bukan untuk siapa-siapa. cuma berkongsi rasa sahaja. aku juga tiada apa-apa. sekadar peringatan agar aku kuat dan cekal. usah jadikan pengalaman pahit menjadi penghadang usaha murni yang terbit dari hati untuk terus bertahan hingga hujung waktu. sepi itu terkadang indah untuk istirehat lalu bersantun kasih dengan Allah SWT. redha dan pasrah akan sifat hak-Nya sebagai Tuhan pencipta sekelian alam. tanamkan dalam-dalam dalam hati tentang bait ini sebagai pengukuh semangat hingga akhir hayat.
airmata
sungguh engkau tidak mampu aku seka
kerana hiba bertimpa-timpa.
marah
namun aku tidak tega berpatah arah
kerana semarak amarah.
diam
kadang kala kuat kerananya
kadang kala tenggelam bersamanya.
aku damba hidayah-Nya
supaya aku tidak hilang punca.
p/s : kata hati ada kalanya dapat melegakan hati yang sakit tanpa menyakiti hati orang lain. aku biarkan Allah penentu segala kerana Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
wallahua'alam.
23 comments:
Salam
Sesetengah perasaan dapat kita luahkan dan ukirkan kepada sesuatu tapi ada pula yang baik disimpan sendiri saja.
Semoga Allah sajalah yang dapat menghapus segala duka setelah kita bertambah dekat dengan-Nya.
Terima kasih, kak. Selalu menasihati dan memberi semangat pada luahan di blog saya =)
p/s : kata hati ada kalanya dapat melegakan hati yang sakit tanpa menyakiti hati orang lain. aku biarkan Allah penentu segala kerana Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Suka ayat di atas nih..Bersyukur kerana kita ade ALLAH tempat mengadu..Kdg2 kita disalahkan tanpa diberi peluang membela diri..Tapi kita lega kerana walaupun orang xtau tapi ALLAH maha mengetahui... :)
peringatan untuk saya juga...:)
ah..seolah-olah kita mempunyai pemikiran yang sama deh,...hihi.
manusia seolah-olah punya alir yang berbeda tapi tetap menuju lokasi yang sama..harus punya pegangan yang betul2 kuat agar tidak jatuh.
awk pon sama cam en biskut eh.. falsafah tinggi.. :D
salam
> sephi : kecekalan hati ada turun naiknya. kerana itu kita perlu nasihat menasihatan. terima kasih juga pada sephi yg sering kunjung jenguk kak ct di sini,
> yun : betul tu, mempunyai Allah itu sebesar-besar nikmat.
> azana ; wajib kita saling ingat dan mengingatkan perkara2 baik supaya kita aentiasa berada di jalan Allah.
> bisk : asal saja kerana Allah...ucap syukur pada Nya.
> solihin : tak boleh aci jugak. kadang2 tu falsampah jugak.
dengarlah bisikan rayuan hati pujuk diri.... semoga Allah memberi kekuatan agar dapat menempuh hari2 mendatang..
kak ct, aku kadang2 suka menerenung dan berfikir. memang betul kata kak ct tentang kata hati. tp bagaimana dgn segelintir yg suka ikut kata hati dan istilah ikut hati mati? eh berkaitankah?
> en mamat : terima kasih singgah.
> sasa : kata hati di sini adalah bicara hati bukan kehendak hati. benar ikut hati mati...
wallahua'alam
smga kita menemuipenawar yg sejati dlm kehidupan :)
> cik : mudah2an..insyaallah. kena kuat dan cekal.
ctpayong: jdkan pengalaman pahit itu sbg panduan hidup yg akan mematangkan kita.....jgn tangisi kepahitan itu......
> azzey : betul tu tapi kadang2 kesabaran itu ada pasang surutnya. yg ini yg perlu diperbaiki.
sayhdu je sajak ni..moga lega rasa hati ....
> mama qistina : terima kasih..sesekali berpuisi best jugak
Kak Ct
Melawat, membaca dan meninggalkan komen perkara mudah. Kalau kita tak saling menyokong dan menghulurkan silaturahim, siapa lagi?
=)
bismillah
betul tu sephi..tak tahulah org lain tapi bagi kak ct, kalau kak ct follow bererti kalau masa mengizinkan..every single wrds kak ct baca..insyaallah.
Mencari kata-kata penyejuk hati rupanya ia ada disini.
Post a Comment