Saturday, January 1, 2011

bismillahirrahmanirrahim

kepada yang sudi ke sini, aku ingin ucapkan salam dan selamat menempuh 2011. semoga hidayah Allah SWT mengiringi kita.

Cahaya....
 mencerap setiap ruang
menukar malap ke sirna terang
dari samar jelas terpandang.
menerjah di setiap bucu
mencerah segenap penjuru
menerjang kelabu yang keliru.
menjadi pasti dan jelas
walau berkali atau sekilas
tepat cekap dan pantas.
andai suatu ketika tiada cahaya
apa yang mampu ditenang mata
mampukah akal menduga.
begitupun cahaya Illahi
jika tidak diserap hati
akan kosong nilai insani.
aku bercakap ikut suka
apa yang terfikir di minda cuma
andai ada tersilap kata
mungkin ada hati terluka
aku mohon kemaafan jua.
  mengakhiri tahun lalu
menyambut tahun baru
jernihkan kalbu
tetap di jalan yang satu.
p/s : azam baru? baki azam tahun lalu carry forward ke tahun baru. tiap-tiap hari aku berazam semoga aku dapat sempurnakan azam. kejam sungguh seorang aku mencatur baki hari-hariku. semoga ada cahaya di jalan berliku agar aku tidak keliru.

20 comments:

Solihin Zubir said...

salam sejahtera 2011..
smoga tahun ini lebih baik drp sebelumnya.. :D

~@m!_L!y@~ said...

ayat yang indah... =)

~♥ Mawar ♥~ said...

Happy new year 2011!! =)

azzey said...

ctpayong: semoga impian di tahun baru 2011 ini akan menjadi kenyataan....:)

azzey said...

ctpayong: saya tag awak utk join contest ni >>>

http://azzeyatin.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

biskut said...

gerimis,rintik dan lebat tetap air hujan yang menitik dari awan.

semalam dan hari ini tiada bedanya..yang berubah cuma angka.

semalam dan hari ini biar hati yang membedakannya...kita pasti ada perubahan.

Hajar said...

selamat tahun baru..

Cik SHiNJU said...

Salam...

Slmt Thn Baru 2011M
Semoga tercapai segala azam.. :)

ctpayong said...

salam solihin

semoga yg terbaik juga utk kamu!

ctpayong said...

> L!y@ : terima kasih.

ctpayong said...

> mawar : selamat tahun 2011

ctpayong said...

> azzey : sekadar ingin menambahbaik rohani dan usaha berjalan lancar.

ctpayong said...

salam bisk : semoga ketentuan Allah swt. menyebelahi kita, ameen.

ctpayong said...

hajar : selamat juga untuk kamu.

ctpayong said...

> shinju : mudah2an

Suara Kalbu said...

Selamat Tahun Baru 2011 untuk ibu dan keluarga.

Semoga tahun ini dan tahun tahun mendatang memberikan rahmat, kesihatan, kebahagiaan, kerahmatan, kesenangan, dan segala yang baik-baik untuk ibu dan keluarga.

Sayang ibu lah. Muahs

ctpayong said...

salam..
same goes to you. mudah2an segala impian terpenuhi. apa pun bersyukur pada yg sedikit nescaya Allah pasti gandakan lagi.

Hisyam Muhibah said...

cahaya atas cahaya menghiasi tahun baru





entri terbaru : Menyediakan Pendidikan Awal Untuk Anak-Anak

Encik MamaT said...

selamat tahun baru kak siti :) sakit kepala... taleh kosentret... adeh...

cik lola said...

SELAMAT TAHUN BARU KAK...SMGA TAHUN NI KITE LEBIH BRJYA :)

handphone aku xde kompas