Allah, the Beneficent, the Merciful.
kak na, make sure 7 & 8 May kak na & abang muhid & kikie and taufiq be in shah alam. kakak and kakak adik nikah sebelah malamnya. budak2 berdua tu nak ayah muhid ade pada majlis tu. ishhkkk...nie mimpi ke reality. adoi, macam tak berapa nak perasan aku dah "tua" dan juga bakal terima menantu. cepatnye masa berlalu . rasenya baru saje kami dua keluarga ke tioman. masih jelas terbayang macamana kakak, kakak adik, kikie & taufiq berlumba-lumba menunjukkan ke "terror" an mereka dengan anak2 orang pulau bahawa mereka jugak boleh buat aksi terjunan somersault & triplesault.
lepas solat jumaat kami sekeluarga ber"desup" ke shah alam. lepas saje plaza tol link ke dua, pantas tanganku dial no. phone mama ha dan menyatakan i'm on my way to see my twins getting married. seperti biasa, kalau tak sesat memang tak sah. dah tu sombong tak mahu bertanya. at last sampai jugak ke destinasi. anak dara berdua tu macam artis. pertama kali dalam hidupku melihat ayah menikahkan anaknya sendiri secara life, anak kembar pulak tu. memang meriah, siapa yang tidak gembira anak yang dididik mahu disunting orang. tapi lain pula aku, perlahan-lahan airmataku mengalir setelah mereka sah bergelar isteri. jauh di sudut hatiku berkata, wahai anak-anak belajarlah bersabar. cabaran besar menantimu di hadapan. sesungguhnya tiada lebih besar dugaan selain dugaan setelah engkau bergelar isteri. airmata tak sempat aku seka. supaya tidak ketara, aku tundukkan kepala. allahuakbar!
(gambar bersama mempelai sekeluarga akan dimuatkan kemudian) maaf ye tuan2 dan puan2.
1 comment:
salam ziarah kembali trm ksh sdi ziarah blog ke tiga saya...salam kenal
Post a Comment