Monday, December 20, 2010

selamat hari lahir buat yang sangat aku kasihi.

bismillahirrahmanirrahim.

aku terlupa hari ini 20/12/2010 kendati sibuk ke sana ke mari. al maklum hari isnin. alhamdulillah tidak monday blues. dipendekkan cerita, suddenly anak ke dua aku suruh aku ucap selamat hari lahir untuk mantan perdana menteri malaysia dalam bentuk blog. bagus jugak dalam hati aku, support minat dan bakat berkarat ibunya.


kepada Tun Dr Mahathir Mohamad : 
Selamat Hari Lahir yang ke 85.
Semoga Allah SWT rahmati dan berkati usiamu.

benar aku kagum dengan keberaniannya menyelar mereka yang memandang rendah islam, negara islam dan orang islam itu sendiri. bagi aku itu yang lebih penting. aku masih ingat satu phrase dan sehingga kini rangkap itulah yang aku pegang untuk terus jadi maju dan berani. kata-kata beliau yang maksudnya antara lain bahawa orang islam mesti kaya jika mahu mengalahkan orang kafir. kaya yang dimaksudkan beliau ialah, kaya dengan ilmu pengetahuan. wallahua'alam. namun kata-kata itu sangat motivate diri aku.


ucapan ikhlas ini lebih berharga dan harta. 
ungkapan ikhlas darimu lebih tajam dari senjata.
"ilmu itu ada di mana-mana dan ia bermula bila kita buka mata".

salam hormat dari kami sekeluarga buat Tun sekeluarga. walau aku tahu Tun tidak akan baca blog mentah dan murah macam blog aku ini, tapi aku ingin abadikannya untuk generasi aku yang akan datang. terima kasih Tun kerana mengajar aku menjadi berani bercakap benar walaupun sukar.

ikhlas dari hati.

9 comments:

ghost said...

owh besday tun mahathir rupenyer hari nih..hepi besday gak utk dia.


takde ucapan ape2 utk dia cuma ucap tima kasih jer lah sebab bagi malaysia naik dan wujud.

Pala Maldini said...

well, aku dan Tun share the same month rupa2 nya.. tak tau pun.. hehehe

anyway, dulu2 aku memang menyampah dengan Tun sebab macam2 cerita yang tidak enak...

tapi, sekarang aku sedar.. those stories are just a lie!

Terima kasih Tun sebab bagi aku peluang belajar tinggi2 dengan biasiswa (pinjaman) JPA yang sampai sekarang tak abis2 bayar lagi.. tapi, tetap aku akan usaha abis bayar (ada RM9k lagi.. huhuhu)

dan kak ct sebab buat entry ni.. walaupun Tun tak baca blog ini.. hehehe.. (mana tau kot2 Tun baca, eh)

ctpayong said...

bismillah
salam bisk,

itulah..bukan senang tadbir negara. sedang tadbir rumahtangga pun boleh huruhara. i'm just showing my appreciation. vision manusia itu berbeza-beza. unjuran pandangan juga tidak sama panjang pendeknya. bukan semua dapat suka pada cara seorang 'ketua' namun hanya Allah SWT yg tahu kenapa Dia tempatkan seseorang itu di situ.

wallahua'alam

ctpayong said...

bismillah..
salam PM (s/form nama kamu..ganas tu)

those days masa tidur baring atas buku memang xsuka cara dia. sikit lebih kurang macam hitler (they share the same persepsi abt yahudi) tapi lama2 jatuh cinta pula. 'hutang' selamat dikecualikan.

hingga sekarang teringat nasihat dia ie amalkan sikap suka membaca.

wallahua'alam.

Anonymous said...

Salam

Tun Mahathir adalah pemimpin terbaik paling genius. Saya memang tabik cara pemikiran dia.

ctpayong said...

salam.

kita sekadar berfikir setapak dua tapi Tun berfikir bertapak-tapak ke hadapan.

semoga Allah SWT berkati usianya, ameen.

LadyBird said...

ameeeennnn...

Unknown said...

slamat hari laher kpd Tun Dr Mahathir...

semoga dipajangkan umur untuk melakukan ibadat kepada Nya.
dan di murahkan rezeki dalam setiap pekerjaan yang dilakukan..

qhaizaa said...

pemerintah negara yg paling aku respect....minda dia always advance 100 tahun ke hadapan...aku tol2 respect dia.....dia mmg seorg yg bijak....masa ekonomi gawat time 1998,dia xnk mnta ptolongan dgn bank dunia kerana dia taw...,skali pinjam...,mmg susah nk abis...byk negara yg smpai skrg xmmpu selesaikan hutang kerana tertipu dgn bank dunia...syabas tun....saya respect tun....tanpa tun..,mybe org xkenal malaysia....ketika cuba mbina klia,sepang f1,putrajaya,klcc,ramai yg menentang dan memberi tomahan macam2..at last..,org2 yg ckp byk tu terdiam...tgk lah malaysia kini...aku dh merantau jauh..,dh byk negara aku p...,aku amat bersyukur aku lahir di malaysia....

handphone aku xde kompas