haruslah di asah dengan join kelab-kelab luar negara untuk menimba pengalaman dan seterusnya segala pengalaman itu akan disumbang kembali kepada negara Malaysia bila diperlukan...
Soalan kedua dan ketiga...emmm next time lah jawab ye:-)
Salam santai.
Post a Comment