Bagi aku, bersebab kenapa kerajaan lakukan sedemikian. Pun kadang-kadang ada benarnya jika ada yang berkata rakyat Malaysia ini terlampau dimanjakan dengan subsidi. Contoh nyata, aku sendiri yang mendapat biasiswa kerajaan dari kecil sampailah tamat belajar. Mungkin jika bukan dengan bantuan kerajaan, aku tidak mampu belajar setinggi ini.
Pasal BR1M, itu juga sebahagian dari #BantuHulur atau mudah cerita ehsan kerajaan. Cuma, pelaksanaan pemberian BR1M ini mesti telus, mesti diberi kepada yang benar2 miskin. Tidaklah BR1M itu menjadi pembaziran. Masakan tidak. Segelintir penerima BR1M, pagi terima, malam hangout sampai ke pagi di mamak 24 jam. Mereka yang macam ini perlu ke diberi BR1M?
Yang ini pun betol juga. Tapi cerita pasal rokok ini ramai yang akan melenting, akan sensitive. Sanggup putus cinta dari putus rokok quote yang popular bagi perokok tegar. Aku tidak tahu apa sebenarnya nikmat merokok ini sehingga dipertahankan sampai begitu sekali. Tapi satu quote yang aku mahu kongsikan pada perokok "merokok merosakkan kesihatan". Aku yakin dan pasti, ramai yang akan melenting. Tapi aku rasalah, perokok semua tahu akan hal ini cuma mereka menidakkannya. Ikut suka merekalah. Doktor sudah nasihat. Fatwa sudah nyata. Tapi tetap No Stop kepada rokok kata mereka. Jawapan mudah dari aku ialah lantak engkaulah.
Moral of the story : Kena bijak buat budget.
Betol tak?
Betol tak?
Betul kan kan kan












