ramai yang mencemuh bila kita bercerita tentang social friends di alam maya ini. ya betul. benar sekali banyak kejadian-kejadian yang tidak di ingin dan tidak patut berlaku telah pun terjadi. pasti, setiap sesuatu itu ada buruk dan ada baiknya. terkadang kala kita merasakan macam tidak logik dan tidak dapat diterima akal perkara-perkara sedemikan boleh berlaku. walhal sudah terdepang di dada akhbar rencana permasaalahan ini. namun kejadian tersebut masih lagi terjadi berulang kali. makanya, jauh-jauh di dalam hatiku bermohon belas serta pertolongan Illahi, jangan sampai terjadi kepadaku, ahli keluargaku, kawan-kawanku juga teman-teman di sekelilingku baik nyata mahupun maya.
tidak kurang yang mentertawakan apabila aku bercerita tentang cerita yang diceritakan oleh kawan-kawan blogger aku. pandangan sinis mereka terkadang kala boleh menambah suhu badan. boleh jadi angin dalam badan menjadi angin lintang yang merbahayakan. aku sambut cemuhan mereka dengan senyuman. aku katakan kepada mereka bahawa mereka cemburu kerana tidak mampu meluahkan perasaan suka duka mereka dalam bentuk penulisan. padan dengan muka mereka. itulah padanya bagi mereka yang suka-suka mengata tanpa usul periksa.
apa pun setiap orang ada pendapat dan pandangan yang tidak semestinya dapat serta boleh integrated dengan pendapat yang lainnya. berwaspada itu lebih baik dan berpada-pada itu harus dipegang agar ada batasan serta sempadan. apa yang aku amalkan mungkin tidak pada yang lain. aku sentiasa memasang niat pada segala sesuatu yang aku lakukan kerana Allah. hanya dengan niat sebegini mungkin dapat mengawal aku serta nafsuku pergi terlalu jauh. wallahua'alam.
namun aku juga manusia biasa. tidak terlepas dari alpa dan leka. sekali lagi aku mohon kalian sentiasa memberi pandangan, nasihat dan cadangan agar aku berada di jalan yang benar.
p/s : maafkan aku kalau aku lambat terima pakai nasihat kamu.
SINOPSIS : jangan takut berkata benar.
13 comments:
Salam...
Yang baik jadikan tauladan..
Yang buruk jadikan sempadan..
Salam
Kak Ct, saya punya fikiran serupa. Niat sebelum melakukan apa saja itu penting agar tidak keterlaluan. Bagi saya, asal tidak melampau, saya tetap teruskan meski ada yang tidak senang. Yalah, bukan semua penulis akan punya acuan pemikiran dan prinsip serupa.
hmm...tujuan entry macam sama,mungkin kebetulan kita memikirkan benda yang sama hari ini.who knows..haha
soal mengata-ngata nih benda yang paling teruk.bila kita balas mula lha nak sama macam dia.tapi kalau tak balas kita macam tak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan.
sekali lagi di sini...
reply/tetamu hati: amat mudah dan ringkas pemahaman dengan kata hati..."puisi itu untuk kita yang menuju mati".
ambil yang baik-baik saja....
yang buruk tak usah dihiraukan
masing2 ada cerita dan pengalaman sendiri... kalau kongsi2 tentu lebih seronok..
ada orang tulis..
"saya ada 2 biji epal.. kalau saya bagi anda satu.. saya ada satu, anda ada satu..
"saya ada 2 ilmu, saya bagi anda 2 ilmu.. anda ada 2 ilmu, saya ada 2 ilmu..."
kat dunia nyata depan mata pun boleh salah boleh silap, inikan pula dalam alam maya...
Salam ibu,
Jangan difikir kut cakap-cakap orang yang selalu nak membuatkan kita sedih dan kecewa.
heheheh...tatau kenapa berat sangat loading kali nih.. selalunyer takde plak loading sampai cenggini lama.. hehehe.. ilek kak,.. senyum suda.. dieorg tu takde blog. so dieorg bukantau amender itu blog.. hehehhe.. ramai org boleh complaint, tp tak ramai org boleh terima complaint.. janji kita happy. :D
alamak, adakah aku pernah menyinggung perasaan kak ct? minta maaf ya jika ada
salam kak ctt. yg penting niat kita, kan kak. biarlah apa org nk fikir pon.
salam... dunia di alam maya kadang aku hanya menganggap ianya maya... bila di dunia realiti jarang sekali aku ungkitkan... jika bersama sahabat maya tidak megnapa.. itu sekadar perkongsian.. tapi di alam realiti... jika diceritakan... tak semua dapat terima....
semua berhak menyuarakan pendapat... kita juga perlu mendengar pendapat.. mendengar tak beerti mengiyakan pendapat tersebut...
setiap org ada pandangan berbeza...
mungkin diaorng yng mengata 2 xtau mcm mana rsnya dapat luahkan sesuatu melalui penulisan..
berbelog banyak benda yang dapat kite kongsi kn.kn..:)
Post a Comment