Tuesday, December 28, 2010

email seorang isteri

bismillahirahmanirrahim
syukur diizinkan Allah menulis lagi diruangan ini.

sekadar berkongsi pengalaman yang diceritakan. pun aku telah mohon keizinan dari empunya diri untuk aku abadikan di sini. manalah tahu kemungkinan ianya dapat memberi idea pada para isteri yang menghadapi situasi serupa. begini isinya email si isteri buat suami yang sangat dicintainya;

ya, aku tahu ke kebun itu penat.
ya, aku faham memandu itu juga penat.
kalau engkau penat, aku juga penat.
kalau kena cara
walau penat macamana
aku akan tetap masakan makan utk keluarga.
tapi kalau sudah sindir sini sana
engkau fikir aku tidak terasa
dan bila aku mula merungut tidak tentu hala
sah aku jugak yang salah.
bila aku sudah sediakan
engkau jamah pun macam mahu tidak mahu
terasa lagi hati perempuan aku
engkau tetap buat macam tak tahu
macam tak ada apa-apa berlaku.

aku mahu tahu,
kenapa macam itu?

kendati aku ini isteri
syurgaku di telapak kaki suami
aku pujuk hati sendiri
aku anggap ini dugaan Illahi.

wallahua'alam.

berarak mendung kelabu
kata si isteri kepada aku :
aku betul2 penat, aku tahu dia pun penat. kalau dia suruh aku masak kena cara, memang aku tidak tolak punya. sudah memang tugas aku. akhirnya pun memang aku masak juga. tapi tambah sakit hati aku dia jamah makanan macam nak tak nak aje. aku tak mahu tambah dosa cakap kasar dengan suami. bila nak tidur dengan airmata penuh sememeh kat muka, aku terus hantar email ni via iphone. aku tidur sorang-sorang dalam bilik aku malam tu. pukul 5 petang esoknya, dia talipon ajak dinner kat cafe favourite aku. anak-anak menjerit suka.

p/s : boleh pakai jugak kepala otak kawan aku ni.

SINOPSIS : tidak semua internet teknologi itu pemusnah.

semoga cerita ini dapat membuka minda.

6 comments:

Pala Maldini said...

kalau ber-komunikasi dengan baik.. tentu hidup akan lebih ceria..

perlu tanya kenapa sang suami makan macam acuh tak acuh.. mungkin beliau sakit perut atau tidak sihat bla bla bla..

setiap sesuatu itu, tentu ada sebab musabab nya.. cari lah jawapan dengan bertanya..

ctpayong said...

salam

nanti kak ct soh si salina tanya suami dia. kak ct buat entry baru jawapan salina nanti

Anonymous said...

Salam kak Ct.

Semoga sejahtera selalu.
Saya tak tahu kehidupan berumahtangga ini sebenarnya bagaimana tapi selaku orang bujang, saya banyak belajar dari pengalaman orang lain. Dan saya percaya, komunikasi itu sangat penting. Entahlah...

p/s : teknologi menjadi baik apabila digunakan dengan berhemah dan bertanggungjawab.
=)

Encik MamaT said...

kadang2 masalah kecik je kan.. hmm... bersyukur la wahai suami dan wahai isteri... hehe... kena banyak berkomunikasi.. silap komunikasi pun leh hancur... hehe...

Suara Kalbu said...

Salam ibu,

Komunikasi 2 hala sangat penting. Tak guna sorang saja meluah perasaan, yang sorang lagi pendam-pendam.

Bila diam, hati jadi runsing. Bertolak ansur dan saling memahami. Masing-masing ada kelemahan dan kekhilafan sendiri.

Unknown said...

waa...bagos2 itu kakak.. pandai die pk idea.. huhu

handphone aku xde kompas