Saturday, July 5, 2014

aktiviti orang pencen

Assalamualaikum wbt.

cukup lama tidak bercerita. antara sebab besar adalah kerana 'line' tidak bagus di sini. mahu baca blog kawan-kawan pun ambil masa lama. rupanya masih ada lagi 'dunia' yang ada sempadan teknologi. tapi kebarangkaliannya mungkin sedikit.

tapi...jika mahu seribu daya kan...

jom cerita serba sedikit akan aktiviti pesara. apabila sudah bersara dari dunia 'sibuk' masa bekerja, kita wajar penuhi masa 'lapang' dengan aktiviti kita sendiri. yang kita minat atau yang kita paksa rela buat. aktiviti begini perlu agar kita tidak jadi tension dan stress.

rupanya, aktiviti 'pesara' lebih hebat. perlu tahap kesabaran yang lebih tinggi. itu saya, pesara lain saya no comments. ada kalanya seperti macam tidak cukup masa. terkadang kala tidak perasan hari sudah petang sedang masih banyak kerja yang belom dibereskan. di waktu sedang menulis ini pun macam tidak sedar waktu cepat berlalu. walhal belom lagi menyenaraikan aktiviti saya sebagai pesara. bagai pepatah...kenalah slow and steady. nama pun pesara. 

ini baru mukaddimah aktiviti pesara. akan datang saya akan kongsikan apa saya buat bagi memenuhi masa terluang.

jumpa lagi akan datang dalam 'aktiviti pesara'.

assalamualaikum wbt. 

7 comments:

jomsantaisekejap said...

Salam kak Ct seorang pesara yang dihormati..ahaksss.
patutlah lama bebenar tak ada dengar cerita..ingatkan bukan setakat pesara..takut bersara dari blogging je..
Apa2 pun jangan putus tali persaudaraan sesama Islam ye.. Keep in touch dan sy doakan semuga kak ct suksess dan ceria dengan apa yang kak ct buat sekarang...

sud@is said...

lama menghilang kak citi
jom berkebun ,,nampak macam dusun buah buahan tu....

ctpayong said...

assalamuaikum wbt JSS
kakCT ambil option 'early retirement'. jika ikut gaji penjawat awam memang lumayan tapi cara kerja yg tidak bersesuaian lagi dengan jiwa kakCT.
aktiviti terkini : jual durian...hehehe.

ctpayong said...

assalamualaikum wbt sud@is
memang pun gambar dusun. semua ade...durian, pulasan, buah naga...ayam dan yg paling pasti kucing...heheeee

Lina Gustina said...

Membalas kunjungan, salam kenal juga.

1sthappyfamily.com

. said...

oloooo.. tomeyyy.. :)

Unknown said...

dah namapun pencen...pencen dan kebun tak dapat dipisahkan...

gituuu... hehehe..

handphone aku xde kompas