Tuesday, January 4, 2011

ketulusan itu dihargai dan berbayar.

ye, pada zahirnya memang nampak habuan itu datang dari kerajaan persekutan, kerajaan negeri atau pun dari mana-mana persatuan yang teruja dengan kemenangan pasukan bola sepak negara kita. cuba kita keluar jauh lebih sedikit dari ruang yang sempit ini.

bismillahirrahmanirrahim.

koleksi qayyum
alhamdulillah. kemarau itu akhirnya berakhir dengan kejayaan membawa pulang piala suzuki 2010 ke tanah air. aku tersenyum suka bila mereka menerima hadiah tanda dihargai. di saat kegemilangan bola sepak malaysia mungkin bakal tinggal sejarah, mereka berjaya menjadi juara berhemah dan bermaruah. bukan kemenangan itu yang mahu aku ceritakan kerana semua orang pun sudah tahu tetapi bayaran keikhlasan setiap seorang daripada mereka dari pemain hingga ke pegawai serta jurulatih itu sendiri. zahirnya memang nampak pemberian itu dari manusia tetapi lebih jauh sedikit dari itu, di situlah anugerah Allah terhadap setiap sesuatu yg dilakukan dengan jujur dan ikhlas. se awal wisel penamat, setiap seorang daripada mereka yang terlibat telah menerima ganjaran iaitu kemenangan. semoga mereka tidak leka dan hanyut dengan kejayaan yang mereka cipta. Allah swt sengaja menciptakan kemenangan agar kita mengambil iktibar daripada setiap kejadian. Allahuakbar, Allah Maha Besar.

p/s : kembalikanlah segala kepada Allah. menjadi terapi diri untuk tidak menjadi bongkak, sombong serta lupa diri.

santai
soalan : kak ct ni ustazah ke? asyik beri ceramah aje.
jawapan : bukan, sesaja ingatkan sebab bila ingatkan yang lain sama seperti ingatkan diri kak ct.
soalan : ermmm...abeh kak ct ni siapa eh?
jawapan : kak ct orang biasa yang juga mudah lupa.

3 comments:

Encik MamaT said...

kadang2 kita di atas.. tapi kita lupa apa saat kita di bawah... akhirnya kita terjatuh.. barulah kita sedar...

beautiful_rose said...

nice entry...
mmg betul tuh...kadang2 ALLAH sengaja bagi kita nikmat sebab nak uji kita keimanan dan kesyukuran kita kepadaNya...

Suara Kalbu said...

Moga-moga mereka tidak lupa dari mana mereka bermula. Jika di atas, belajarlah dari sejarah dan pengalaman bahawa gemilang hari ini tak semestinya berkekalan

handphone aku xde kompas