Thursday, December 30, 2010

kenapa mesti begitu.

bismillahirrahmanirrahim

credit to NST
pasti hari ini rata-rata menulis pasal bola. tidak terkecuali aku juga tapi ada sedikit beza antara cerita aku dengan cerita kamu.
harus aku akui bahawa pasukan nasional indonesia punya semangat juang yang tinggi. tetap berjuang sehingga wisel penamat ditiup tanda berhenti.
harus juga aku akui andai pasukan negara kita tidak membawa bersama 3 mata, besar kemungkinan piala itu masih di negara mereka. namun semangat juang pasukan negara kita juga tinggi setinggi budi pekerti penyokong dan rakyat malaysia seluruh negara.
aduhai indonesia, bukankah kita serumpun bahkan sebahagiannya ada yang seagama. malaysia tidak pernah menganggap kamu musuh walau seringkali kamu sering limparkan kata caci hodoh lagi bodoh. di mana hilangnya semangat kesukanan seperti kamu lenyapkan semangat kejiranan.
tahniah malaysia. bukan hanya kerana di atas kemenangan tapi juga kerana di atas sikap kesungguhan dan ketabahan yang kita tunjukkan tanpa digugat kata kesat yang dilemparkan.

aku belum puas jerit...

tahniah malaysia, kamu juara berhemah.

12 comments:

Encik MamaT said...

satu nusantara.. rumpun melayu... bahkan satu pemerintahan yang sama pada satu ketika dulu... tetapi mereka lebih senang terpengaruh dengan kata2 fitnah hingga menimbulkan api persengketaan... rendahnya mentaliti sesetengah dari mereka... sangat bodoh... bahkan satu agama pun mahu bergaduh2.. itu bukan setakat indonesia dan malaysia.. bahkan dalam malaysia saja seringkali bergaduh....

Anonymous said...

itu sebahagian asap pedas kehidupan kak ct. boleh jadi penawar duka, boleh jadi hobi tertawa, boleh jadi macam-macam bergantung dari arah mana kita melihat..
sangat setuju pendapat sdr mama t di atas...

Anonymous said...

Salam

Kak, sorak-sorak juga tapi adakah dengan kemenangan dan kekalahan ini akan menambahbaik haru-biru yang telah tercipta dulu?

ctpayong said...

salam en mamat

peliknya kenapa hanya dengan malaysia sahaja?

ctpayong said...

salam abgreds

sebenarnya segala cemuhan andai dapat dibalas dengan senyuman lagi pedas.

ctpayong said...

salam sephia

mentaliti orang-orang yang fanatik ini hanya boleh diubah dengan saikologi sahaja. wallahua'alam

azzey said...

ctpayong: dan telah terbukti....MALAYSIA BOLEH !

ghost said...

mungkin mereka terlupa...kasihan mereka deh.

ctpayong said...

salam azzey

adat permainan dan ketentuan Allah. paling penting semangat kesukanan. tahniah malaysia.

ctpayong said...

salam bisk

sabagai satu cabaran dan pengajaran juga.

Anonymous said...

maling bermaksud pencuri, gelaran ni digunakan orang seberang kepada negara kita kerana katanya kita 'mencuri' identiti seni budaya yang katanya asal dari negara mereka.




entri terbaru : Menyediakan Pendidikan Awal Untuk Anak-Anak

ctpayong said...

salam hisyam

tapi mereka silap...penghinaan itulah yang membakar semangat pasukan kita menumpaskan mereka.

semoga kejayaan berterusan utk malaysia.

handphone aku xde kompas