Monday, April 11, 2011

tegur sapa

Bismillahirrahmanirrahim.

ingatkan orang lain samalah juga seperti aku ingatkan diri aku sendiri. saling ingat mengingatkan semoga kita tidak mudah lupa diri.

zaman sekarang banyak perkara yang harus kita lebih peka. banyak perkara (konon-kononnya) bersandarkan pada agama. berucap berderak sana berderak sini. hadis kata macam itu, hadis kata macam ini. firman Allah begitu, firman Allah begini. dunia sudah amat tua. lain kata senang cerita, hari kiamat sudah hampir tiba. tunggu masa dan ketika. namun itu rahsia tetap Allah yang punya.

aku juga mahu ingatkan diri aku. aku juga mudah lupa dan mudah leka dan juga amat mudah terpedaya dan diperdaya. niat hati baik tetapi cara kadang-kadang terbalik. yang sedih tambah pedih bila kita ditipu oleh orang yang gunakan ayat-ayat indah bersandarkan hadis Rasul dan firman Allah.

setiap saat aku berdoa supaya hatiku lurus dan tabah. gagah di jalan Allah. walau payah tetap aku redah.

p/s : terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menegur sapa. tersalah itu titik mula berubah jika kita ambil iktibar dan mahu bertukar.

32 comments:

sud@is said...

saling menginagati pada yang mahu menerima....
dikatakan tegurlah dengan apa cara sekali pun kalau tidak mampu dgn perbuatan, dengan lisan dan jika tidak mampu juga tegurlah didalam hati....

Allah maha mengetahui

ctpayong said...

@sud@is : terima kasih sebab kadang2 kita tidak perasan atas sebab2 biasan. selalu ingatkan kakct agar kakct tak lupe diri.

thnks again.

Ati Masrif said...

bila lihat tsunami sana sini
uhh...gerunnya..

sentiasa ingatkan diri sendiri n
famly :)

Asri Alam said...

cara terbaik utk perbaiki diri jgk. aku serba sedikit eksyen buat entri pasal motivasi, ekceli aku sedang menasihat diri sendiri. sambil kongsi pandangan dgn rakan.

Trx said...

alhamdulilah..sama2 kita jadi lebih baik..yg penting niat ada..eheh. :)

ghost said...

intinya dalam bertegur sapa adalah peringatan atas segala kelalaian dan kekhilafan...

mekasih juga kerna selalu menegur saya kak CT.

KakD said...

tegur untuk kebaikan banyak manfaatnye kan :)

Pala Maldini said...

sama2 lah kita..

Amri Abd Rani said...

tegur sapa amalan mulia,
tegur sapa bertambah pahala...

ctpayong said...

@ati masrif > Allah datangkan bencana sebahagiannya menghapus dosa dan sebahagian lagi Dia menduga.

semoga kita, kita dan kita tetap tabah.

ctpayong said...

@sasa... > harus kita ada action, takkan kita mahu berdiam pada kejahilan dan kedangkalan yang lalu lalang di hadapan begitu saja.

ctpayong said...

@syukri...> selebihnya, kita tidak usah berprasangka -ve atas setiap teguran.

ctpayong said...

ghost@bisk > kedangkalan dan kejahilan hati usah biar menetap di hati.

selagi kita dapat letakkan niat yang betul di tempat yang betul, ia pasti menjadi betul.

ctpayong said...

@mappiau > itu lah yang kakct harapkan di sini. jangan ada benci atau hasad dengki.

ctpayong said...

@PM > kakct harap begitu juga.

ctpayong said...

@AAR > bukan mudah melakukannya. tapi selagi niat hati mulia, pasti akan berjaya akhirnya.

jomsantaisekejap said...

Errr...tiba2 kelulah nak komen kak ct. Dalam sangat entry ni, dengan ilmu sy yang tak dalam setakat belajar ilmu alam kat sekolah shah alam susah sy nak selam entry kak ct yang dalam ini.
Apa2 pun, sy sentiasa berada setapak di belakang kak ct dalam apa jua yang kak ct lakukan.

ctpayong said...

@JSS : ehcehcehceh...konon! kakct setakat sekolah pondok ja. tu pun tak khatam-khatam.

asyik lupe ja cikgu ajar apa. banyak makan kepala ikan...ikan bilis.

Anonymous said...

Assalam, kak ct.
Terima kasih selalu singgah menjengah saya. Salam ziarah.

ctpayong said...

@sephi... > mualaikumussalam. lately ni pun kakct jarang singgah ke tempat kamu.

attholib said...

Benar kakct.. Saling tegur menegur, moga kita tak hanyut dari landasan.

PS: jika hamba tersilap tegur2lah :)

azzey said...

bertegur sapa utk kebaikan itu mmg digalakkan...

tehr said...

tegur biar berhemah
jangan nanti mreka melenting dan berkata
'usah menjaga tepi kain orang'

insya allah aman dunia

Meooo Comicore Club said...

erm... dgr boleh... percaya kena kaji dulu kot...

btw, slm kenal! :D

ctpayong said...

@MA : kadang2 kita ini 'perasan' kita betul saja selagi kita tidak ditegur. kalau teguran itu ikhlas dari hati kerana Allah semua akan jadi indah.

ctpayong said...

@azzey : betul tu azzey...memang teguran utk kebaikan patut dan patut juga kita terima dengan hati terbuka.

ctpayong said...

@tehr : itu pun merupakan satu teguran buat kakct.

terima kasih.

ctpayong said...

@meo188 : betul jugak. kot yang menegur syok sendiri...
apa perkara pun perlu kaji. tidak boleh juga kita follow buta.

LadyBird said...

akak.. akak seperti menuturkan apa yang terbuku di hati lady..

sukarnye nak mencari yg benar di kalangan yg benar.. :(

ctpayong said...

@lady : hal2 yang menfaat tidak boleh berhenti mencari. kita pulak tidak boleh lokek sharing.

keep sharing...

hentakbelipat said...

aku lebih suka gaya teguran diselangi dengan panduan atau penyelesaian terhadap apa yg ditegur..baru ad improvasi dan bukn sekadar prvokasi

ctpayong said...

@hentakbelipat : contoh bersandarkan Al Quran dan Hadis adalah yang terbaik.

terima kasih memberi idea.

handphone aku xde kompas