Wednesday, July 28, 2010

amanah serta rasa perikemanusiaan walau buat aku hati sakit.


akhirnya aku selamat menghantar pembantu rumahku pulang ke kampung halamannya di pleret, batudatar, bandung, indonesia setelah tamat tempoh permitnya bekerja denganku.
mujurlah ada kenalan berasal dari jakarta sendiri yg menghantar kami sehingga sampai ke destinasi dengan selamatnya. masakan tidak, dia sendiri seperti sudah lupe serta keliru arah menuju ke rumahnya. bayangkan ape akan jadi seandainya aku biarkan dia pulang sendirian dengan membawa gaji lebih kurang RM9,000 bersamaan RP25,000,000 tunai.
sepanjang dua tahun dia bekerja dengan aku, tidak pernah sekalipun dia hubungi keluarganya di sini. juga tidak satu sen pun wang dikirimkan buat keluarganya. pelik jugak tapi ini adalah satu dalam sejuta kisah. ape pun, aku telah pun sempurnakan amanah Allah SWT ke atasku, menjaga dia dgn baik, membayar fitrah serta membayar gajinya tanpa mengurangi satu sen pun. syukur aku ke hadrat Allah yg telah mengizinkan aku menyempurnakan amanah-Nya.
tapi kalau tanya aku, adakah aku hardup utk mencari penggantinya. aku akan menjawab, "oh, tidak sama sekali". sebabnya, aku punya pengalaman pahit dengan mereka. setakat ini, itulah jawapan muktamad dariku. tetapi pada waktu2 mendatang, wallahualam.

p/s : catatan aku buat jam 2:35 pg waktu indonesia di hotel alia cikini, jakarta, indonesia..selamat malam..upsss sorry, selamat pagi sudah.

2 comments:

myQza said...

di indon ke kak??

hati2 perjalanan balik.

ctpayong said...

alhamdulillah dh selamat sampai. coverage tak bagus sgt kat sana. malaysia oh tanah airku...patriotik sey...

thanks ted.

handphone aku xde kompas