Wednesday, December 8, 2010

hati-hati ketika membuka pintu kereta.

bismillahirrahmanirrahim.
salam maal hijrah.

semoga setiap orang dari kita beranjak ke paradigma yang lebih baik dari sediada.

sudah lama aku tidak update cerita pasal kucing-kucing aku. anak si greymoon sudah bujang dan sudah dara sunti. bella, kim dan dot sudah berusia lapan bulan. sweet and gorgeous. si kunchup apatah lagi. handsome bangat. siapa lagi mahu puji kalau bukan aku sendiri.

tapi yang mahu aku bebelkan di sini ialah kerenah mereka-mereka itu bila nampak aku buka pintu kereta. berdesup menyelinap masuk duduk bersantai sambil tidur baring. ok lagi kalau kamu semua tidak tinggalkan perfum yang tiada tolok banding wanginya.

tengok ini, ikut suka-suka mahu tidur cara mana.










sudahlah begitu, calling-calling pulak member ajak tidur sama. lain jantina pulak tu. merbahaya tu sehhhh.






yang si jantan gantang ini pun memang tidak lepaskan peluang.










eh! tadi bukan main beradap sopan, ada yang tidak kena ke sampai membelakangkan.







p/s : mereka tahu aku tidak akan sampai hati untuk memarahi mereka. sebab itu mereka buat derk aje sekali pun aku angkat jari telunjuk atau tunjuk penumbuk.

SINOPSIS : nilai sebuah kasih sayang.

14 comments:

Kucing Utara said...

mereka ni...nk ajak keluar berjalan2 kot..maklumla cuti sekolah

ctpayong said...

memang selalu pun kena round sekejap baru diaorang ni nak keluar..

jomsantaisekejap said...

ni rasanya kucing educated..macam cerita P Ramlee, rimau educated.
Nak juga merasa naik kereta..asyik berjalan kesana kesini,sekali sekala nak naik kereta.

Asri Alam said...

alamak geramnya tgk kucing tu. comel ja tido dalam kereta.. haha

Hajar said...

Kucing moden..comel je..

Mario said...

hehe...pandai kucing2 tu cari port ek...ekeke

ghost said...

kucing menjadi teman terbaik ketika kesunyian...

Encik MamaT said...

cewah.. mula elok je nak beramas mesra.. ohooo.. ada orang kacau.. kucing jadik malu2.... huhh

Anonymous said...

Salam

Kucing ni kita tak boleh nak marah. Ada masanya dia akan melepak di mana tempat yang kita sayang atau selalu ada. Senyum sajalah kalau dah macam tu... =)

muny lily said...

cik suke sngat2 kat kucen..rse nk telan2 jer depa 2 :)

Pala Maldini said...

musim mengawan la tu kak ct..

Cik SHiNJU said...

Salam...

Anak kucing kita ilanggggg..
Uwaaaaaaaaaaa :'(

Suara Kalbu said...

walaweehhhhhhhhh...

kucing well educated ni ..naik kereta.

Unknown said...

comelnya kuceng yang ada 3 warna tu...uish..geram ni...

handphone aku xde kompas