bismillahirrahmanirrahim.
kebiasaan aku bahasakan diri aku 'aku'. tapi kali ini mahu bahasakan diri aku 'kak ct'. mungkin perjalanan di sini menuntut aku membahasakan diri aku 'kak ct'. untuk lebih mesra alam sekitar dan bersesuaian dengan habitat seputar. maka bermulalah perhijrahan kak ct dari sini. (pra-katalah konon-kononnya).mari kita mulakan.
apa punca fahaman itu menyimpang?
antara yang nyata adalah :
- kerana Syiah menyanjung Saidina Ali keterlaluan sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah SAW. bahkan dalam beberapa hal beliau dianggap lebih tinggi lagi. tidak ada nas atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat yang menyamai Rasulullah SAW apatah lagi lebih daripada itu. hatta nama Saidina Ali tidak dalam Al Quran kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul tetapi Saidina Ali adalah sahabat sekaligus diangkat menjadi menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melangkaui batas.
- kerana fahaman itu menghalalkan nikah mutaah di mana perkahwinan ini tidak memerlukan saksi, wali serta perisytiharan. sedang Saidina Ali sendiri menjadi salah seorang perawi hadis pengharaman Rasulullah SAW tentang nikah mutaah ini.
Daripada Ali bin Abu Talib katanya : "Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mutaah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
kenapa pula pengikut Syiah menyelewengkan kenyataan Saidina Ali itu sendiri?SINOPSIS : sampaikan yang benar walaupun sukar.
p/s : kak ct sudah tua. menyampaikan sesuatu yang benar itu dituntut. tetapi kak ct juga manusia. jika terdapat kesilapan fakta harap dapat diberitahu dan diperbetulkan.
wallahua'alam.
Sumber : Buku penjelasan terhadap fahaman Syiah, JAKIM.
20 comments:
Salam
Kak Ct, menyebarkan ilmu dan berdakwah itu satu tuntutan terhadap semua umat Muhammad sallahu alaihi wasalam, khususnya yang punya ilmu dan pengetahuan. Terima kasih atas perkongsian. Saya sudah membacanya.
Saya harap akak tak kisah kerana saya menggunakan bahasa "aku" dalam penulisan.
bismillah...
tidak semua post kak ct guna nama kak ct. sebenarnya lebih melekat gunakan 'aku', terasa seperti jujur.
guna bahasa santai lebih cool.. hehe.. saya pon dah lama nak tulis mengenai fanatik... tapi lom kesampaian... hehe... kak ct mendahului...
fanatik.. tidak kira mengenai apa skali pun dilarang.. fanatik bermazhab.. punca perpecahan... mengambil jalan tengah itu yang terbaik.. belajar toleransi...
tetapi jika taksub kepada sehinggakan akidah kita tergelongsor... apatah lagi membahayakan....
Bukan saja ketaksuban kpd mazhab, kdg2 ketaksuban kpd parti & pemimpin juga boleh menyebabkan kita tergelincir apabila percaya pemimpin dan partinya adalah segala2 dan tiada cacat celanya...
syiah memang merupakan fahaman fanatik yang dah jauh sangat melencong dari apa yang dibawa oleh Rasulullah...
kita pon dah mula terhasut dengan fahaman syiah nih.bahaya ooo...
p/s:originame tuh bukan nama asal blog sy kak ct..btw,mekasih atas pendapat.
salam
> en mamat : yup betul tu... santai dan bersahaja itu lebih mesra. being yg sulong, kak ct suka bahasakan diri kakak. tak kira di mana. cuma..sekarang bila kawan2 anak kak ct panggil mak cik, ada mcm terkezut berol sket..dah tua ghopenya kak ct.
seimbang dan bersederhana itu sikap & amalan yg baik. mcm yg kak ct kata..cemburu lihat mereka yg kaya dunia namun tetap ingat bekalan utk akhirat.
salam.
> JR : kerana itu Allah SWT kurniakan kita akal dan fikiran. pun kita masih lagi perlu bergantung kpd hidayah-Nya.
salam
> bisk : you're welcome. ada satu komen yg buatkan kak ct ketawa sendiri.
Generasi bertukar generasi, dari yang tua kepada yang muda, dari zaman sekolah pondok kepada zaman sekolah IT...maka jurang kedaifan semakin besar.
Yang berjuang untuk agama semakin kurang, yang berjuang atas nama agama semakin ramai.
Kita memang sentiasa diuji dengan persimpangan-persimpangan tidak kira besar atau kecil...
salam
> joms..... : tu yg kekadang buat kita confuse, macam kerana agama rupanya kerana nama. wallahua'alam.
salam kak ct..
bahasa cuma medium perantara, asal maksud boleh difahami sudah memadai..
hidup ini cuma satu perpindahrandahan hoho.. :).. dari tak baik ke baik, dari baik ke lebih baik..
Salam Kak siti..
terima kasih atas peringatan ini..
Sebagai khalifah memang kita dituntut untuk menyampaikan dan menyeru sahabat2 kepada kebaikan..
terima kasih kak..
salam abgreds
iman itu mudah sangat turun naiknya. sbb itu perlu saling ingat mengingatkan.
salam LadyB
kendati itu kak ct pun perlukan nasihat dan tunjuk ajar dari semua.
thank you for your visit.
saya pn br tau tentang shiah ni dr kawan2... salah satu nya orng yang taksub dengan pemimpin.
x silaps saya gambar pemimpin 2 berserban... atau kak siti lagi tau..
hehe...(kureng pembacaan sebenarnya)
Salam ibu,
Alamak .. mahu panggil ibu kak ct.
salam
> azana : berkongsi perkara yg berfaedah itu dituntut. moga sama dapat manfaat daripadanya.
salam
> suara kalbu : wah terasa muda bila anak panggil ibunya kakak. "menderhaka" anak panggil ibu kakak...heeee
ctpayong: betul tu...mmg yg benar tu sukar nak disampaikan...:)
Post a Comment